Palestin.. Palestin.. Permata hati

Tulisan ini saya ambil dari karangan adinda ummuhani, saya tidak mampu untuk menulis seperti, saya panjangkan apa yg telah dikarang dan saya kongsikan di sini. ada bnyk lg yg adinda saya ini tulis ttg Palestin, boleh la ke website. insyaAllah, anda akan dapat manfaat.

'Neo Holocoust' Ala Zionis Israel

Oleh; Ummu Hani Abu Hassan
http://www.ummuhani.com/

Masyarakat dunia telah menyaksikan ‘drama’ kisah benar keruntuhan Rejim Saddam Hussien disusuli kemusnahan demografi negara Iraq hasil tangan drakula Bush dan konco-konconya. Tindakan kemusnahan ini bukan bencana alam semulajadi sebaliknya telah disusun begitu strategi dan terancang. US dengan bapak presidennya George W Bush memulakan serangan ke atas Iraq dengan perang psikologi bagi melemahkan aspek sosial dan ekonomi masyarakat Iraq. US melancarkan sekatan bantuan runcit termasuk bahan makanan serta memulaukan negara Iraq beralaskan penolakan mereka terhadap pemerintahan Saddan Hussien yang disifatkan mafia. Kesengsaraan masyarakat Iraq diharapkan dapat mencetus pemberontakan terhadap pimpinan Saddam Hussien. Dan itu telahpun berlaku.

Apabila tentera US melancarkan peperangan ke atas Iraq, rakyat Iraq bertolerasi dengan kekuatan US serta menidakkan kepimpinana presiden mereka sendiri. US menaburkan kejahatan dan memalitkannya kepada Saddam sebagai punca kesengsaraan rakyat tempatan. Ini samalah seperti, seorang budak yang bermain mercun kemudian membaling ke atas bumbung rumah, apabila rumah terbakar, bukan budak yang disalahkah tetapi angin yang dikatakan bertiup kencang pada waktu tersebut. Di Iraq, yang berlaku adalah rakyat rata-rata menyalahkan pemimpinnya akhirnya Saddam Hussien ditangkap kemudian dihukum bunuh, tanah air dan masyarakatnya tergadai di tangan US selama beberapa tahun.
Strategi pemaksaan ini juga nampaknya telah dilakukan Israel dengan bantuan rejim Zionis bagi penaklukan tanah Palestin yang diakui adalah milik orang-orang Islam. Di Genting Gaza yang diduduki kira-kira 1.5 juta umat Islam, para pemimpinnya adalah dari HAMAS. Israel melancarkan sekatan kemanusiaan serta memencilkan Gaza dari dunia luar selama 19 bulan hingga wilayahnya mengecut lemah. Ini adalah pencabulan hak asasi manusia yang rakus dan tragis. Menyedihnya, dunia tidak mampu menentangnya.

Rejim Zionis Israel menyalahkan HAMAS sebagai punca kesengsaraan penduduk Islam Wilayah Gaza. Serangan hari ke 11 pada hari ini yang menyebabkan kematian 94 kanak-kanak (itu yang dilaporkan akhbar entahkan lebih) dan lebih 500 nyawa wanita, remaja, orang tua, para pemuda dan pemimpin HAMAS dan lebih 2500 orang cedera turut dipundakkan ke atas HAMAS. Israel mengharapkan penduduk Gaza bangkit menyalahkan HAMAS seperti yang berlaku di Iraq, namun keadaannya berbeza. Penduduk Palestin amnya tahu tabiat kejahatan musuh asasi Islam ini, Israel bukan mahukan HAMAS sebaliknya yang dicita-citakan mereka adalah setiap rinci tanah di Palestin. Perluasan demografi Palestin hanya akan sempurna jika berlaku pemutihan masyarakat Islam di negara itu. Israel mahu dunia mengakui bahawa mereka bukan gelandangan setinggan di Palestin tetapi adalah penduduk yang asal.

Penduduk Palestin bangkit dan terus mempertahankan tanah air mereka. Selama 60 tahun bergenerasi kesengsaraan, turun naik pemimpinnya sama ada FATAH atau HAMAS, mereka tidak mempunyai sekutu lain kecuali zionis Israel dan juak-juaknya termasuk US. Mereka berjuang dengan darah dan air mata untuk mempertahankan survival pemilikan tanah air dan paling penting Masjidil Aqsa; Kiblat Pertama umat Islam. Apa lagi yang tinggal bagi penduduk Gaza selepas rumah, sekolah, masjid, hospital, anak-anak, isteri, suami, ibubapa dan pemimpin mereka telah dimusnahi zionis Israel? Keadaan di musim sejuk juga menghadkan bantuan luar untuk sampai ke Semenanjung Gaza. Semua itu mencantumkan kepingan derita penduduk Palestin yang masih tidak ternoktah.

