perkembangan Harith

takde apa nak citer.. masih ttg Harith. harith dah masuk 3 bulan. mcm x caya je. kdg2 rs mcm hai dah 3 bulan rupanya. kdg rasa mcm la.. br 3 bln ke.

Harith smkn aktif. dah bleh dgr suku2 kata dr mulut comeinya. antara huruf2 yg dah boleh disebut oleh Harith dlm bunyi2 sembang dia tu seperti k, m, y, h, r, w.. matanya juga dah boleh fokus dgn tepat sekelilingnya. dia sudah boleh melihat saya sehingga saya ke dapur. matanya akan mengekori pergerakan ibu sampai terdongak2.

harith juga dah boleh tgk gambar2 dlm buku.. ha.. harith dah ada 1st book!. tada..



buku pertama Harith, beli kt alam murni, sblh komuter klang
(buku2 seterusnya mnyusul kmdn, buat sendr la plak kot)

mngkin ramai yg perlekeh saya yg mahu mengajar bayi sekecil 3 bulan utk membaca. 3 bulan baby sudah mula belajar ttg bahasa.

"yela, skrg mmg la dia suka, nnti dah besar sikit dia koyak je buku tu.."

apa saja... saya akan buat apa yg ptt sy buat.sekurangnya kita memberinya pendedahan dan kebiasaan terhadap buku. 3 bulan adalah waktu yg sesuai utk memulakan aktiviti membaca kerana matanya sudah boleh fokus, daya pendengaran yg sdg brkmbg. harith suka tgk bucu dan perkenalkan gmbr2 yg ada dlm buku dan mulutnya cuba utk meniru perckpn kita tu wlupun daya fokusnya x lama. biasala.. baby. kanak2 sek rendah pn daya fokusnya cuma 20 mnt, org dewasa mcm kita pun kdg tak lebih sejam kan..

daya pengecaman Harith terhdp org2 di sekelilingnya jg smkn meningkat. dia boleh cam samada itu ibu atau org ln yg mengangkatnya. bila di tgn org lain kdg dia dah mula tnjk rs tak selesa. part ni mmg la kdg mcm tak best tp kita tau bby kita ada prkmbgn yg baik sbb dia dah bleh recognise ibu ayah.

harith jg suka music, smlm dia meragam.. bacakan buku dan dgr kan music dr hp, dia diam dan lena. mngkut bacaan saya bayi yg terdedah dgn musik, otaknya lbh cpt brkmbg. yg ni sbnrnya saya jrg buat. musik utk harith cuma nyanyian2 x sdp dr saya dan ayat2 al-quran yg mudah .

nk ajar harith tarannum dr kecik la.. bg dia biasa dgr dulu. hehe.. rncgn kgmrn harith setiap hari tntu la mari bertarannum. pastu ibu ayah pn kna la tgkatkn skill dulu kan.. ha, ibu br beli vcd bimbingan asas tarannum oleh us, radzi.. ni utk revise. dah lama tgl, bnyk dah lupa.

beli kat karnival sua rasa di msjd raudhatul mukminin, klang

mm.. walaupun anak kita msh kecil, usaha mendidik perlu dimulakan dr awal. bkn ke perlu mula dr dlm rahim? x bleh pndg remeh dan underestimate kmmpuan si kecil untuk belajar. waktu kecil ini sel2 otak bayi brkmbg mcm dlm iklan susu kat tv tu. untuk dpt anak2 yg mnjd org hebat perlu bermula dr ibu bapa. knk2 x pndai sndr. wlupn di sblk org2 yg hebat ada ibu bapa yg hebat, jrg org beri perhatian kpd bgmn ibu bapa mereka mmberi ddikan. mereka adalah ibu bapa yg berkemahiran, sabar, optimis dan yakin.

saya adalah ibu yg taktau pape ttg pnddkn anak2. utk mnggali rahsia mnjadi ibu yg hebat rasa ssh btul. sy buat stakat yg saya mampu dan rasa itu lah yg terbaik. info dan ilmu perlu sntiasa dicari, rasa lambat btul blajar ttg semua ni. dulu x prnh beri perhatian ttg semua ni. mnyesal kmdn x brguna lg.. pd bkl ibu ayah, carilah ilmu secepatnya spy generasi kita akan dtg adalah gnrasi yg hebat. mnjd muslim yg hebat. ikut org dan cara yg btul. bkn ikut kebiasaan. itu saja.. dan tugas mnddk anak terpikul di bahu kedua ibu bapa. keduanya harus mncari ilmu jika tidak nnti seorg mndirikan, seorg lg meruntuhkn kerana keegoan utk merendahkn dr bljr ttg hal2 yg dpndg kecil seperti pnddkn bayi, knk2..

