Menghitung hari...

Menghitung hari.. detik demi detik.. 9 hari lagi!!!

hehe.. termenyanyi plak. tajuk ini pilih kerana ia ditulis hari ini. jika ditulis minggu lepas mngkn tajuknya merempat di hospital Sg. Buloh.. nampaknya entry aku kblkngn ini ttg hospital saja.. mngu lepas, aku ditahan di wad lagi. alasannya masih sama mcm masa aku masuk spital bln lepas.

aku cerita skt utk pengajaran yg lain.. sikit je :). asalnya gi klinik sbb skt perut smblit dan gastrik, niat asal nak amik ubat je sbb stok ubat dah hbs. tp keadaan masa gi klnk tu agak teruk.. muntah2 dpn nurse. berulang ke toilet. jd diorang syak tu ptanda aku nk bersalin. maka bila jmpa doktor dn tnya bbrp soalan, doktor pn syak aku hnya gastrik tp dia terpaksa buat pmrksaan VE. xtaula aku singktn utk apa. dia kata klu x OS, dia akan bg ubat gastrik. dktr buat pmrksaan, x jmpa, nurse plak.. adeh.. last2 depa diskas, suh refer hospital. skali dgn dgn terkezutnya kna gi hospital. aku tau dah klu gi spital mesti kna thn mmndgkn aku yg mngalami contraction atau braxton hicks atau rahim mngeras yg kerap tu. sampai di hospital tg.krg, pmrkssn VE dibuat lg oleh 2 nurse. aku sbnrnya dah bengang.. sbb aku sakit perut ln, diorang buat check lain.
dah kna tukar bj spital yg kaler pink tu, aku tau yg aku akan berumah lg di hspital tg.krg. CTG dibuat, kata nurse carta gerak anak tak cantik. kna masuk air. lps tu doktor plak dtg buat VE. sakitnya aku seharian haritu. sabar jela. bbrapa kali diorang tnya aku ada minum air selusuh ke.. aku ckp ada , br je 2 hati sbb paksu aku yg buat, dia pengamal perubatan perubatan kat darussyifa'.. dia pesan minum dan sapu kat bdn lg 3 mngu dr trkh bersalin. dah kna marah, nurse ngan doktor ckp lain kali jgn minum lg, klu x mcm ni la jadinya, sakit nak bersalin dah rasa lama tp jalan x buka lg. lain kali minum masa dah btul2 nak masuk blk bersalin je. air selusuh plak yg salah..

agak tertekan sbb aku sgt konfiden yg aku bkn nk bersalin, kna thn wad plak dlm keadaan keje yg bnyk tetiba kna tinggal. hp berdering2 hingga kehabisan bateri tp xleh nak caj sbb kat spital. sabar je la. yg rasa bengang lagi.. ubat gastrik aku sampai sdh depa x bg. kat spital mkn apa la sgt, terpaksa la aku menahan. pmrksaan rutin dibuat, nurse dtg check blood pressure, suhu, contraction.. mkn kuat 2:10:30.. mcm org nk bersalin. alhamdulillah lepas masuk air sebotol aku rs bgitu sihat.. tak prnh aku rasa sesegar itu. trn naik katil x mcm org mngndng samppai kakak tepi katil aku heran, budak ni tak mcm org nak bersalin pun, jalan bkn main laju.. haha, mana taknya, dah lama aku tak rasa nikmat sihat yg mcm tu. cuma aku mngalami sdkt tekanan perasaan dan fikiran mngenang keje aku yg sdg sgt2 aku nak bereskan sblm cuti bersalin.

esok hari doktor buat VE lg, sama mcm smlm, OS 0.5cm - 1cm. tiada pertmbhn. ptg tu doktor lain plak check. close!
hairan.. bleh plak dah open, close blk. aku sbnrnya dh sgt gembira sbb ada hrpn nak blk sbb takkan bersalin lg. blk ke katil.. menjerit tension sbb masuk spital dan sdkt gembira krana mmbygkan akan pulang. tiba2 doktor dtg, inform yg aku akan dihantar ke sg.buloh untuk dptkan rujukan pakar terlebih dahulu kerana mngalami kontraksi kuat melebihi 24 jam.. huhuhu.. aku begitu tension sekali. kol abg suh dtg sbb suami kna dtg dl br hsptl akan bawa ke sg.buloh.. kerana bgitu tension, aku mkn habis satu tray ptg tu. tak pernah2 la teingin nk hbs mkn mknn spital yg sgt best tu.

