Ramadhan dan cabaran..


alhamdulillah.. syukur tak terkira kpd Allah krn masih mmberi izin bernafas di bulan yg mulia pada thn ini dgn sinar baru. ramadhan kareem. bulan mulia yg dirindu tp sering diabai oleh sikap sendiri yg lewa. sekian bnyk ramadhan berlalu, ramadhan mana yg diisi pnh dgn takwa? hai.. susah btul mnjawabnya.


ramadhan kali ini bersama permata hati. Harith fahmi, wira kami. thn ini smmgnya lebih mencabar. baru 4 hari, sudah terasa cabarannya. oleh kerana aku memilih utk menjaga Harith sendiri, aku perlu mmbuat pelbagai kerja dlm satu masa. pergi kerja dgn membawa harith.
Pergelutan masa dan kerja

membuat kerja dan menjaga bayi mmg mncabar tertama bila timing dia tgh meragam skt. tambhan plak skrg tak ada pekrja di kedai. pkrja terakhir, kerja 3 hari dan berhenti. takpela.

ada masanya begitu gembira dgn kehadiran harith di sisi, adakala bgitu sukar. tidurnya yg sedikit di siang hari mmbuatkan aku terpaksa berkejar2 utk melakukan semua kerja semasa dia tidur. pada masa dia tidur yg tak lama mana tu (kdg sejam, plg lama sejam stgh), aku perlu buat design or apa2 kerja ofis, dan wktu tidur dia itu jg aku perlu curi masa utk ptg kuku kaki dn tngnnya, mmbersihkan hidung dan telinganya. klu di rumah, waktu tidurnya yg sngkat itu selain perlu buat kerja pjbt, kerja2 rmh jg perlu dilakukan serentak. mmbasuh baju (cuci tgn ye), sidai baju, memasak, makan, kemas rumah dsb. alhamdulillah, skrg bln rmdhn x perlu pening pk psl masak dan mkn tghri. yg tinggal cuma bergelut dgn masa utk solat.


skrg dah pkl 3.30ptg, alhamdulillah, harith tido jg akhirnya setelah penat dia berjaga. waktu berjaganya yg pnjg adakala sempat utk sambil2 mmbuat kerja. waktu jaganya juga harith perlu berkongsi masa antara kerja aku dan masa dia perlukan perhatian dari ibunya. mmg semasa dia jaga aku kdg tak sampai hati utk buat kerja lain.. sebolehnya mahu mberi perhatian kpd harith. melihat prkmbgn terbarunya setiap hari mg menngembirakan. harith sudah pandai ketawa jika kita berbicara dgnnya. waktu jaga itulah waktu pntg utk aku mmberi pelajaran2 baru kpd harith. mngajar Harith perkataan2 pntg sperti Allah, ibu, ayah, sayang, harith. Harith juga sgt suka jika dibacakan ayat2 al-quran. bersama harith mmg tak rasa sprti bersama bayi kecil kerana tiap kali kita berbicara dgn dia, dia memberi tindakbalas seolah memahami. hmm,,, kuat sembang gak harith ni.semakin besar, smkn bnyk juga kerenahnya. menangis dan menjerit.. kdg buat kami tak tentu arah. mahu ditemani selalu. dia semakin cerdik.
apa itu Cloth diapers
sebagai ibu ayah buat pertama kali, masih bnyk yg kekok. 2 mlm lepas, kami bawa harith ke klinik.hoho, msm H1N1 ni, ramai btul manusia. pkl 9 kami dtang, pkl 11 br dpt jmpa doktor. harith kena ruam dan melecet yg teruk di montot comeinya. dr sarankan harith guna lampin kain biasa di siang hari. heh, setelah sekian lama guna dispos diapers, reti ke nak gna lampin kain tradisional? hari ni aku berjaya buat. tak teruk sbb harith ni ada masalah usus malas nk buang air besar. walupun dah bg mkn ubat sembelit.


utk mlsh diapers ini aku sdg cuba utk bertukar dr dispos diapers kpd cloth diapers (CD) iaitu lampin kain moden. order 2 keping je, cantik dan lembut. ia adalah lampin kain moden yg berfungsi sprti Dispos diapers(DD) yg boleh mnyerap hingga 3,4 kali buang air dan bby ttp rasa kering. bezanya ia boleh dibasuh!.. jimat sebb boleh guna hingga bby pandai buang air sendr. salah satu fngsi CD sbg potty trainer kerna bby akan rasa basah bila dia perlu rs bsh. size adjustable sbb tu bleh guna dari newborn sampai umur lbh kurang 2 atau 3 thn. aku rasa rugi beno sbb dpt tau pasal CD ni lambat klu x boleh jimat bnyk.

yg pntg adalah kesihatan bby, sbb chemical yg ada pada DD boleh mmberi kesan langsung kpd dia samada rashes, sistem respiratori dan mcm2 lg. selain x bgs utk alam sekitar krn mnggunakan plastik yg kita perlu buang setiap kali dan ia mngmbil masa 500 thn utk lupus.

go green, bro!


inilah antara rupa CD yg pelbagai warna.

