berhenti lg..




mmm... pekerja yg skrg ni dah brenti plak.. ini pekerja kedua dan dia sgt boleh dipercayai. mmg berat nak melepaskan dia . tp saya perlu sbb dia akan menymbgkn pelajarannya di UNISEL setelah permohonannya untuk dapat bantuan zakat diluluskan. Alhamdulillah. bagus la zakat nak biaya sepnjg pengajiannya. nk smbg belajar kat private ni bercinta la skt klu kita ni org2 biasa je.

skrg pening nak pk amik pkrja br lg. skrg ni blum msk ofis selalu lg. klu dpt pekerja baru kna ajar plak dari A-Z mcm ajar pekerja 2 org sblm ni. yg skrg ni pun blum hbs rasa lelahnya mengajar dari zero to hero. nampaknya mngu depan kedai saya bakal kosong utk hari2 tertentu. klu ada pkrja br pun, tanpa kita.. blum bnyk yg dia bleh buat. klu berseorangan di kedai tnpa pekerja plak nnti takleh nak ke mana. skrg dah ada harith yg perlu dijaga bersama.

skrg ni buat mcm ok jer. pkrja skrg ckp ada 2 org kawan dia nak keje. kna interview lg. kna pk masa mana nak ajar dia dlm keadaan x pegi kdai hari2 lg. ke mmg dah kna gi keje hari2 dah. tido kedai lagi? jenuh plak nak berhangkut2 brg.

.......

kak nani salah seorang penyewa di premis yg sama dah pindah ke premis lain. perniagaannya dah berkmbg, x muat duk dlm kdai yg besarnya setakat 5'. tuan tanah plak tak bg sewakan ruang kosong tu pd org lain, so back to asal ada 2 org penyewa. aku dan penyewa pasif yg segalanya aku tanggung. geram.. dah agreement nama kita, apa2 hal pun kita kena la bereskan tnpa ada yg tergntung.
sabar.. sabar...

.......

x sampai sebulan dah nak ramadhan.. taktau nak gmbrkan perasaan mcmna, ramadhan bersama org baru. rumah skrg pn dah jauh dr masjid. tak bleh nk dgr kemeriahan ramadhan di masjid dan berjamaah di msjid. camne ek klu gi masjid bwak harith.. mmm...
rmh skrg gak jauh dr pasar rmdhn, nmpknya dah tak mcm dulu bleh bli lauk buka kat pasar je. jimat woo.. bwak rm5 bleh bli kuih dan lauk pauk sampai ke sahur esok hari, klu msak? kos lg, tenaga lg.. thn ni kna la tgk keadaan mcmna..

......

Harith dah besar, dia dah pandai gelak dan balas borak kita. comel sgt. suka tgk dia cakap2 dgn bahasa dia tu.. ckp2, gelak2. terhibur!. sejak dah pndai bunyi ni, klu berjaga je pandai dah meraung utk tarik perhatian kita. pastu pandai dah demand utk diriba dan didudukkan atas badan kita. tak moh dah brg kat tilam.. letak kat tilam je, menjerit terutama bila ayah dia blk keje. nak bermanja2 ngan ayah la tu. alhamdulillah masa tgl ngan ibu, selalu bg chance kt ibu setelkan keje2 dl.


harith hari ni.. sblm tido ptg td.. skrg dah bgn ayah dia dah blk keje




Susu Ibu.. sampai bila?

sebelum menulis dgn lebih pnjg, alf mabruk buat sahabat tercinta, Najibah Mustafa kerana telah berjaya dalam ujian melahirkan anak semalam jam 4.05 ptg. ptg ni dah bleh kuar dewan peperiksaan. Hasil ujian.. Nur Aqilah yg comel dgn berat 2.8kg... klu x silap. x sia-sia beliau study sampai tepu untuk ujian ini. Alhamdulillah.. pg td sempat berbual di telefon. suaranya masih lemah dengan nada lega dan gembira.

tulisan kali ini masih sekitar dunia keibuan.. tentang susu ibu.

walaupun di pasaran berlaku kebanjiran susu formula yg telah ditambaik kualitinya hingga hmpir menyamai kelebihan susu ibu tetapi kesedaran ibu2 jg semakin meningkat tentang kepentingan susu ibu kepada bayi mereka juga kepada diri ibu itu sendiri.
Allah juga memberi saranan di dalam Alquran tentang penyusuan ibu.

Firman Allah bermaksud:
"Ibu henaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. jgn seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya."