HOSPITAL SG.BULOH

tiba di hospital sg.buloh jam 7.30 ptg menaiki ambulan. sejam dr tg.krg. 1st time sampai, cantik gak spital ni. buat pemeriksaan biasa, CTG, urine test.. BP,. khadiran 3 org patient dr tg.krg menambah sesak spital yg dah sedia padat. keadaan sgt mengerikan melihat 7,8 org yg sdg menahan sakit bersalin hnya berdiri, pusing2 di hospital menggu saat bersalin. tertanya2, bgini kah keadaannya smntara tgu masuk ke blk bersalin? mlm itu aku mendapat jawapan, rupanya katil dah penuh, tiada katil atau wad kosong utk mereka yg bermasalah sblm bersalin atau yg sdg mnunggu waktu utk bersalin. hnya tumpang ddk di blk pantri, berdiri, bjalan di kwsn itu smntra tgu jika dipanggil untuk buat pemeriksaan. aku sgt risau mlm itu adakah hnya tidur di atas kerusi di bilik pantri beramai2 dgn pesakit lain? teruk btul keadaannya. ditambah pula dgn nurse yg sgt garang, menjerit2 atau sng ckp tak berbudi bahasa!. tau la dah biasa urus kes kronik, nmpak org sakit, sumenya dipandang biasa dan remeh sahaja.

mlm itu, doktor dan pakar dtg buat check setiap kami yg br sampai. aku explain apa masalah aku dan knapa aku dimasukkan ke dalam hospital. setlh mndpt kptsn mkml, UTI yg tgi punca kontraksi aku mnjadi kuat. diorang akan bg antibiotik yg bersesuaian dan tgk jika kontraksi akan berkurang. pakar kata takkan buat VE, tak nak paksa2 org bersalin klu blum waktunya. aku sgt lega dgr pnjlsn tersebut.

alhamdulillah, mlm itu kami diberi tumpang tidur di atas katil kosong di dalam wad apa pn xtau. tp pg2 dah kna bgn tinggalkn wad tumpng tu dan kembali duduk di blk pantri. badan aku sakit2 sbb tido atas katil yg aku x dpt nak adjust kddkn tgi rendah kepala katil. nak buat sndri, takda daya dlm keadaan aku yg bgitu. pg itu buat pemeriksaan lg, aku bitau kat doktor yg kontraksi dah berkrg, mlm tu 2:10 tp pg tu 1;10.. nak kuar pnye pasal, kna ckp everything is ok.. diorang bincg2 aku bleh discaj tghri itu. leganya x terkata, kol abg bitau bleh kuar. sian abg kna dtg sg.buloh amik aku. dah la mlm tu pkl 12 br blk dr sg.buloh. apa nak buat. pg tu tgk bnyk kes jgk.. kes smlm yg blum selesai, dtg plak kes br daftar pg tu. aku tak dpt bygkan nasib ibu2 hamil tu. ada yg dah 4 hari di hospital masih tak dpt katil.. kesian.

sape yg salah?? entahla. hospital besar dan cntik tp tak dpt nk mnampung pesakit. yg besarnya kat hospital baru ni, korridornya.. bleh muat berkatil2 lg.

pngalaman di hsptl sg.blh buat aku jadi sedkt risau, jika bersalin di hsptl tg.krg, ada komplikasi, kna hntr sg.buloh bgitula nasib aku nnti.

so, dgn berat hati lepas blk hosptl aku bincg ngan abg, nak bercuti dah, stay kat kjg. so, skrg aku dah bekerja dr jarak jauh. pantau staff aku kat kedai melalui kol dan internet. oleh kerana dia baru, mmg terdpt bnyk kebimbngan, dlm keadaan dipantau, masih terdpt bnyk kesalahan yg buat aku rugi tp aku kna sabar la, terima hakikat yg kesalahan mmg akan berlaku terutama bila br bkrja. sdgkan aku yg dah bertahun buat pn masih lakukan kesilpn yg sama. apapun aku ckp, kita blajar dr kesilapan ni agar tak berulang..

selagi blum trkh due, aku mmg phobia utk rujuk masalah kesihatan di klnk ibu mengandung atau spital. sbb nnti kna tahan wad lg.