Hari ini, gesaan pemimpin dunia termasuk Malaysia supaya PBB dan NATO menyerlahkan taring seperti mana mereka mengawal kejahatan Serbia ke atas Bosnia dan AS ke atas Korea Selatan, masih ditandai persoalan. Isu Palestin sangat sensitive kerana di atas ubun Amerika adalah Zionis yang selama ini memelihara mereka. Misalnya, Barrack Obama yang diistilahkan ‘penyelamat baru’ dunia sahaja tidak berani bersuara lantang mengutuk tindakan kesyaitanan Zionis Israel. Paling menyedihkan, di mana ukhwah negara-negara Arab jiran Palestin menyalurkan bantuan ketenteraan ke Semenanjung Gaza?

Kita hanya ada cara memboikot segala kepentingan Israel dan US dalam negara ini baik ekonomi, politik dan sosial bagi menyekat keazaman mereka menakluk dunia khususnya dunia Islam dan Palestin. Mereka pastinya akan runtuh tanpa biaya kewangan yang mantap serta sokongan padu US membekalkan peralatan dan pasukan ketenteraan. Umat Israel (YAHUDI) adalah umat yang paling kecil jumlahnya di dunia. Sedangkan umat Islam adalah umat kedua teramai di dunia. Jadi, apa lagi alasannya?


Pernahkah wartawan dunia memandang kami?

Itulah yang dibalas oleh tentera pengawal Israel kepada rata-rata wartawan dunia yang mahu membuat liputan di Wilayah Tebing Gaza. Pengarah Pejabat Media Israel, Danny Seaman menyebutkan wartawan luar sebagai ‘terlalu manja’. Israel dengan sifat bongkaknya enggan bekerjasama dengan pihak media asing yang menurutnya ‘berat sebelah’ dalam melaporkan berita kepada dunia.
“Kami rakyat Israel menghadapi kesengsaraan sejak lama, tetapi mengapa anda (media asing) hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin semata-mata?” ujar Seaman seperti yang dilaporkan oleh AFP.

Kita pasti berasa mual dengan kenyataan Seaman itu. Sebagai bangsa gelandangan yang hidup tidak beriktiraf di tanah orang, serta membuat kucar-kacir, Israel yang diproksi Zionis dan Amerika Syarikat tidak pernah berasa bersalah. Setelah enam puluh tahun merampas hak pendudukan negara Palestin (1948) apabila AS menghadiahkan kewujudan negara bernama Israel. Mereka memperluaskan agenda berserta strategi untuk menubuhkan sebuah wilayah atau republik yang lebih besar; Israel Raya. Laporan pengarang Utusan Melayu mengatakan, cita-cita Israel Raya ini melibatkan perluasaan wilayah merangkumi negara Iran dan Iraq. Bahkan seluruh yang bernama Israelian ini bersetuju dan menghalalkan apa sahaja cara untuk mencapai wawasan Israel Raya.
Inilah yang ditakuti penduduk Islam seluruh dunia. Sejarah mencoretkan bahawa bangsa Yahudi ini dikurniakan kelebihan pengetahuan, fizikal dan keturunan (para nabi) berbanding bangsa-bangsa lain. Mereka tidak pernah mahu ‘tunduk’ pada kenyataan bahawa nabi akhir zaman adalah berketurunan Arab. Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dipadamkan dari Injil dan Taurat mereka. Mereka hanya percaya pada agama Yahudi. Oleh itu, bagi mereka menghapuskan keturunan orang Islam khususnya bangsa arab sama ada kanak-kanak, remaja, wanita atau sesiapa pun, ia adalah perbuatan ‘halal’.