Kewajipan ibu menyusukan anaknya tidak bermakna seorang ayah boleh bersenang kerana tgjawab ayah lebih besar iaitu menjaga ibunya terutama dari segi kesihatan, pemakanan kerana ia memberi kesan secara langsung kepada perkembangan bayinya. Seorang ibu selama menyusu bayi perlulah mendapat makanan yang cukup nutrien, seimbang dan kesihatan yg baik kerana ibu perlu tenaga yg penuh untuk sentiasa bersedia menyusu juga emosi yang stabil untuk menyusu.

belum sampai 2 bulan saya menyusukan harith, sudah terasa ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan jika bukan dengan kesabaran, secebis kasih sayang yg dianugerah dr Rahimnya Allah untuk sentiasa kuat menghadapi cabaran ini. ia tidak dapat dibayangkan oleh mana-mana orang yang tidak melalui pengalaman ini.

dalam kesukaran, menyusukan bayi adalah perkara yang menggembirakan hati seorang ibu kerana di sebalik kesukaran punya hikmah yg besar. dan sebahagiannya dapat dirasa secara langsung semasa menyusukan. sbb itu seorang ibu sanggup tidak tidur malam atau bgn setiap 2 jam, sakit2 badan, melawan pelbagai perasaan untuk setia menyusukan bayi comelnya.

HIKMAH MENYUSU

Antara hikmah menyusu yg banyak yg hnya mampu disingkap oleh manusia melalui pelbagai kajian seperti mengecutkan rahim, meningkatkan kasih sayang ibu anak, mengurang risiko kanser payudara,menjarak kehamilan, kesihatan bayi yg baik kerana keperluan nutrisinya yg mencukupi, menghindarkan bayi dari risiko kegemukan juga risiko pnyakit yg berkaitan perut dan usus. juga terbukti melalui kajian kanak2 yg mendapat penyusuan eksklusif mempunyai IQ yg lebih tinggi berbanding kanak-kanak yg diberi susu formula.
Dari segi ekonomi juga ia tidak membebankan kerana hampir tiada kos untuk memberi susu ibu. kerana itu, semiskin mana pun sebuah keluarga itu, adalah hmpir mustahil untuk seorang bayi mati kelaparan kerana tiada susu.
betapa besarnya hikmah penyusuan yg hanya baru sedikit mampu dikaji oleh manusia.
usaha kerajaan secara bersungguh2 memberi galakan kepada ibu yg baru melahirkan sememangnya usaha yang baik.

CABARAN MENYUSUKAN HARITH.

Semenjak hamil saya memang berazam untuk menyusukan Harith secara eksklusif terutama setelah mengetahui kelebihan2nya yang banyak.
walaubagaimanapun ia tidak semudah yang saya bayangkan walaupun ia sebenarnya memang mudah!

Di hospital..

Cabaran datang dari luar juga dari dalam diri. saya diuji setelah melahirkan Harith. selepas melahirkan Harith, kami dipisahkan oleh wad yang berbeza. aneh, saat itu saya sedikit pun tidak terfikir untuk menyusukan Harith sehingga masuk hari kedua. Hanya hari kedua saya dapat berjumpa Harith, sehinnga saat itu tidak terfikir oleh sya apa yg dimakan oleh Harith? tidak laparkah dia? mngkin masa itu saya hnya berserah pada yg pakar, tahulah mereka nak buat apa.. agaknya kerana keadaan diri yg saat lemah ketika membuatkan saya tidak mengambil berat itu semua. setelah bertanyakan kpd dr. di SCN ttg Harith, mereka memberitahu ygHarith berpuasa selama 2 hari. Pada hari ke 3 br harith diberikan susu. hnya pada ktika itu saya cuba untuk mnyusukan Harith tp tidak berja, stlh 3 hr,br nk kuarkan colustrum dan mngmbil masa yg sdgkn Harith sdh lapar dan tdk boleh terlalu lama berada jauh dr lmpu. Harith dibekalkn dgn susu tmbhn dr hospital.
bermula hr ke 3, saya berada di wad SCN, sy berusaha bersgh2 untuk mngeluarkan susu untuk Harith. Harith pula blum pndai mnyusu. kdg jd geram bila dia ttp mulutnya dgn rapat tdk mahu mnyusu. setiap 3 jam harith perlu diberi susu, ttp dsbbkn kskrn2 yg dihadapi, harith perlu berlapar hngga 4,5 jam kerana aku sdg berusaha untuk mahu mnyusukannya jg. sering gagal dan Harith pn diberi susu formula. sebenarnya masa itu sy sgt kecewa. saya hampir tidak tidur sehingga hari ke 5 di hospital kerana waktu lapang yg ada akan saya penuhi dgn cuba mengeluarkan susu.
alhamdulillah, dgn izin Allah pada hari ke 5 setelah harith tidak lagi berada di wad khas dan berada di sisi saya walaupun masih berlampu dia mahu menyusu malah sehingga satu jam. tetapi Harith masih perlu diberi susu tambahan kerana susu badan masih blm mncukupi untk
harith.