harith dah guna cloth diapers (CD), kulitnya mkn baik. suka btul tgk dia pakai CD, lmbut di kulit x mcm diapers yg kesat sbb diperbuat dr kertas, plastik.. sian bby, kwn2.. plz.. bertukar lah ke CD. ia baik utk kita (jimat), utk bayi (sihat), alam sekitar (selamat) dan comei.




terbaru dr Harith..

wajah suci ...



eeyahh... latihan ke olimpik 2012

ibu, harith xleh mkn lg ke.. lapar la. isap jari je la camtu


Ramadhan dan cabaran..


alhamdulillah.. syukur tak terkira kpd Allah krn masih mmberi izin bernafas di bulan yg mulia pada thn ini dgn sinar baru. ramadhan kareem. bulan mulia yg dirindu tp sering diabai oleh sikap sendiri yg lewa. sekian bnyk ramadhan berlalu, ramadhan mana yg diisi pnh dgn takwa? hai.. susah btul mnjawabnya.


ramadhan kali ini bersama permata hati. Harith fahmi, wira kami. thn ini smmgnya lebih mencabar. baru 4 hari, sudah terasa cabarannya. oleh kerana aku memilih utk menjaga Harith sendiri, aku perlu mmbuat pelbagai kerja dlm satu masa. pergi kerja dgn membawa harith.
Pergelutan masa dan kerja

membuat kerja dan menjaga bayi mmg mncabar tertama bila timing dia tgh meragam skt. tambhan plak skrg tak ada pekrja di kedai. pkrja terakhir, kerja 3 hari dan berhenti. takpela.

ada masanya begitu gembira dgn kehadiran harith di sisi, adakala bgitu sukar. tidurnya yg sedikit di siang hari mmbuatkan aku terpaksa berkejar2 utk melakukan semua kerja semasa dia tidur. pada masa dia tidur yg tak lama mana tu (kdg sejam, plg lama sejam stgh), aku perlu buat design or apa2 kerja ofis, dan wktu tidur dia itu jg aku perlu curi masa utk ptg kuku kaki dn tngnnya, mmbersihkan hidung dan telinganya. klu di rumah, waktu tidurnya yg sngkat itu selain perlu buat kerja pjbt, kerja2 rmh jg perlu dilakukan serentak. mmbasuh baju (cuci tgn ye), sidai baju, memasak, makan, kemas rumah dsb. alhamdulillah, skrg bln rmdhn x perlu pening pk psl masak dan mkn tghri. yg tinggal cuma bergelut dgn masa utk solat.


skrg dah pkl 3.30ptg, alhamdulillah, harith tido jg akhirnya setelah penat dia berjaga. waktu berjaganya yg pnjg adakala sempat utk sambil2 mmbuat kerja. waktu jaganya juga harith perlu berkongsi masa antara kerja aku dan masa dia perlukan perhatian dari ibunya. mmg semasa dia jaga aku kdg tak sampai hati utk buat kerja lain.. sebolehnya mahu mberi perhatian kpd harith. melihat prkmbgn terbarunya setiap hari mg menngembirakan. harith sudah pandai ketawa jika kita berbicara dgnnya. waktu jaga itulah waktu pntg utk aku mmberi pelajaran2 baru kpd harith. mngajar Harith perkataan2 pntg sperti Allah, ibu, ayah, sayang, harith. Harith juga sgt suka jika dibacakan ayat2 al-quran. bersama harith mmg tak rasa sprti bersama bayi kecil kerana tiap kali kita berbicara dgn dia, dia memberi tindakbalas seolah memahami. hmm,,, kuat sembang gak harith ni.semakin besar, smkn bnyk juga kerenahnya. menangis dan menjerit.. kdg buat kami tak tentu arah. mahu ditemani selalu. dia semakin cerdik.
apa itu Cloth diapers
sebagai ibu ayah buat pertama kali, masih bnyk yg kekok. 2 mlm lepas, kami bawa harith ke klinik.hoho, msm H1N1 ni, ramai btul manusia. pkl 9 kami dtang, pkl 11 br dpt jmpa doktor. harith kena ruam dan melecet yg teruk di montot comeinya. dr sarankan harith guna lampin kain biasa di siang hari. heh, setelah sekian lama guna dispos diapers, reti ke nak gna lampin kain tradisional? hari ni aku berjaya buat. tak teruk sbb harith ni ada masalah usus malas nk buang air besar. walupun dah bg mkn ubat sembelit.