nasihat yg boleh dan tak boleh dipakai dr saya kpada ibu mengandung di luar sana, jika anda pasti apa sakit anda terutama yg berkaitan perut dan sekitarnya dan ia bkn skt berkaitan nak bersalin, gi je la kat swasta. dptkan nasihat doktor dan amik ubat. terutama jika keadaan itu dah biasa anda lalui. bkn apa, sbb bila kita gi check kat klnk ibu mngndng atau spital, mereka tak mahu amik risiko, kita sakit bgitu diorang kata bkn nak bersalin, tiba2 bersalin dan jadi apa2, mereka yg kena.
sekiranya sakit tu anda sendiri rasa ragu2, gi la klnk krjn, ibu mngndung tu.. klu kna thn wad pun ok, diorang akan pantau kesihatan anda. yg pntg lg kshtn baby. klu dmm pun, better gi la kat klnk, kdg, kita dmm, baby pun kna effect. so kat spital depa bleh check perkmbgn baby dr masa ke semasa. dapat berehat gak bila duk spital ni.

skrg aku berjauhan dgn suami buat kali pertama.. takpela. org lain yg mmg lepas kawen duk jarak jauh tu lg kesian kan.. komunikasi melalui fon dan chat. dunia dah canggih.. jauh2 pun sembang lg.

pg td aku pi check up kat klnk desa sg.sekamat, klu x bersalin lg, nnti aku citer pnglmn dan pndgn aku ttg klnk desa tu plak..

ok la..
tahniah izzah medic dah bersalin, mlm td br chat ngan dia ckp ngan dia ingtkan dah bersalin, masa tu blum lg, tiba2 je pg ni dgr dah bersalin. anak madinah, tahniah sekali lg...
pada jiah, moga tabah la menjaga si kecil. moga diberi kesihatan dan keselamatan.
Moga Allah juga permudahkan urusan aku nnti. AAmiin,.

tahniah jiah

salam..

semalam menerima kabar yg agak mengejutkan... jiah yg sepatutnya bersalin lewat 2 minggu dari aku telah selamat melahirkan permata hatinya di PPUM. atas sbb2 tertentu jiah perlu bersalin awal. apapun, mabruk kepada Jiah dan suami serta keluarga kerana telah selamat.
br je msg2 dan calling2 ngan jiah.. pesan kat aku klu aku dah bersalin blk kjg, inform kat dia, bleh dia gi ziarah.. tetiba je dia dah bersalin. nampaknya aku yg kna pi lawat dia dl. tu pun klu aku blk kjg sblm bersalin. klu blk untuk berpntg je mmg tak sempat nak ziarah jiah.

jiah, tahniah.. moga anak yg dilahirkan akan menjadi anak yg mentaati Allah dan taat kepada kedua ibu bapanya. bestnya dah dapat baby.. comel je bby jiah 1.8kg.. kecil tp sihat, alhamdulillah.. apa namanya? sumayyah kot.. sape yg sempat gi ziarah jiah, ambikla gambar.

bila jiah dah bersalin ni, aku plak yg berdebar2. dah ramai yg mimpi aku dah bersalin.. ni petanda aku akan bersalin awl atau bersalin lewat nih? takpelah.. yg pntg.. sihat dan selamat. pg td br gi klinik check up dwi mingguan. skrg dah 37 mngu, pasni kna gi klnk tiap minggu.. hb darah trn lg.. 10.1. heh.. nak buat camne.

hari ni aku cuti, tak pi kedai. tp sibuknya sama je sbb buat keje kat rmh. bnyk lg tak setel. internet dan hp masih sibuk. bila la keje nak abih ni. org kata keje sampai bila pun takkan abih.heheh.. buat jela sebaik mngkin.
kat rmh sorang2, mbah jiran sebelah pun takde. sunyi je, mcm ikut gi blk rmh anak dia je. moga selamat je la.

dah akhir2 ni, kepala pun duk pk nama anak.. memandangkan taktau jantina apa.. dua2 nama kena pk. ada plak org tu msg suh bg nama anak doraemon klu lelaki, doralin klu prmpuan.. huhu.. saba je la. mmg la aku ni peminat setia doremon tp takkan la nak bg nama anak ngan nama katun. isy. isy..
sape ada nama best, bg la cdgn.. mesti best bila cadangan nama kita diterima kan.. :)

Persediaan..