di rumah kjg..
setelah pulang ke rumah, saya masih blm yakin mmpu menyusukan harith tampa bantuan susu tambahan seperti di hospital. saya minta suami beli susu sebagai back up. keadaan diri yg masih tidak stabil, keletihan dan tambhn pula pada mm pertama harith di rmh kjg, dia tdk tdur smlmn dan hnya ingin menyusu menambah keinginan mak saya untuk membancuhkan susu. saya kuatkan smngt wlupun perlu utk tdk tidur lg mlm itu, saya tidak mahu harith diberi susu formula lg, saya ttp mahu menyusukan harith walau dlm kepayahan. Alhamdulillah, mak akur dgn kptsn saya walupun dia sudah sgt kasihan melihat saya yg tidak berdaya tetp masih mahu menyusukan Harith.

lain2 cabaran dtg dr luar. yg dtg berziarah biasanya akan tnya.. "susu bdn ke campur?".. saya jawab, susu badan je..
bg yg tahu klbhn susu ibu akan kata, "baguslah.. "
selebihnya akan kata, budak laki kuat nyusu, larat ke
bila saya kata akan nyuskan harith hngga 6 bln skurng2nya,,
ada yg kata.. ha, yelah, larat sgt la. itu pun klu ada susu lg..
"klu aku, dh dgr bdk takmau diam, sumbatkan nestum. br diam. x sabar aku"
dan macam-macam.. rasa geram dl hati, bkn nk support. kbnykn yg tdk stuju adalah dr glngn org2 lama.dan macam-macam.. rasa geram dl hati, bkn nk support. kbnykn yg tdk stuju adalah dr glngn org2 lama. saya diamkn saja dan bersabar sambil mnmbh azam mnyahut cabaran mereka.

di tempat keje.
mm.. di tmpt keje jg memberi cabaran kpd saya. saya mmbuat kptsn utk mmbawa Harith ke tmpt keje. apatah lg dia msh sgt kecil. ada jg terfikir untk hntr kpd pngasuh tp saya akan usahakan mnjaga harith sambil bekerja. harapnya dpt bertahan hingga dia besar. saya blum ykn pengasuh mmpu menjaga sambl mnddk harith mngkt cr yg saya mahu. cbrnnya bila saya sdg berhdpn dgn cstmr dn pd masa itu harith meraung mahukan susu.. maka Harith akan disumbt dgn puting. bercadang untuk mmbuat stok susu ttp mmkrkn kos2 yg bkl ditanggung,, blum mmpu rasanya. jika saya bleh mmbawa stok susu, di kedai tak ada peti sejuk pula. nnti basi, sia2 je berpenat lelah mngepam. dan untuk mngepam dan dpt hasil yg bnyk jg perlu pump yg lbh berkualiti dan bgtu mahal pula hrganya. huhu... mmg sya sgt mngidam untuk dptkn breast pump yg baik. saya ttp perlu mmbuat stok susu terutama utk kcmsn, perlu berpergian dan mngglkn harith bersama org lain. huhuhu.. :(

selain itu, sbnrnya sukar bekerja smbl mnjg bayi, takut2 yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran. tkt nnti kerja terganggu, malah Harith jg tak dpt diberi perhatian sepnuhnya.

di rumah..
cabaran di rumah berbeza.. dari segi menyusukan harith, tidak memberi masalah. saya sentiasa ada 24 jam untuk dia. kesukaran ialah pada memberi masa dan perhatian pada hal-hal lain seperti mengurus rumah, membasuh, memasak dan juga perlu membuat kerja pd masa yg sama. jika pd masa Harith meragam, dia kdg perlukan kita sntiasa di sisinya, klu tidak.. haru biru. mmg sukar. buat masa ini, situasi boleh dikawal dan diurus walaupun bkn dlm keadaan terbaik. Harith anak yg baik, dia selalu memudahkan saya ketika saya perlu dia berbuat demikian. sayang btul kat Harith..