utk mlsh diapers ini aku sdg cuba utk bertukar dr dispos diapers kpd cloth diapers (CD) iaitu lampin kain moden. order 2 keping je, cantik dan lembut. ia adalah lampin kain moden yg berfungsi sprti Dispos diapers(DD) yg boleh mnyerap hingga 3,4 kali buang air dan bby ttp rasa kering. bezanya ia boleh dibasuh!.. jimat sebb boleh guna hingga bby pandai buang air sendr. salah satu fngsi CD sbg potty trainer kerna bby akan rasa basah bila dia perlu rs bsh. size adjustable sbb tu bleh guna dari newborn sampai umur lbh kurang 2 atau 3 thn. aku rasa rugi beno sbb dpt tau pasal CD ni lambat klu x boleh jimat bnyk.

yg pntg adalah kesihatan bby, sbb chemical yg ada pada DD boleh mmberi kesan langsung kpd dia samada rashes, sistem respiratori dan mcm2 lg. selain x bgs utk alam sekitar krn mnggunakan plastik yg kita perlu buang setiap kali dan ia mngmbil masa 500 thn utk lupus.

go green, bro!


inilah antara rupa CD yg pelbagai warna.

sebenarnya CD ni ada bnyk jenis, brand, kaler, corak. mmg comel.. harganya mmg boleh tahan. sekeping harga antara rm35 - rm90 . tp kita mybe perlukan dalam 8, 10 atau 12 sahj atau ikut kamu la. ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali. dan ia lebih jimat dari sekeping DD yg kita buang setiap kali if kita gna sampai dia besar. ribuan wo utk DD shj. dan ianya dibuang. tp CD kita x buang, boleh buat harta warisan pada generasi akan dtg. hehe.

pemakaian CD adalah salah satu nature parenting selain breastfeed.

ttg BF lagi

berckp ttg BF,.. selalu timbul tnda tnya di fikiran saya, mampukah saya sehingga 2 thn?. mngkn ada yg menjawab, takpela, bg je la susu formula. mm.. mngkin bg sstgh org, mmberi FM adalah perkara biasa tp ia adalah perkara sensitif utk saya. kerana ia adalah azam saya utk BF. mmlh mmberi harith BM bkn hnya klbhn yg ada pd BM tp juga pd kekurgn yg ada pada FM. pd sstgh org, takda beza, yg pntg baby jgn lapar, sudah.

saya ada mndengar kuliah tafsir ttg BF berdasarkan ayat Allah yg menyuruh ibu2 mnyusukan anaknya shngga 2 thn. klu tak boleh BF anak, alternatifnya ialah mencari ibu susu. dan bapa hndaklah menanggung upahnya krn tgjwb bapa mencari rezki. di bulan puasa juga Allah memberi pilihan kpd ibu2 yg mnyusu utk berbuka jika bimbg kshtn dr dan anak. cuma ada kifarah, qadha' puasa dan fidyah. tidak ada pilihan memberi susu lembu atau kambing dan sbgainya walhal di zaman Nabi juga sudah ada susu lembu yg diminum oleh org dewasa. mmg tidak ada keharamannya tp adakah kita sudah berusaha sebaiknya? sehingga 2 thn sahaja,.. tak ada kata boleh atau tidak jika beri lebih dr usia 2 thn. tp saya ada baca pndpt yg mngatakan zat yg ada pd susu ibu tak berguna utk anak yg berumur 3 thn ke atas. masa itu anak boleh diberi susu formula disamping mknn2 tmbhn lain. Allahu a'lam. klu dah dharurat tu xpe la, bg FM je.. klu kita yg dewasa ni pun, klu dah dharurat, bngkai pun bleh mkn kan. sekadarnya.

