merdeka ke 52. apa ruhnya?
mm.. skrg ni bulan kemerdekaan. rasa lain, tak sama mcm tahun2 sblm nya. tak ada dgr kempen pasang jalur gemilang. maybe sbb aku tak duk kat area KL, jd aku x nmpak la bgnn tinggi ada ke tak berlumba pasang jalur gemilang. tak nampak ada kereta yg pasang bendera kecil Malaysia. ucapan2 di kain rentang, banner pn blum ada. cuba buat search kat internet pasal hari kemerdekaan ke 52, mcm tak ada. hmm.. apa dah jadi? adakah sbb PM umum thn ni tak ada sambtn besar2 an hari merdeka sbb bln puasa?
oo.. aku tau, maybe, tak rasa hari merdeka sbb msg2 sibuk dak sambut ramadhan kot. eh, ye ke. tak perasan pulak. klu pasal nak sambut hari raya tu ada gak rasa2. jualan sana sini. ha..
2 bulan kebesaran yg hilang ruhnya. satu bln kemerdekaan.. bln pntg dlm sejarah negara Malaysia dan satu lagi bulan ramadhan, bulan kebesaran beribadah.
sape tau apa tema hari merdeka thn ni? apa logo hari merdeka tahun ni? mm.. taktau kan?
aku agak2.. tema nya kedewasaan bernegara sbb aku ada buat satu bunting sekolah yg sambut hari merdeka. cikgu tu suh aku letak perkataan kedewasaan bernegara. agaknya itu la kot.
yg menjadi kempen skrg ni 1 Malaysia.. ini ke tema hari merdeka kali ni?
propaganda.. propaganda.. heran kan.. aku tgh pk apa beza 1 Malaysia ngan Malaysian Malaysia yg prnh diperjuangkan pmbgkg dulu yg ditentang habis2 an oleh UMNO. katanya akan mnghilangkan smngt nasionalisme melayu. isy, tetiba terasa mcm nak buat assignment subjek siyasah plak kat universiti dulu. aku rasa dulu2 sblm aku study bab Malaysian Malaysia dgn hanya dgr slogannya saja dah buat aku setuju. nape ntah sbb aku rasa org Malaysia ialah org Malaysia tak kisah la dia kaum apa. tp sbb kerajaan @ UMNO bgtu kuat kemelayuannya maka aku pun terpengaruh gak dgn smngt kemelayuan itu. ( aku melaju ). tp tup..tup skrg ni 1 Malaysia plak... mcm sama je. ntah la. jilat ludah sndiri la nampaknya. disbbkan smngt nasionalisme aku dah smkn kuat disebabkan oleh kempen UMNO, skrg susah plak aku nak terima 1 Malaysia ni. mm..
nape ye..
aku nak komen ke kritik ni. ampun la kang tetiba aku kena soal siasat sbb kes ni habis la aku. aku x mnghasut. cuma pndgn peribadi je. bila tgk logo tu, rasa mcm ada yg unfinish.. rasa sedih. nape? sbb bulan tu dah tercedera. bulan sabit yg melambangkan agama. bintang pun dah tinggal separuh.. nape separuh? agaknya sbb bnyk negeri kerajaan ditadbir oleh pakatan rakyat kot. so, dah tgl sbhgn je. tu je la komen aku. tak bape setuju ngan logo 1 Malaysia yg dikempen skrg.
mngkn ada org kata, merdeka bkn terletak pada logo, pada kempen, pada bendera. tp syiar nya itu kan? pada hati dan jiwa rakyat kita pun sudah tipis2 smngt yg tgl, kefahaman yg masih tercebis. skurangnya ada syiar yg berkibar utk memberi peringatan kepada rakyat ttg hari bersejarah negara.
apa erti merdeka? jika ditanya secara random kpd masyrkt awam.. msg2 bleh mnjawab, merdeka bkn hnya pada laungan tp merdeka minda dan jiwa dr pengaruh luar.. menajwab dan pd masa yg sama perlakuan dan cara hidup sudah tidak merdeka. bg mereka merdeka is free. atau mereka sndr kurg sedar yg mereka sbnrnya sdh x merdeka.
aku pn bkn la org yg layak nk bg takrifan merdeka ni. merdeka itu mmg la bebas. bebas dalam batasan. itu yg ssh org kita nak buat.
bebas tapi terbatas?
susah ke?