Kesihatan..
pengalaman kali pertama menyusukan bayi, belum biasa. Harith kuat menyusu. kdg tak larat nak ikut kemahuan dia. lengan sakit memangku. sakit2 badan dan belakang. tidur yg tidak tentu arah. mkn jg tergopoh gapah jika dia meragam wlupun x selalu. semua ini tidak lah menjadi perkara besar kerana semua ibu di dunia ini mengalami hal yg sama. seperti yg saya katakan secebis dari sifat Rahimnya Allah yg dicampak ke dalam semua hati ibu di dunia, semua itu mmpu dipikul oleh seorang ibu yg asalnya merupakan seorang wanita yg lemah dari segi kudratnya berbnding lelaki.

bila dimenung2.. kdg sy tdk ykn jg dgn kmmpuan dr utk mnyusukan harith penuh hngga 6 bln dan meneruskan hngga 2 thn. setiap hari ada jg perasaan mngalah. tetapi krna azam prnh dibuat, saya harus bulat dgn kptsn saya. saya tdk akan berpth blk dgn kptsn yg tlh sy buat apatah lg ia sesuatu yg baik. berudur bermkna saya mngalah dan kalah.. hmm..

sampai bila saya boleh bertahan?

Susu atau Cucu ..

Ayat-ayat begini sering kita dengar bila seorang dewasa bertanya kepada si kecil yg belum lancar berkata-kata.

adik, adik nak cucu ye?
tanya seorang ibu kepada anaknya yg sdg menangis kelaparan

lain-lain ayat yg biasa jg didengar

nak gi andi ke..


nak ido yer..

apa sebenarnya yg ingin diperkatakan oleh si dewasa ini?
si kecil takkan sudah mahu ditanya mahu cucu..
apa itu andi? apa itu ido?

tanpa kita sedar, org dewasa meniru pelat si kecil yg belum fasih berkata-kata sedangkan si kecil sdg memerhati dan belajar dari yg dewasa.
mengapa perlu disebut 'cucu' sdgkan si kecil perlu mendengar dan mengetahui air yg diminumnya sebagai susu. si kecil yg belum boleh berbicara dab berbahasa betul seperti kita mngkin belum mampun menyebut perkataan susu, mandi, tidur dgn betul. dia mengulang perkataan yang diungkap oleh ibu, ayah atau org dewasa sekitarnya dgn bahasa dan perkataan setakat yg termampu dia ungkapkan. susu jadi cucu.. mandi jadi andi, tidur jd ido..
malangnya apabila org2 dewasa mendgr perktaan pendek dari si kecil ini, mula lah mereka menukar perkataan sebenar kepada perkataan yg sama diungkap oleh si anak tadi. kononnya si kecil lebih memahami perkataan yg diucap oleh mereka.

apa akan berlaku kepada perkembangan anak ini?
saya telah melihat perbezaan seorang kanak-kanak (A) yg diajar dalam situasi ibu ayahnya akan bercakap dgn bahasa dan perkataan yg betul dan kanak-kanak (B) yg berada dlm suasana ibu ayahnya berckp bahasa mesra kanak-kanak seperti yg saya sebutkan di atas.
kanak-kanak pertama dapat bercakap dgn betul lebih awal berbanding dgn kanak-kanak kedua. ibu ayah kanak-kanak kedua risau anaknya blum boleh berckp dgn btul walaupun umurnya smkn meningkat dan menimbulkan rasa rendah diri mereka jg memndg rendah kmmpuan si anak. berbanding ibu ayah kanak2 pertama, mereka ras gembira dan bangga dgn anak mereka. ini membuatkan mereka lbh berusaha menggilap potensi anak mereka dgn lbh baik kerana wujud kepercayaan dlm diri yg anak mereka adaah anak yg hebat.

Anda boleh bayangkn apa yg akan terjadi kpd prkmbgn kanak-kanak tersebut di masa akan dtg. anak yg mmbesar dgn kepercayaan ibu bapa dan anak yg membesar dgn ibubapa yg negatif.

ia isu yg kecil dan remeh bg sesetengah org tetapi bagi saya ia perkara yg besar. sbb itu saya kurang selesa bila ada yg berbicara dgn si kecil sy dgn perkataan2 singkat sebegini kerana bagi saya ia tidak membantu perkembgn minda si kecil.

saya juga tidak suka orang berckp perkataan2 tidak elok dan negatif di depan Harith. walaupn Harith mngkin blum boleh mengerti dan memahami tapi sya percaya semua itu boleh tersimpan dalam minda bawah sedarnya.

antara ayat2 yg saya tidak suka seperti..
"apalah asyik mengeliat je ni.. org suka mengeliat ni pemalas nnti. "
(Harith suka mengeliat, lbh2 lg bila dia tg tdo, org kacau suh dia bgn. dia akan mengeliat berpuluh2 kali dan akhirnya x bgn pun)