kerana itu sy mahu bersabar dlm BF dan Allah beri rezki Harith ini secukupnya hingga waktunya. alhamdulillah, hmpir 3 bln, dgn sgala kpayahan, dpt dilalui. ada lagi setahun 9 bulan. wah.. tak dpt nak bygkan. ok, misi kata think positive ok!

to do the right thing!

mmg susah utk mmbuat perkara yg betul sdg terdpt bnyk pilihan2 lain yg bagus2 juga malah memudahkan. zaman ibu2 bekerja, mngapa susah2 nk BF sdg ada FM? dan knpa perlu mmbeli set2 yg BF yg mahal hingga ribuan ringgit? mngapa perlu ber CD atau guna lampin kain sdg ada DD? dan satu lagi hntar anak ke pengasuh..

itulah kita, kita telah terbawa oleh arus masa. zaman ini, ibu2 perlu bekerja mmbntg tulang bersama ayah kerana sesuap nasi atau seperiuk nasi keluarga. ekonomi yg tidak menentu. jika kita boleh mengikut perkara yg betul seperti yg disaran dalam agama.. tidak ada soal pengasuh, soal FM, soal DD.. tugas ibu adalah menjaga anak2. jika ibu tidak bekerja, anak tak perlu dihantar ke pengasuh. soal tarbiah anak2 diberi sendri. tak perlu risau pk, apa pngasuh aku buat kat anak aku, selamatkah, sihatkah? jika ibu tidak bekerja tak perlu pk ttg nak beli set BF yg mahal2 sbb perlu buat stok hntr ke pengasuh dan beli susu formula sbg tambhn risau x ckp susu sbb ibu boleh direct feed + menambah ikatan ibu dan anak. jika ibu tidak bekerja, tak perlu pk belanja utk beli dispos diapers sbb ibu punya masa utk mencuci lampin biasa yg lebih jimat. jika ibu tidak bekerja, ibu boleh memberi perhatian sepenuhnya dlm perkmbgn anak2. mmberi pnddkn seawal baru lahir hingga besar semuanya di dpn mata mengikut manhaj yg kita suka.

belanja2 di atas terjadi kerana pilihan kita dan juga desakan hidup skrg. saya tak pasti benarkah kita mmg tak punya pilihan utk kembali kpd cara yg betul. mngkin kerana tngjwb mencari rezeki, membina negara dan bangsa sudah tergalas sama di bahu wanita di arena lelaki. sdg gelanggang sebenar di rumah sudah terabai. adakah kaum lelaki turut perpencak di gelanggang ibu utk memberi keseimbangan?

masa tak perlu dipersalah.. kerana suasana yg tercipta di masa ini adalah akibat dari perbuatan manusia sendiri yg awal2 telah mencipta haluan sendiri mngikut akal yg menjauh dari sunnah. hendak berpatah balik, blum terlambat tp mmg sukar melainkan ada azam yg kuat.

ya, semuanya tgl azam dan tawakkal. saya ibu bekerja.. saya perlu mmlh utk BF jg, mnjaga anak sndr dan mengurangkan penggunaan DD. selain tidak mmbuang title sebenar sbagai suri rumah dan isteri. mmg berat. hingga kdg terzahir di wajah ketidak sanggupan memikul beban ini. saya hnya perlu sokongan utk terus kuat dgn plhn2 benar bukan dgn memberi alternatif yg bkn pilihan saya.