Posted at 6:49 PM | Labels: masyarakat | 0 Comments
Susu atau Cucu ..
Ayat-ayat begini sering kita dengar bila seorang dewasa bertanya kepada si kecil yg belum lancar berkata-kata.
adik, adik nak cucu ye?
tanya seorang ibu kepada anaknya yg sdg menangis kelaparan
lain-lain ayat yg biasa jg didengar
nak gi andi ke..
nak ido yer..
apa sebenarnya yg ingin diperkatakan oleh si dewasa ini?
si kecil takkan sudah mahu ditanya mahu cucu..
apa itu andi? apa itu ido?
tanpa kita sedar, org dewasa meniru pelat si kecil yg belum fasih berkata-kata sedangkan si kecil sdg memerhati dan belajar dari yg dewasa.
mengapa perlu disebut 'cucu' sdgkan si kecil perlu mendengar dan mengetahui air yg diminumnya sebagai susu. si kecil yg belum boleh berbicara dab berbahasa betul seperti kita mngkin belum mampun menyebut perkataan susu, mandi, tidur dgn betul. dia mengulang perkataan yang diungkap oleh ibu, ayah atau org dewasa sekitarnya dgn bahasa dan perkataan setakat yg termampu dia ungkapkan. susu jadi cucu.. mandi jadi andi, tidur jd ido..
malangnya apabila org2 dewasa mendgr perktaan pendek dari si kecil ini, mula lah mereka menukar perkataan sebenar kepada perkataan yg sama diungkap oleh si anak tadi. kononnya si kecil lebih memahami perkataan yg diucap oleh mereka.
apa akan berlaku kepada perkembangan anak ini?
saya telah melihat perbezaan seorang kanak-kanak (A) yg diajar dalam situasi ibu ayahnya akan bercakap dgn bahasa dan perkataan yg betul dan kanak-kanak (B) yg berada dlm suasana ibu ayahnya berckp bahasa mesra kanak-kanak seperti yg saya sebutkan di atas.
kanak-kanak pertama dapat bercakap dgn betul lebih awal berbanding dgn kanak-kanak kedua. ibu ayah kanak-kanak kedua risau anaknya blum boleh berckp dgn btul walaupun umurnya smkn meningkat dan menimbulkan rasa rendah diri mereka jg memndg rendah kmmpuan si anak. berbanding ibu ayah kanak2 pertama, mereka ras gembira dan bangga dgn anak mereka. ini membuatkan mereka lbh berusaha menggilap potensi anak mereka dgn lbh baik kerana wujud kepercayaan dlm diri yg anak mereka adaah anak yg hebat.
Anda boleh bayangkn apa yg akan terjadi kpd prkmbgn kanak-kanak tersebut di masa akan dtg. anak yg mmbesar dgn kepercayaan ibu bapa dan anak yg membesar dgn ibubapa yg negatif.
ia isu yg kecil dan remeh bg sesetengah org tetapi bagi saya ia perkara yg besar. sbb itu saya kurang selesa bila ada yg berbicara dgn si kecil sy dgn perkataan2 singkat sebegini kerana bagi saya ia tidak membantu perkembgn minda si kecil.
saya juga tidak suka orang berckp perkataan2 tidak elok dan negatif di depan Harith. walaupn Harith mngkin blum boleh mengerti dan memahami tapi sya percaya semua itu boleh tersimpan dalam minda bawah sedarnya.
antara ayat2 yg saya tidak suka seperti..
"apalah asyik mengeliat je ni.. org suka mengeliat ni pemalas nnti. "
(Harith suka mengeliat, lbh2 lg bila dia tg tdo, org kacau suh dia bgn. dia akan mengeliat berpuluh2 kali dan akhirnya x bgn pun)
"ala.. la.la.. budka bucuk ni.. xnak kawan ngan dia la. budak bucuk ni.."