sebenarnya lama lagi klu nak dikira hari ke tarikh melahirkan... apapun due date bkn mktmd.. masuk ke 37 minggu segalanya perlu standby. bersediakah aku?
terus terang, jawapannya belum.. mental dan fizikal. hai, risau plak.
sejak akhir2 ni kerap rasa tertekan. taktau lah kenapa. bebanan kerja dan keadaan fizikal seperti tak brapa nak selari. badan semakin lemah kerana beban yg smkn hari semakin berat. kerja plak perlu dibereskan secepat mngkn untuk menghdpi sgala kmngknn. setiap hari bekerja dlm keadaan mendesak. takpelah.. mngu depan, nak start bekerja dan berehat..

persediaan menyambut permata hati seadanya, alhamdulillah.. masih diberi izin olehNya untuk mampu menyediakan apa yg ptt. sekadarnya. untuk ibu? blum lg.. sikit2. harap ckp2, tidak berlebih2. masih di prtghn bln 5, sudah ramai yg bertnya dari jauh. sms jg menerjah ' dah bersalin ke?' 'blum lg.. nnti bln 6...' mcm lama lg. tp bila tgk keadaan diri mcm menunggu masa bila-bila sahaja. diri sendiri pun kdg terkejut melihat perubahan yg berlaku. bgn pagi terasa lebih besar dan berat. apa tidaknya, masa 6,7 bln blm klhtn sperti ibu mngndng, tiba2 sahaja sudah berubah mnjadi seorang yg sdg mnghtg hari. sakit2 itu biasa. tak ada apa. tapak kaki jg seperti dah x mmpu menanggung beban badan tp hati masih remaja utk berjalan ke sana ke mari.
hari ini terasa ingin naik bas buruk dari sg.besar ke k.selangor utk berjalan-jalan. klu x mngndung pun, ada yg taubat takmoh naik bas tu.. ntah apa kena aku nak naik bas tu plak hari ni. abg kata tak payah lah, terhentak2, nnti nak terbersalin dlm bas tu mcmna?
hehehehe... aku pun xde jwpn.

hanya doa dipanjatkan agar semuanya selamat. aku mahu tenang di saat2 ini spya tidak mempengaruhi permata hati yg berada di rahimku. pergilah tekanan supaya tidak terhambur sifat2 mazmumah dari diri aku di kala ini. mengenang customer yg dah order tiba2 nak cancel sdg job dah jalan, job yg tgh jln tp mkn masa plak, tgu brg siap. customer yg bnyk songeh.. memaksa2 mcm dia sorg je customer kita.
skrg tgh speed ajar staff, nnti nak cuti lama, kna harap dia boleh buat semuanya. mmg tidak adil utk dia, dia hnya lepasan STPM, dlm sebulan dia harus catch up semuanya sbgai persediaan ketiadaan aku. kdg bila dia lambat, aku plak yg rasa stress sbb risau dia x mampu buat. kesian, dia plak jd mangsa. aku dulu belajar semua2 tu mkn masa bertahun2.. aku suh dia dpt apa yg aku ajar dlm masa sebulan. tp padan la jgk, aku amik masa bertahun2 sbb aku blajar sendiri, bkn disuap. semoga dia boleh berdikari tanpa aku nnti.

hari2 akhir begini, selain tekanan kerja, emosi yg lain turut terpengaruh. perasaan bimbang, rasa bersalah terutama kepada suami krana tidak menjalankan tgjwb suri rmh dgn sebaiknya, terasa bgitu bnyk menyusahkan dia. keterbatasan melakukan rutin harian sprti sblmnya buat diri rasa tertekan padahal abg mngkn tidak apa2. aku tahu abg gembira dalam payah kerana berkorban di saat ini membantu aku. sama2 merasa bebannya. aku ptt bersyukur kerana dikurniakan suami yg tidak berkira dan sggp susah bersama.. terima kasih abg, x sangka kan.. dah nak setahun kita hidup bersama. dah nak anniversary dah. cepat btul masa berlalu. moga Allah beri kekuatan pada kita untuk meneruskan hari yg mendatang dgn penuh ketakwaan.

andai aku pergi, adakah syurga layak utk aku? selesaikah sudah urusan ku dgn manusia? masih adakah yg tergantung? semua itu sgt merisaukan aku. adakah aku telah dimaafkan dan diredhai..

hidupku tidak sprti seorang pejuang yg layak mendapat shahid. aku tidak bersusah2 bersama sahabat2 dlm perjuangan. aku hnya seorang yg meneruskan hidup aku seperti seorang awam yg biasa. ntah apa amal yg pernah aku buat, tak mmpu aku utk mengingat. yg mampu aku imbas hnya dosa2 yg acap aku lakukan. layakkah aku untuk memohon rahmat Allah agar diberi ruang yg indah di alam sana?