bagaimana memberi sokongan

mm.. selain tgs sendr mmilih yg nature, sy perlu mmeri pnddhn ttg ini semua kpd yg lain spy dpt membntuk kmplan sokongan. knapa? saya perlu sokongan, dan yg perlu memberi sokongan mesti mmpunyai info dan ilmu yg btul. jika tidak, kamu akan memberi sokongan yg salah. memberi sokongan bkn sekadar, saya sokong awak nk Bf. tp dia perlu tahu apa yg perlu, yg pentg, yg boleh dan tidak, knapa begini, tidak begitu dgn btul. apa yg perlu disediakan, apa tugas yg boleh dibantu. contoh penyokong kpd ibu yg BF samada suami, ibu @ mailto:family@.. sediakan mknn dan minuman yg betul, kelengkapan yg baik samada set BF, prihatin ttg kesihatannya, supplement yg sesuai, bantu urus penyediaan stok susu, pakaian yg bersesuaian, hadir ke taklimat dan kelas2 berkaitan. kata2 begini yg anda fikir anda membantunya ttp sayang sama sekali menghancurkan hatinya.. "takpelah, saya pun kesian tgk awak penat2 mcmni, kita bg je susu formula. saya pun boleh tolong klu awak tgh sibuk nnti".. ingat ye.. anda dilarang sama sekali utk berkata sedemikian jika anda kata anda adalah penyokong ibu yg BF. apa2 pun.. berbincg lah utk kebaikan si kecil. buatlah mngikut kemmpuan anda, semampunya.

masih berpantang

tempoh pantang 44 hari telah lama berlalu.. tapi itu pantng besar. ada pantang susulan.. jgn taktau ye. jika org tnya saya, pantang ke.. xtau la nak ckp. masa tempoh pntg 40 hari, dijaga sepenuhnya oleh mak.. kira pntang jgk la. tp lepas 44 hari, ada yg perlu pantang dlm tempoh 44 hari saya masih berpantang lagi kerana risau. padahal saya sbnrnya tdk tahu apa yg boleh dan tidak selain yg telah diberitahu. awal2, saya tak brani lagi nak mkn ais, pulut, udang atau mknn yg gatal2. tp selepas 60 hari, saya sudah agak brani mkn mknn yg tak boleh masa pntg dulu. mknn pantang susulan yg org kata x bole saya tak mkn la. apa yg perlu pantang lagi selepas pntg 44 hari? .. antarnya manggis, pisang nangka, nangka, cempedak, ais, langsat, pulut dan bla..bla.. yg saya x tau. saya ada langgar pntg, saya mkn cempedak. saya taktau saya x bleh mkn, masa tu yg tau cuma nangka. bila ckp kat org2 yg kaut pntg, terkejut la depa dgr kata saya mkn cempedak. mm.. bkn saya nak langgar pntg tp mmg saya taktau. bila harith jadi rashes mcm skrg ni, mak tak bg mkn sotong, ikan kembung pn takleh.. tkt nnti effect kat harith, dia yg gatal. mm,, doktor, btul ke? hmm.. sng citer, apa la beza dgn pntg 44 hari dulu.

kesan langgar pantang? sy taktau. cuma skrg badan2 mmg sakit, skt belakang, skait urat, sakit kaki, lutut, tapak kaki.. hai,, mcm org tua. mak kata tu sbb mkn cempedak la tu. x pantang. mak suruh saya pntg lagi. ada org kata pntang sampai 100 hari. ada org kata pntg setgh tahun. klu ada kawan2 tnya pndpt saya apa yg perlu pantng,,, saya jawab ko jgn mkn buahan2 tempatan. klu nak mkn mkn yg import je, mkn epal, lain, anggur, oren.. takde org marah. yg import je yg bagus. huh.. ni ayat geram sebenarnya. hehe.

apapun, sabarla ye. mmg bukan mudah menjadi ibu. semasa mngandung pun penuh cabaran, semasa melahirkan juga memeritkan, selepas nya juga pelbagai kesukaran. sbb itu syurga di bawah tapak kaki ibu. beban ibu yg berat, yg wajib utknya adalah ketaatan pd suami. isteri yg taat suami Allah bg nya syurga. tugas dan tgjwb besar sperti mnjd ketua ngr, ketua keluarga Allah beri kpd lelaki, sesuai dgn sifat mereka yg monotrek dan fokus.

merdeka ke 52. apa ruhnya?

mm.. skrg ni bulan kemerdekaan. rasa lain, tak sama mcm tahun2 sblm nya. tak ada dgr kempen pasang jalur gemilang. maybe sbb aku tak duk kat area KL, jd aku x nmpak la bgnn tinggi ada ke tak berlumba pasang jalur gemilang. tak nampak ada kereta yg pasang bendera kecil Malaysia. ucapan2 di kain rentang, banner pn blum ada. cuba buat search kat internet pasal hari kemerdekaan ke 52, mcm tak ada. hmm.. apa dah jadi? adakah sbb PM umum thn ni tak ada sambtn besar2 an hari merdeka sbb bln puasa?



oo.. aku tau, maybe, tak rasa hari merdeka sbb msg2 sibuk dak sambut ramadhan kot. eh, ye ke. tak perasan pulak. klu pasal nak sambut hari raya tu ada gak rasa2. jualan sana sini. ha..