sebenarnya CD ni ada bnyk jenis, brand, kaler, corak. mmg comel.. harganya mmg boleh tahan. sekeping harga antara rm35 - rm90 . tp kita mybe perlukan dalam 8, 10 atau 12 sahj atau ikut kamu la. ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali. dan ia lebih jimat dari sekeping DD yg kita buang setiap kali if kita gna sampai dia besar. ribuan wo utk DD shj. dan ianya dibuang. tp CD kita x buang, boleh buat harta warisan pada generasi akan dtg. hehe.

pemakaian CD adalah salah satu nature parenting selain breastfeed.

ttg BF lagi

berckp ttg BF,.. selalu timbul tnda tnya di fikiran saya, mampukah saya sehingga 2 thn?. mngkn ada yg menjawab, takpela, bg je la susu formula. mm.. mngkin bg sstgh org, mmberi FM adalah perkara biasa tp ia adalah perkara sensitif utk saya. kerana ia adalah azam saya utk BF. mmlh mmberi harith BM bkn hnya klbhn yg ada pd BM tp juga pd kekurgn yg ada pada FM. pd sstgh org, takda beza, yg pntg baby jgn lapar, sudah.

saya ada mndengar kuliah tafsir ttg BF berdasarkan ayat Allah yg menyuruh ibu2 mnyusukan anaknya shngga 2 thn. klu tak boleh BF anak, alternatifnya ialah mencari ibu susu. dan bapa hndaklah menanggung upahnya krn tgjwb bapa mencari rezki. di bulan puasa juga Allah memberi pilihan kpd ibu2 yg mnyusu utk berbuka jika bimbg kshtn dr dan anak. cuma ada kifarah, qadha' puasa dan fidyah. tidak ada pilihan memberi susu lembu atau kambing dan sbgainya walhal di zaman Nabi juga sudah ada susu lembu yg diminum oleh org dewasa. mmg tidak ada keharamannya tp adakah kita sudah berusaha sebaiknya? sehingga 2 thn sahaja,.. tak ada kata boleh atau tidak jika beri lebih dr usia 2 thn. tp saya ada baca pndpt yg mngatakan zat yg ada pd susu ibu tak berguna utk anak yg berumur 3 thn ke atas. masa itu anak boleh diberi susu formula disamping mknn2 tmbhn lain. Allahu a'lam. klu dah dharurat tu xpe la, bg FM je.. klu kita yg dewasa ni pun, klu dah dharurat, bngkai pun bleh mkn kan. sekadarnya.

kerana itu sy mahu bersabar dlm BF dan Allah beri rezki Harith ini secukupnya hingga waktunya. alhamdulillah, hmpir 3 bln, dgn sgala kpayahan, dpt dilalui. ada lagi setahun 9 bulan. wah.. tak dpt nak bygkan. ok, misi kata think positive ok!

to do the right thing!

mmg susah utk mmbuat perkara yg betul sdg terdpt bnyk pilihan2 lain yg bagus2 juga malah memudahkan. zaman ibu2 bekerja, mngapa susah2 nk BF sdg ada FM? dan knpa perlu mmbeli set2 yg BF yg mahal hingga ribuan ringgit? mngapa perlu ber CD atau guna lampin kain sdg ada DD? dan satu lagi hntar anak ke pengasuh..

itulah kita, kita telah terbawa oleh arus masa. zaman ini, ibu2 perlu bekerja mmbntg tulang bersama ayah kerana sesuap nasi atau seperiuk nasi keluarga. ekonomi yg tidak menentu. jika kita boleh mengikut perkara yg betul seperti yg disaran dalam agama.. tidak ada soal pengasuh, soal FM, soal DD.. tugas ibu adalah menjaga anak2. jika ibu tidak bekerja, anak tak perlu dihantar ke pengasuh. soal tarbiah anak2 diberi sendri. tak perlu risau pk, apa pngasuh aku buat kat anak aku, selamatkah, sihatkah? jika ibu tidak bekerja tak perlu pk ttg nak beli set BF yg mahal2 sbb perlu buat stok hntr ke pengasuh dan beli susu formula sbg tambhn risau x ckp susu sbb ibu boleh direct feed + menambah ikatan ibu dan anak. jika ibu tidak bekerja, tak perlu pk belanja utk beli dispos diapers sbb ibu punya masa utk mencuci lampin biasa yg lebih jimat. jika ibu tidak bekerja, ibu boleh memberi perhatian sepenuhnya dlm perkmbgn anak2. mmberi pnddkn seawal baru lahir hingga besar semuanya di dpn mata mengikut manhaj yg kita suka.

belanja2 di atas terjadi kerana pilihan kita dan juga desakan hidup skrg. saya tak pasti benarkah kita mmg tak punya pilihan utk kembali kpd cara yg betul. mngkin kerana tngjwb mencari rezeki, membina negara dan bangsa sudah tergalas sama di bahu wanita di arena lelaki. sdg gelanggang sebenar di rumah sudah terabai. adakah kaum lelaki turut perpencak di gelanggang ibu utk memberi keseimbangan?