(sedangkan dia br lepas mandi. patutnya wangi la. nape bucuk & xnak kwn)
saya sensitif ttg bahasa dan perkataan yg +ve dan -ve. ckp la selama ini kita dibesarkan dalam suasana melayu yg suka berfikir negatif, berckp2 negatif dan berpandangan negatif yg menyebabkan anak melayu kita tidak berani ke depan, tiada kepercayaan kepada diri, memndg rendah kemmpuan org lain, bodoh sombong dan mcm2 lagi. suasana negatif yg tidak membangun jiwa dan minda. juga suasana yg tidak menyokong dan membantu ke arah potensi diri.
perkara ini berlanjutan sehingga ke sekolah rendah, menengah hatta ke universiti. fenomenanya seperti jika ada murid yg ingin angkat tangan, bangun dan memberikan pendapat atau jawapan dan kebetulan kurang tepat. akan diketawakan dan dipandang sinis oleh orang lain.
'haha.. apala, itu pun taktau. buat malu je.'
'klu x tau tu, diam je la'
'setakat jawapan mcm tu, baik x payah jawab'
itulah senario anak melayu yg menyebbkan kita jadi mundur. murid yg diketawakan tadi tiada semangat untuk mencuba lagi dan membantutkan mindanya utk terus berfikir dan mencuba. tentu saja dia malu utk diketawakan lagi kelak. walaupn brgkali dia pasti dia betul, dia mngkin akan berfikir, klu salah mcmna? nnti diorang gelakkan lagi? nnti malu..
kenapa wujud situasi murid2 lain yg suka merendah2kan kawannya yg mencuba tadi? ini kerana budaya biasa yg ditunjukkan oleh orang tua. baik diam dari malu salah. baik diam dari bercakap benar. nnti apa org kata.. asyik2.. nnti apa orang kata. kononnya berbudi bahasa. klu nak ckp biar ibarat tarik rambut dlm tepung. biar mati anak jgn mati adat. murid2 tadi sebenarnya dalam diri mereka tidak ada kepercayaan dlm diri mereka untuk berani. berani itu ditunjukkan dengan memperlekehkan org lain untuk menampakkan yg mereka kononnya lebih 'gentle'.
inilah yg terjadi kepada anak melayu kita yg selalu kita risaukan anak bangsa kita tidak ke depan, penakut, pemalu.
sama juga situasinya bila sudah dewasa dlm memilih kerjaya. selalu saja saya dengar orang kita bising tentang org cina yg menguasai ekonomi negara. mereka yg menguasai bisnes, pekan2 dan bandar di negara ini.
"asyik2 org cina gak yg maju. org cina ni rajin. anak melayu takde yg berjaya berniaga. tak berani. knapa takde anak melayu bukak kedai kat cn"
dan mcm2 keluhan dan rungutan. tetapi bila anak mereka sendiri yg ingin berniaga lain pulak ceritanya.
"x payahlah.. berniaga tu tak tau lagi masa dpnnya. keje la ngan kerajaan. bulan2 tu pasti. boleh buat pinjaman beli kereta, rumah. nnti ada pencen. klu keje sendiri ke keje swasta nnti takde masa depan..bla..bla.. mcmtu la lebih kurang biasanya.
sebelumnya bgitu marah anak cina yg berniaga itu ini. sana sini,, cina. mahu melayu mengorak langkah. tapi bila anak sendiri yg ingin menyahut cabaran itu, tak dibenarkan pula. kenapa?
kita suka menkritik, menghentam tapi tak sanggup berkorban. mahu sentiasa berada dalam 'zon selesa'..
ya.. zon selesa. itulah sikap yg biasa kita ambil. berada di zon selesa tak perlu tanggung risiko tinggi2. biar sederhana dan ala kadar. x perlu terlalu berjaya. biarlah org lain yg buat. klu dah berjaya, yakin dan pasti barulah ada sedikit percaya utk keluar sedikit dari zon selesa itu tadi. mngkin dari zon selesa ke zon senang..
bukan mudah untuk mengubah sesuatu yg telah menjadi budaya dan cara hidup kita. semuanya kita perlu ubah sekarang. yg mahu mengubah pun yg telah menjadi mangsa salah fikir dan salah ajar, tentu mengambil masa juga memperbaiki diri yg baru sedar dan mencetus perubahan kepada masyarakat. jika ada kepercayaan yg tinggi dan keazaman yg kuat, bermula dari kita, kita mampu membentuk generasi yg lebih berpotensi.