2 bulan kebesaran yg hilang ruhnya. satu bln kemerdekaan.. bln pntg dlm sejarah negara Malaysia dan satu lagi bulan ramadhan, bulan kebesaran beribadah.

sape tau apa tema hari merdeka thn ni? apa logo hari merdeka tahun ni? mm.. taktau kan?

aku agak2.. tema nya kedewasaan bernegara sbb aku ada buat satu bunting sekolah yg sambut hari merdeka. cikgu tu suh aku letak perkataan kedewasaan bernegara. agaknya itu la kot.

yg menjadi kempen skrg ni 1 Malaysia.. ini ke tema hari merdeka kali ni?







propaganda.. propaganda.. heran kan.. aku tgh pk apa beza 1 Malaysia ngan Malaysian Malaysia yg prnh diperjuangkan pmbgkg dulu yg ditentang habis2 an oleh UMNO. katanya akan mnghilangkan smngt nasionalisme melayu. isy, tetiba terasa mcm nak buat assignment subjek siyasah plak kat universiti dulu. aku rasa dulu2 sblm aku study bab Malaysian Malaysia dgn hanya dgr slogannya saja dah buat aku setuju. nape ntah sbb aku rasa org Malaysia ialah org Malaysia tak kisah la dia kaum apa. tp sbb kerajaan @ UMNO bgtu kuat kemelayuannya maka aku pun terpengaruh gak dgn smngt kemelayuan itu. ( aku melaju ). tp tup..tup skrg ni 1 Malaysia plak... mcm sama je. ntah la. jilat ludah sndiri la nampaknya. disbbkan smngt nasionalisme aku dah smkn kuat disebabkan oleh kempen UMNO, skrg susah plak aku nak terima 1 Malaysia ni. mm..
nape ye..
aku nak komen ke kritik ni. ampun la kang tetiba aku kena soal siasat sbb kes ni habis la aku. aku x mnghasut. cuma pndgn peribadi je. bila tgk logo tu, rasa mcm ada yg unfinish.. rasa sedih. nape? sbb bulan tu dah tercedera. bulan sabit yg melambangkan agama. bintang pun dah tinggal separuh.. nape separuh? agaknya sbb bnyk negeri kerajaan ditadbir oleh pakatan rakyat kot. so, dah tgl sbhgn je. tu je la komen aku. tak bape setuju ngan logo 1 Malaysia yg dikempen skrg.

mngkn ada org kata, merdeka bkn terletak pada logo, pada kempen, pada bendera. tp syiar nya itu kan? pada hati dan jiwa rakyat kita pun sudah tipis2 smngt yg tgl, kefahaman yg masih tercebis. skurangnya ada syiar yg berkibar utk memberi peringatan kepada rakyat ttg hari bersejarah negara.

apa erti merdeka? jika ditanya secara random kpd masyrkt awam.. msg2 bleh mnjawab, merdeka bkn hnya pada laungan tp merdeka minda dan jiwa dr pengaruh luar.. menajwab dan pd masa yg sama perlakuan dan cara hidup sudah tidak merdeka. bg mereka merdeka is free. atau mereka sndr kurg sedar yg mereka sbnrnya sdh x merdeka.

aku pn bkn la org yg layak nk bg takrifan merdeka ni. merdeka itu mmg la bebas. bebas dalam batasan. itu yg ssh org kita nak buat.

bebas tapi terbatas?

susah ke?

balik kpg dan komitmen utk BF

Harith dan aida mastura .. anak kepada anak sdara aku, ita. harith as paklong to aida.
sorg licin sorg lebat berkilat.. harith tua seminggu dr aida. sape lagi besar?