masa tak perlu dipersalah.. kerana suasana yg tercipta di masa ini adalah akibat dari perbuatan manusia sendiri yg awal2 telah mencipta haluan sendiri mngikut akal yg menjauh dari sunnah. hendak berpatah balik, blum terlambat tp mmg sukar melainkan ada azam yg kuat.

ya, semuanya tgl azam dan tawakkal. saya ibu bekerja.. saya perlu mmlh utk BF jg, mnjaga anak sndr dan mengurangkan penggunaan DD. selain tidak mmbuang title sebenar sbagai suri rumah dan isteri. mmg berat. hingga kdg terzahir di wajah ketidak sanggupan memikul beban ini. saya hnya perlu sokongan utk terus kuat dgn plhn2 benar bukan dgn memberi alternatif yg bkn pilihan saya.

bagaimana memberi sokongan

mm.. selain tgs sendr mmilih yg nature, sy perlu mmeri pnddhn ttg ini semua kpd yg lain spy dpt membntuk kmplan sokongan. knapa? saya perlu sokongan, dan yg perlu memberi sokongan mesti mmpunyai info dan ilmu yg btul. jika tidak, kamu akan memberi sokongan yg salah. memberi sokongan bkn sekadar, saya sokong awak nk Bf. tp dia perlu tahu apa yg perlu, yg pentg, yg boleh dan tidak, knapa begini, tidak begitu dgn btul. apa yg perlu disediakan, apa tugas yg boleh dibantu. contoh penyokong kpd ibu yg BF samada suami, ibu @ mailto:family@.. sediakan mknn dan minuman yg betul, kelengkapan yg baik samada set BF, prihatin ttg kesihatannya, supplement yg sesuai, bantu urus penyediaan stok susu, pakaian yg bersesuaian, hadir ke taklimat dan kelas2 berkaitan. kata2 begini yg anda fikir anda membantunya ttp sayang sama sekali menghancurkan hatinya.. "takpelah, saya pun kesian tgk awak penat2 mcmni, kita bg je susu formula. saya pun boleh tolong klu awak tgh sibuk nnti".. ingat ye.. anda dilarang sama sekali utk berkata sedemikian jika anda kata anda adalah penyokong ibu yg BF. apa2 pun.. berbincg lah utk kebaikan si kecil. buatlah mngikut kemmpuan anda, semampunya.

masih berpantang

tempoh pantang 44 hari telah lama berlalu.. tapi itu pantng besar. ada pantang susulan.. jgn taktau ye. jika org tnya saya, pantang ke.. xtau la nak ckp. masa tempoh pntg 40 hari, dijaga sepenuhnya oleh mak.. kira pntang jgk la. tp lepas 44 hari, ada yg perlu pantang dlm tempoh 44 hari saya masih berpantang lagi kerana risau. padahal saya sbnrnya tdk tahu apa yg boleh dan tidak selain yg telah diberitahu. awal2, saya tak brani lagi nak mkn ais, pulut, udang atau mknn yg gatal2. tp selepas 60 hari, saya sudah agak brani mkn mknn yg tak boleh masa pntg dulu. mknn pantang susulan yg org kata x bole saya tak mkn la. apa yg perlu pantang lagi selepas pntg 44 hari? .. antarnya manggis, pisang nangka, nangka, cempedak, ais, langsat, pulut dan bla..bla.. yg saya x tau. saya ada langgar pntg, saya mkn cempedak. saya taktau saya x bleh mkn, masa tu yg tau cuma nangka. bila ckp kat org2 yg kaut pntg, terkejut la depa dgr kata saya mkn cempedak. mm.. bkn saya nak langgar pntg tp mmg saya taktau. bila harith jadi rashes mcm skrg ni, mak tak bg mkn sotong, ikan kembung pn takleh.. tkt nnti effect kat harith, dia yg gatal. mm,, doktor, btul ke? hmm.. sng citer, apa la beza dgn pntg 44 hari dulu.

kesan langgar pantang? sy taktau. cuma skrg badan2 mmg sakit, skt belakang, skait urat, sakit kaki, lutut, tapak kaki.. hai,, mcm org tua. mak kata tu sbb mkn cempedak la tu. x pantang. mak suruh saya pntg lagi. ada org kata pntang sampai 100 hari. ada org kata pntg setgh tahun. klu ada kawan2 tnya pndpt saya apa yg perlu pantng,,, saya jawab ko jgn mkn buahan2 tempatan. klu nak mkn mkn yg import je, mkn epal, lain, anggur, oren.. takde org marah. yg import je yg bagus. huh.. ni ayat geram sebenarnya. hehe.

apapun, sabarla ye. mmg bukan mudah menjadi ibu. semasa mngandung pun penuh cabaran, semasa melahirkan juga memeritkan, selepas nya juga pelbagai kesukaran. sbb itu syurga di bawah tapak kaki ibu. beban ibu yg berat, yg wajib utknya adalah ketaatan pd suami. isteri yg taat suami Allah bg nya syurga. tugas dan tgjwb besar sperti mnjd ketua ngr, ketua keluarga Allah beri kpd lelaki, sesuai dgn sifat mereka yg monotrek dan fokus.

0 comments:

Design by Blogger Templates