Posted at 6:42 PM | Labels: masyarakat, motivasi | 2 Comments
murahnya sampin berharga RM25,000!
salam semua..
sekarang sambil membuat design bisnes card customer, telinga saya mencapang dan mata saya sesekali mengelih ke television. tgh rancangan wanita hari ini. tadi ada promo wah chan, apa lagi barang kemas. orang kata wanita melayu tak boleh dipisahkan dgn emas (dlm dialog faruq -lara rindu mahsuri), tapi bukan untuk saya buat masa ini. mungkin sebab kemampuan yang terbatas agaknya.
seorang pengacara menggayakan set barang kemas wah chan, cincin berharga rm10,000 dan rm79,000.. dan keseluruhan yang dipakainya berharga rm420k! selepas diskaun 70% harga tingga rm126k sahaja! .. wah, betapa murahnya.. isy, isy.
dalam kegawatan ekonomi, paras kemiskinan yg smkn meningkat tak sangka ada yg mampu membeli barang kemas sahaja bernilai ratusan ribu. takde sapa yg kata membeli emas merupakan perkara yg merugikan sbb membeli emas adalah satu pelaburan yagn menguntungkan. bila nak kaya nih ? (hehehe)
minggu lepas dgr promo habib jewel, set butang baju melayu serendah rm800, 900 sahaja. wah, wah, klu perompak dapat butang baju melayu saja pun dah kayo! klu beraya dgn set butang baju melayu rm800 alamat jinjang lah leher, mendongak la kepala, mendabik la dada. klu tak, tak nampak la butang baju melayu yg harga semurah rm800 tu. sia-sia je, nnti orang ingat beli kat pasar malam je. yela.. yg kat pasar malam pun boleh tahan kilauannya.
Puan wakil habib tu kata, apa la sangat butang baju berharga rm900 klu nak dipadankan dgn sampin berharga rm25,000. wah.. wah.. kaya-kaya orang Malaysia ni, sampin yg dipakai sekali seumur hidup di hari raya tu berharga rm25,000!.. aku cuma boleh kata mereka ini adalah golongan orang gila!
apa pentingnya sampin berharga rm25k? selesa sgtkah? klu tak seselesa berharga rm25k pinggang akan patah ke? perut akan nampak boroi ke?
bergaya sangatkah? menjaga status sgt kah?
pernah kah golongan2 ini fikir sebelum memakai sampinnya, harga sampinnya boleh mengisi ribuan perut rakyat miskin yg kebuluran, kelaparan dan keleperen.
harga cincin bernilai rm79k tu klu diberi modal kepada usahawan2 muda baru (mcm aku la kot agaknya.hihiihi) dia boleh mengembangkan perniagaannya dan membantu meluaskan rezeki orang2 yg bekerja di tempatnya bila dia berjaya.
besarnya pahala orang2 kaya ini klu mereka tahu menyalurkan dan mengagihkan kekayaan yg mereka ada. perlu ke bergaya di hari raya dgn nilai pakaian ribuan dan ratusan beribu?
Islam mmg mahu umatnya kaya dan tidak hidup dibelenggu kemiskinan tapi perlukah berlebihan? terlalu bnyak amal islam yang memerlukan dana yang besar. alangkah indahnya jika ramai hartawan mengambil bahagian untuk membantu mengatasi masalah ummah.
terlalu ramai umat Islam di dunia yg hidupnya kais pagi makan malam, tidak mendapat pendidikan yang baik, kehancuran rumahtangga, masalah negara, peperangan dan sebagainya.
dalam kesempitan tapi ada umat Islam kita yang mampu berhari raya dgn sampin bernilai rm25000, bercincin rm79,000, berbaju rm5,000 (eh,logik ke sampin rm25,000 baju rm5000 ni), berlangsir ratus ribu.
oh, saya lupa, mereka kan orang kaya.. klu sampin berharga rm25k, mestilah zakat dan sumbangan yg mereka telah berikan berjuta-juta dan berbillion jumlahnya. semua tu kecik je. rm25k mcm rm25 jer.. klu rm25 tu mcm tak pernah dgr agaknya. takpelah.. mereka orang kaya. betul ke takpe?
Posted at 9:22 PM | Labels: masyarakat | 0 Comments