Blk kpg Paya Mak Insun, Pendang, Kedah

mngu lepas, ptg jumaat kami memulakan perjalanan blk kpg ke Kedah. mmg dah lama kami x blk sejak bln 2 lepas. masa dah sarat tu ramai yg x bg buat perjlnn jauh ditambah ketiadaan masa disebabkan kuar masuk spital. suami dan aku. mmg teruja nk blk melalui perjlnn yg pnjg dan ini adalah perjlnn terpnjg pertama si kecil Harith..

wah, bkn main seronok lg. harith mmg suka naik keta. naik keta je terus senyap dan tido. tmbh plak haritu prjlnn bermula senja jd gelap je.. mesti harith heran nape mlm tu gelap awal. jam mlm dah terawal. biasanya pkl 10, 11 br gelap. mlm tu pkl 8 dah gelap. dan biasanya blm tdo lg tp mlm tu dah tdo dlm keta. cuma kdg2 di selang seli dgn cerah lampu jalan berwarna kuning. risau gak aku mlm tu, jadual tdo dia dah berubah jd awl, takut kang bila sampai kpg, tgh mlm tu taknak tdo plak.

kami blum beli car seat utk harith lg.. duk pk2 perlu ke beli skrg. spjg prjlnn jauh blk kedah tu pun aku letak harith kat tilam je. sendal bantal skt. klu terlanggar bonggol ke break mengejut ke, dia tak bergerak pun. rilek je di perbaringan dia. tak heran apa pun. so, kira tak yah la beli baby car seat lg lgpun mahal ya amat..

sampai kedah jam 12.30 mlm, disambut oleh tok dan tokwan harith dgn gembira. harith pn gembira bila sampai kpg. ada mak uda, mak teh dan makcik yg rajin melayan harith. ibu harith bleh rileks skt. jgk ada abg abdullah azam yg mnggelarnya abg long sbb dia cucu sulong kuarga blh abg. harith cucu no 3 selepas aqif anak kak na yg lahir bln jan lepas.. sebaya ngan harith je.
aktiviti harith kat kedah .. gi jalan2 jgk naik keta. hari sabtu ikut hntr mak uda kat insaniah. hari ahad jln gi rumah nenek, toklong, tokngah.. suka la harith bleh naik keta.

harith skrg nmpak makin cerdik. dia suka bersembang. suka tgk mulut comel dia mengomel dgn bahasa pelik dia tu. dan dia juga dah suka menjerit, meraung dan menangis untuk tarik perhatian. yg ni mmg tak larat skt sbb dia mmg dah tak suka brg kat tilam dia. nak suh org riba, dukung, bawak jalan2. br je acah nk letak kat tilam dia akan menjerit sekmpg bleh dgr. hai.. bersabar jela. klu masa br lahir dl, dia hnya akan nangis dan menjerit masa mandi, skrg mandi tak jerit dah.. time lain plak dia jerit. bila aku amat amati, suara harith mmg kuat, serak2 basah dan sedap.. hehe. boleh jd qari bila besar nnti. :D dia menjerit tu sbb nak bt latihan vokal bg suara mkn sedap. nnti besar bleh blajar tarannum ngan tok wan.

komitmen utk BF Harith
sebenarnya aku hampir kecewa untuk terus berazam mneyusukan harith scara eksklusif. bila tgk harith mcm tak knyg2 walaupun dah menyusu lama sehingga sejam atau hampir 2 jam. mnyusu, lena kjp, bgn mnyusu lagi. nampak dia tak puas. tdo dia pn terganggu dan kita pun terganggu sama utk buat keje sbb asyik nak kna susukan dia. aku cuba mncari jalan utk bg harith susu, kna pump jgk, masuk dlm btl, so kita nmpk dia mnm bnyk ke skt. bila nyusu bdn, kita taktau susu ada atau tak, bnyk atau skt yg dah dia mnm. aku bli breast pump battery operated dan bleh pkai letrik tp yg murah je la. try sekali bg harith tghri tu susu gna botol lepas tgk dia mngamuk2. lepas bg just dlm 2 oz dia terus diam dan baik. tahulah aku yg dia mmg lapar.