mohon jua rahmat dan kasih sayangMu untukku yg tersangat hina ini. aku yakin rahmatmu begitu luas sekalipun untuk hamba seperti aku.

tolong..tolong!!

tolong.. tolong..

nape mcm dah malas nak buat keje nih.. alahai.
Ya Allah, jauhilah aku dari penyakit malas, lemah dan tidak bermotivasi.

kuatkan azam dan tingkatkan semangat. fikir ttg kejayaan, orang Islam mesti cemerlang!

6 saman dan hikmahnya.

pertamanya, saya mahu merungkaikan kekeliruan sahabat2 ttg posting yg lepas.. saya belum lg bersalin. sekadar ditahan wad sahaja.. skrg saya dah kuar wad dan bekerja seperti biasa.

hari ni abg gi MIHAS, ikutkan hati, perasaan, emosi saya mmg la nak pegi sgt. blum pernah lg tak pegi MIHAS setiap tahun, ini lah tahun pertama saya tak dapat mengikuti MIHAS. abg tak izin pegi memndgkan keadaan diri dah sarat. huhuhu.. mmg pun, jalan2 biasa pun dah tak larat, ada hati nak ikut gi MIHAS yg lebih melelahkan. pagi2 td pura2 buat tak sakit sbb nak ikut tp tak berjaya nampaknya. takpelah, untuk kepentingan sape.. kita juga. yg pntg blk nak tgu ole2 dari abg yg ke MIHAS. hehe. taktau la nape suka sgt gi MIHAS. suka tgk inovasi produk baru, yg plg best aku suka merasa mkanan yg pelbagai. takde yg aku tak rasa, semua aku rasa. bestnya la hai... teringat plak zmn bujang ronda2 ngan bonda. makan sampai kenyang. selain tu dapat kenal usahawan2 muslim baru. amik smngt diorang dan jadikan inspirasi untuk aku terus berjaya.

tajuknya ttg saman.. ni la nak cerita. sampai surat saman kat rumah bln 10 thn lepasnya (br sampai tu, lamanya nak pos).. lepas raya aku rasa. bila gi balai polis, check lg ada lagi 5 saman yg kena! wahhh... dan yg pasti, kesemua saman ni atas salah laku aku la tu sbb perjalanan yg aku lalui setiap hari melalui tempat2 merbahaya yg polis2 nu suka berselindung..
sabar jela.

aku bawak keta laju ke, rasanya klu kat jalan raya yg besarnya dah mcm lebuhraya tu.. aku la antara pemandu yg bawak secara berhemah, heheh.. sbb selalu je rasavmcm nak kena sondol ngan keta2 yg lebih laju.. dgn ke'slow'an aku membawak keta tu, smpat jugak aku diperangkap kerana membawa lebih had laju. tak patut btul.
jalan raya yg besar mcm tu kena bawak 60km/j.. isy..isy.. aku try bawak ikut had laju yg ditetapkan, ya Allah, nak terlelap masa memandu. biasanya bleh sampai ke tempat keje dr rumah 10-15 minit, skrg dah jadi 30 minit!
yg plg sakit hati, di satu ahad tu, selepas tau dpt 1 saman, bawak la dgn berhemah tp tak la terfikir nak ikut bulat2 setiap had laju yg terpacak kat tepi jalan tu,, 60km/j, 30km/j.. sbb ada simpang nak masuk sekolah, biasa la tu. dgn berhemahnya kami memandu, dan sempat jugak meradang dgn kereta2 lain yg mcm pelesit. bawak sekitar 90km/j.. duk bengang ngan keta2 laju lain, masa tu la kna saman jugak.. sabar jela.

aku harap polis2 ni ada toleransi dan boleh berfikir. kelajuan tu ditetapkan sedemikian rupa kerana ada sekolah, nak jg keselamtn bdk2 dn penjaga.. buat la speed trap waktu2 yg merbahaya tu.. saman keta2 yg bwk lebih had laju pada waktu yg kritikal.. ni dah la hari ahad, jalan besar lg sunyi.. takkan nak bawak 30km/j atau 60km/j. klu tolak keta pun lagi laju agaknya dari drive.

apapun skrg aku dah insaf.. dalam 6 saman, baru bayar 1, jmlahnya rm200 selepas diskaun.. ada lagi 5 saman, dan ada saman yg kna waktu ops sikap, takleh diskaun, rm300. aduhai. bape tu sume, kira la. kaya la kerajaan klu sume keta yg selaluan ngan aku tu kna saman.
skrg aku bawak keta ala kura2. bawak mcm kura2 ni pun ada bahayanya. entahla.. sabar je la. aku terpaksa melaui jalan yg biasanya dibuat speed trap tu setiap hari. di sg.nibong, pasir pjg, smpg 5..