"ala.. la.la.. budka bucuk ni.. xnak kawan ngan dia la. budak bucuk ni.."
(sedangkan dia br lepas mandi. patutnya wangi la. nape bucuk & xnak kwn)

saya sensitif ttg bahasa dan perkataan yg +ve dan -ve. ckp la selama ini kita dibesarkan dalam suasana melayu yg suka berfikir negatif, berckp2 negatif dan berpandangan negatif yg menyebabkan anak melayu kita tidak berani ke depan, tiada kepercayaan kepada diri, memndg rendah kemmpuan org lain, bodoh sombong dan mcm2 lagi. suasana negatif yg tidak membangun jiwa dan minda. juga suasana yg tidak menyokong dan membantu ke arah potensi diri.

perkara ini berlanjutan sehingga ke sekolah rendah, menengah hatta ke universiti. fenomenanya seperti jika ada murid yg ingin angkat tangan, bangun dan memberikan pendapat atau jawapan dan kebetulan kurang tepat. akan diketawakan dan dipandang sinis oleh orang lain.

'haha.. apala, itu pun taktau. buat malu je.'
'klu x tau tu, diam je la'
'setakat jawapan mcm tu, baik x payah jawab'

itulah senario anak melayu yg menyebbkan kita jadi mundur. murid yg diketawakan tadi tiada semangat untuk mencuba lagi dan membantutkan mindanya utk terus berfikir dan mencuba. tentu saja dia malu utk diketawakan lagi kelak. walaupn brgkali dia pasti dia betul, dia mngkin akan berfikir, klu salah mcmna? nnti diorang gelakkan lagi? nnti malu..

kenapa wujud situasi murid2 lain yg suka merendah2kan kawannya yg mencuba tadi? ini kerana budaya biasa yg ditunjukkan oleh orang tua. baik diam dari malu salah. baik diam dari bercakap benar. nnti apa org kata.. asyik2.. nnti apa orang kata. kononnya berbudi bahasa. klu nak ckp biar ibarat tarik rambut dlm tepung. biar mati anak jgn mati adat. murid2 tadi sebenarnya dalam diri mereka tidak ada kepercayaan dlm diri mereka untuk berani. berani itu ditunjukkan dengan memperlekehkan org lain untuk menampakkan yg mereka kononnya lebih 'gentle'.

inilah yg terjadi kepada anak melayu kita yg selalu kita risaukan anak bangsa kita tidak ke depan, penakut, pemalu.
sama juga situasinya bila sudah dewasa dlm memilih kerjaya. selalu saja saya dengar orang kita bising tentang org cina yg menguasai ekonomi negara. mereka yg menguasai bisnes, pekan2 dan bandar di negara ini.

"asyik2 org cina gak yg maju. org cina ni rajin. anak melayu takde yg berjaya berniaga. tak berani. knapa takde anak melayu bukak kedai kat cn"
dan mcm2 keluhan dan rungutan. tetapi bila anak mereka sendiri yg ingin berniaga lain pulak ceritanya.
"x payahlah.. berniaga tu tak tau lagi masa dpnnya. keje la ngan kerajaan. bulan2 tu pasti. boleh buat pinjaman beli kereta, rumah. nnti ada pencen. klu keje sendiri ke keje swasta nnti takde masa depan..bla..bla.. mcmtu la lebih kurang biasanya.

sebelumnya bgitu marah anak cina yg berniaga itu ini. sana sini,, cina. mahu melayu mengorak langkah. tapi bila anak sendiri yg ingin menyahut cabaran itu, tak dibenarkan pula. kenapa?
kita suka menkritik, menghentam tapi tak sanggup berkorban. mahu sentiasa berada dalam 'zon selesa'..

ya.. zon selesa. itulah sikap yg biasa kita ambil. berada di zon selesa tak perlu tanggung risiko tinggi2. biar sederhana dan ala kadar. x perlu terlalu berjaya. biarlah org lain yg buat. klu dah berjaya, yakin dan pasti barulah ada sedikit percaya utk keluar sedikit dari zon selesa itu tadi. mngkin dari zon selesa ke zon senang..

bukan mudah untuk mengubah sesuatu yg telah menjadi budaya dan cara hidup kita. semuanya kita perlu ubah sekarang. yg mahu mengubah pun yg telah menjadi mangsa salah fikir dan salah ajar, tentu mengambil masa juga memperbaiki diri yg baru sedar dan mencetus perubahan kepada masyarakat. jika ada kepercayaan yg tinggi dan keazaman yg kuat, bermula dari kita, kita mampu membentuk generasi yg lebih berpotensi.

Design by Blogger Templates