pumping session diteruskan.. tp hasilnya sgt mengecewakan. hmm.. dpt skt sgt. skali sesi bleh dpt kebiasannya hanya 1 oz. dapat 2 oz ckp rahmat. dapat 3 oz tk taulah gmbira tak terjata tp pernh dpt skali je. tu pun amik masa yg lama. tak smpat nk buat stok. skali pump skali bg kat harith. klu dpt sebotol sehari pun dah ckp syukur. bila tau org lain bleh dpt sampai 12, 20 oz sehri, rasa sedih sgt. rasa kesian sgt kat harith, tkt dia x ckp susu bila tgk dia kurus je. spjg kat kedah, aku bg harith susu gna botol yg dpt dr pumping session skt2 tu. bleh la dlm sehari bg 2 kali dgn kuantiti 2 oz setiap kali. tghr ngan mlm. 3 hari je bg dgn 2 oz tu, harith nmpak dah naik bdn dia, muka pun dah bulat skt. ternyata mmg dia perlu kan lbh susu. harith lelaki perlu lbh susu.

aku blm putus asa, terjaga pkl 2 ke 3 ke aku akn bgn utk buat stok susu harith keesokan hari. walaupun yg dapat tu sdkt sgt2 kdg2 dalam 5 ml je tapi teruskan jgk. org kata mkn slalu kita bf baby ngan pump, susu akan kuar bnyk.. nmpknya semua tu blm nampak berhasil. ada org kata minum susu, horlick, oat bleh tmbh susu. pg ptg aku akan minum cereal radix hpa. plus susu anmum lacta plus horlick plas oat biasa. hasilnya sama saja padahal sudah diamalkn sjk pntg lg.
pergi farmasi, beli ubat tamah susu, just obimin plus blum ubat2an lain.. dah 3 hari mkn.. blum nmpak perubahan positif..

mlm td.. mengalir jgk air mata ni.. rasa kecewa sgt2. tak boleh nak mengadu ngan org keliling.. org lama kpg.. lain caranya. hnya akan menambah kecewa dan hilang semangat je nnti. tgl suami sahaja penguat smngt dn sahabat2. klu tnya org2 tua, disuruhnya tambah ngan susu formula. plg teruk suh je bg nestum dan bbr nasi. bayi sekecil 2 bln ni suh mkn nasi. klu adu pasal harith yg smkn kuat menangis dan meragam, jawapannya budak tu nak kena buai tu. semua jawapan2 yg x masuk dalam senarai aku akan buat. jadi baik la aku diam je. kna kuat smngt sndr. apa2 masalah pun hadapi la sendiri. tambah smngt dan dptkan info dgn internet ni la. internet ni la sumber nak dpt keyakinan diri. baca pngalaman2 org lain, saranan dan nasihat,
taktau dah nk buat mcmna.. klu org cdg beli set pump yg lbh mahal dan berkualiti.. itu diluar kmmpuan aku. lgpun aku masih sentiasa bersama harith. walupun secra zahir, mnyusu bdn dilihat tiada kos, tp klu bermasalah bnyk jgk kos yg perlu dikeluarkan. selain set breastpump, alat pnjgaan, supplement tmbhn utk ibu, mknn dan mnmn yg bgs.. semuanya perlukan belanja.
yg aku mmpu aku usahakan sehabis2nya.. selebihnya hnya tiggal azam dan tawakkal kpd Allah.

saya mahu beri yg terbaik utk harith. dia berhak dpt yg terbaik. biarlah sbg ibu, kita bersusah. itu tugas dan tgjwb kita. walau hmpir tiada rehat, tdr yg tentu, mkn jg.. tdk mngapa. pengorbanan perlu dibuat.

takde apa yg saya perlukan skrg, melainkan sokongan suami dan sahbt2. sokongan dr pelbgai segi kerana saya tak mampu untuk mnghadapinya seorg diri.

hjg mngu ni cdg nak gi printg exhibition, harith kna ditinggalkan dgn sesiapa tp taktau lg nak tglkan kat sape. yg plg merisaukan, stok susu utk harith hari ahad nnti juga blum ada. klu stok tak dpt buat, mknanya hasrat saya utk ke exhibition perlu dibatalkan. harith blum boleh saya bawa ke sana. dia masih kecil. org ramai, bau chemical yg kaut semua tu membahayakan harith.

apa alternatif saya? hnya utk tgl kan harith 1 hari, sudah bingung. klu saya bekerja mcm org lain ygkna tglkan anak kat pengasuh, ntah apa la nasib harith,.. huhu , tolong! tolong! camne nk bt stok neh.. ada sape2 sudi jd ibu susu harith x utk ahad ni, huhu

Design by Blogger Templates