HIKMAH PERISTIWA

dalam satu pengajian, aku pernah dipesan. klu kita terpaksa kuar duit utk satu2 perkara yg tak dijangka, mngkin sebenarnya ada hak org lain sblm ni yg kita tak tunaikan. misalnya kita jarang bersedekah, kurang berbuat baik... yelah.. barangkali benar. jadi Allah tarik bahagian yg sepatutnya kita beri tu dgn cara lain yg lebih terpaksa.

moral of da story, sentiasa lah memberi walau sedikit dgn setiap rezeki yg kita dapat. ceritanya ttg salahlaku di jalan raya, tp kaitannya dgn rezeki dan sikap pemurah. Allah mendidik kita dgn pelbagai cara. hikmah pertama yg aku dpt dr kes saman ni. lain2 lebih bnyk lg, antaranya ikut peraturan yg ditetapkan oleh pemerintah dan lagi.. lagi.. sabar, rendah diri, bawak slow lg bnyk masa dlm keta, bleh dgr dan baca lg bnyk zikir2, nasyid, ayat quran, informasi, yg kita susah nak cr masa lapang tersendiri utk buat semua tu. masa lapang yg terpaksa dilalui setiap hari dihadiahkan oleh Allah ta'ala untuk kita memanfaatkannya.

'ADAKAH KAMU BERFIKIR?'

berumah di Hospital Tg. Karang

salam..

sejak dah tukar layout blog br, shoutbox tak smpt nak masukkan lg. br minggu ni dpt access internet. setelah seminggu sblm ni menemankan abg di wad KPJ specialist centre, blk rmh dan bekerja utk seminggu, aku plak tetiba kna tahan wad di hospital tg.krg.. takde angin takde ribut, just gi check up kat klinik desa rutin mingguan aku seperti biasa, nurse suh jmpa doktor utk bbrpa perkara. esoknya gi klinik sekinchan jmpa doktor.. dan doktor suh refer hospital sbb dah ada tanda2 bersalin. aduhai, dgn tak bersedianya dan paniknya aku dihantar ke hospital naik ambulan..
isy, malu betul, aku sihat je.. ckp kat nurse, takpelah, saya gi naik keta sendiri je. doktor ckp takbleh, ini polisi.. isy2.. dalam ambulan kena bebel ngan nurse tu sbb spttnya aku refer doktor semalamnya lg tp sbb nak buat keje pnye pasal aku mntak tangguh. yg plg malu bila sampai hosptl tg.krg, aku trn dr ambulan dgn tersengih2 je.. biasa org kuar ambulan mesti la baring ke, tak larat ke.. masuk wad bersalin, doktor check lagi.. isy2.. check je pun sakitnya la hai.. dan aku pun di tahan di wad..

tergezut terkedu je, kepala aku ni duk mikir keje yg terbengkalai. yela, tetiba je kena msk spital. duk dlm wad, tgk la org yg tgh tgu bersalin dan yg dah bersalin. taktau la knapa aku rasa malu sgt. org tnya dah nak bersalin ke, nape masuk wad.. ssh aku nak jawab.. blum cik, saya br 8 bln lbh...

dari hari ke hari, aku masih di wad. bosannya.. Tuhan je la yg tau. nurse dtg check bila sampai masa, doktor dtg bila pg hari tgk record. pkl 4.30 pg buat C.T.G. org lain yg masuk sama dan lbh lewat dari aku dah selamat melahirkan anak dan meninggalkan hospital dgn bayi comel masing2. aku masih di situ. hari2 tnya doktor, saya tak bleh kuar lg ke doktor?.. doktor tgk rekod dan sengih je. pastu kna bebel ngan nurse.. kamu ni, nnti terberanak ngan rmh mcmna? and bla..bla, bla.. sampai la hari ke empat, kebosanan kau di thp maksima. di hospital apa yg aku buat? tgk tv, baca buku.. sib baik la mntak abg bawakkan buku2.. buku2 tebal2 pn bleh khatam. lain2 keje, aku berjalan ke hulu hilir ke katil patient lain dan tgk baby2 yg baru lahir. aku merayu kat doktor, nak blk.. doktor tak bg, dia ckp haritu spttnya aku kna injection untuk matangkan paru2 dan usus baby, tkt bersalin tak ckp bln. dan klu bersalin x ckp bln akan di transfer ke hospital sg.buloh.. risaunya..

mcamnapun.. doktor bg jgk aku blk haritu, dia kata klu tanda masih berterusan dtg terus ke hospital. gembiranya bkn kepalang. bkn apa, sian kat abg, urus rmh sorg2, nak ulang-alik ke hsptl yg tak la dkt mana. tmbhn haritu family dr kedah nk dtg rmh, jg order dari customer yg bnyk sgt tangguh. bkn gila keje, tp itu kan amanah.. mak kat kjg, risau bkn kepalang bila tau aku masuk hsptl, taktau nk ckp apa. suh blk segera ke kjg, bersalin kat sana. blum masanya mak..

SOLAT SBLM BERSALIN

satu perkara yg menyentuh hati aku di hospital.. aku tgk takde sorg pun yg sdg menunggu saat bersalin menunaikan solat.. setahu aku kewajipan solat perlu dilaksanakan selagi blum bersalin dna kuarnya darah nifas. apa jg petanda sblm bersalin tidak menghalang kita utk menunaikan ibadah kepada Allah yg Maha Agong. sdgnkan itulah saat2 yg mencemaskan yg perlu utk kita semakin hampir kepada Allah Taala bkn sekadar menuggu kosong, menahan kesakitan di atas katil.

tp aku kelu utk bertanya kpd kakak2 di situ, akak tak solat ke? aduh, knapa la aku begitu lemah.. hnya bertanya2 di dlm kepala. yg menuggu utk bersalin di hospital ada yg sekejap ada yg lama, masa yg ada perlu diisi dgn perkara bermanfaat. aku fikir setiap wad bersalin perlu ada sudut membaca. tak perlula kuar belanja besar nak beli buku2 yg bagus. boleh dptkan smbngn dari pesakit. sorg bawak satu buku ke majalah ke.. ok pe. lama2 bnyk la. mesti kat rmh ada majalah wanita, pa & mama, health today, buku2 agama, zikir2.. takpun letaklah satu cd player bleh tayang info2 berguna kpd ibu2 ni, takpun alunan zikir ke ke terapi yg bgs utk pndgran baby br lahir ke, takla pasang tv yg selalunya menayangkan rncgn yg kureng berfaedah.

Terfikri gak nak buat risalah pasal solat sblm bersalin ni edar kat hospital.. aku sndiri kena cari bahan dan faham. ntah2 aku yg slh kot. budak2 skrg blajar agama tinggi2 pun tak reti. ni la..

sehingga hari ini, tanda2 yg sama seperti aku di hospital masih berterusan. prem contraction yg regular every 10 minutes.. tp aku blum bersedia utk tinggal lbh lama di hospital. aku yakin, klu aku gi hosptl, dgn senang hatinya aku akan menjadi penuggu setia sekali lg di sana. kdg aku keliru, taktau nak buat mcmna.. aku taktau rasa sakit bersalin tu mcmna, klu ditnya sakit tak masa contraction tu.. aku pn taktau nk ckp. yg dikatakan sakit tu mcmana? sakit sgt sampai takleh nak bgn ke sakit skt2 tu pun dikira sakit yg bleh dianggap tanda2 nak bersalin. aku ckp kat nurse, saya tak sakit? dia tnya blk .. tak sakit ke buat2 thn sakit? ssh nak jwb.. tak sakit cuma tak selesa. tp 2,3 hari kebelangan ni sakit2 dah bertambah. taktau la nak ckp. dah tak larat nak buat keje yg berat2 skt. aku taktau aku sakit ni normal ke mmg sakit.. bkn apa tkt aku je jenis tak thn sakit. bg org lain apa yg aku rasa ni normal je, bkn sakit pun, aku je yg mengada2 rasa sakit. tak tau la saat mcmna br aku akan refer ke hospital lg. setiap hari dalam keadaan keliru..

keliru.. aku keliru.. ibu2, mama2 yg lain, please help me..

Design by Blogger Templates