Bahkan, ada sebahagian tentera Yahudi dan masyarakatnya bersimpati melihat anak-anak Palestin terjojol mata, terkeluar isi perut, isi otak, akibat buatan nafsu kaum mereka. Namun, perasaan itu segera dimatikan kerana target jihad Yahudi menubuhkan Israel Raya lebih penting daripada hasrat penduduk dunia; keamanan. Mereka telah mematikan sifat kemanusiaan. Rasa keberhalaan pada kuasa dan pengiktiran dunia lebih utama.
Janganlah anda pelik apabila Saeman menempelak media asing. Bagi mereka, gambar-gambar masyarakat Palestin yang lunyai sama ada menjadi mayat atau binatang yang disembelih tidaklah mengharukan. Itu adalah balasan bagi golongan yang degil tidak mahu bertolak-ansur dengan bangsa paling mulia; Yahudi. Sewajarnya, dunia bersorak dan meraikan jumlah kematian penduduk Palestin yang setiap hari meningkat seumpama dunia bersorak apabila pemain Arsenal FC menjaringkan gol.

Kesimpulannya, tidak guna dunia memarahi ‘orang-orang gila’ ini yang telah mencabut akal dan hati dari tempatnya, lalu digantikan dengan tanduk syaitan. Mereka ini hanya boleh diajar dengan senjata nuklear Iran.

Ya Allah, teringin sekali aku syahid bersama anak-anak comel Palestin. Allahukabar!

-->

salam tahun baru

assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh..

sedar tak sedar, kita dah melangkah ke tahun baru. baik hijri atau masihi. masing2 dengan azam baru dan coretan lama yg ingin disimpan, dibuang, dipinda dan mcm2. yg manis dan pahit di tahun lalu, tak akan ada seorang pun yg mampu memadamnya dari sejarah hidup seseorang. yg berlaku tetap berlaku. semua yg itu akan menjadi pedoman untuk kita melangkah di thn yg lebih bermakna ini.

2008, bnyk juga perkara penting yg berlaki dlm hidup aku. penghijrahan aku dari bandar ke desa, memulakan perniagaan, membina rumahtangga dan hamil, kini 4 bulan dah :). setiap tahun ada lah lembaran baru utk aku meningkatkan prestasi diri dari semua aspek. walaupun ada terlampau banyak lg yg belum aku hijrahkan.

memulakan 2009 dgn tekad dan azam yg lebih jitu, untuk memajukan perniagaan kecil yg telah aku mulakan tahun lalu. kecil pada mata orang, besar makna di hati aku. pelbagai pandangan, kritikan, sinisan, pujian semuanya aku terima dgn jiwa yg lapang. semuanya harus aku kudap lumat2 dan pelan supaya menjadi zat yg bermanfaat untuk aku di saat2 seterusnya.

Alhamdulillah, ada orang kata rezki anak. Allah permudahkan lorong aku. sekarang tinggal aku yg harus kuat berusaha supaya benar2 rezki ini Allah perluaskan dan permudahkan untuk aku sekeluarga. semalam, 1hb januari, aku dan suami ke kedai perabot utk menambah furniture utk kdai. alhamdulillah, dpt harga yg sgt berpatutan. konon2 nak pi tesco setia alam tp dah dpt harga best kat tg krg buatpe abis minyak gi jauh2.lgpun bli kat tesco bkn bleh tawar harga. lepas zohor gi kdai, ubah kedudukan sedia ada. berubah 90% dr pelan asal. tp mmg jenuh gak la. nak pasang almari dan meja yg br beli, malam br siap. sian kat suami aku sbb dia yg bnyk buat keje berat2, aku tak mampu nak mengangkatnya.klu aku angkat gak kang, terbersalin dlm kdai ni sape yg susah.heheh.. siap susun, kemas, pasang almari, partition, pkl 11.30 mlm br blk rmh. tak siap pn mngemas dan psg meja, pg td aku sambung blk. terima kasih yg tak terhingga pada suami yg bnyk membantu dari semua aspek.

azam tahun baru, azam umur baru. aku dah menjangkau 26 thn pada 25 disember lepas. aku harap aku boleh buang sikap malas yg dah bertapuk lama dalam diri aku ni. taknak la hangat2 tahi kucing. hangatnya boleh mematikan tanaman tak mcm tahi ayam yg boleh dibuat baja dan menyuburkan. (eh, melalut apa ni).

langkah seterusnya utk bisnes aku ni, nak naik signboard, dah dkt sthn, signboard pun takde, nak setelkan lesen kmntrn kwngn, cari pekerja yg berdedikasi utk bantu aku dan aku kna buat marketing la btul2. klu tak, mcmna aku nak byr gaji pekerja tu nnti.
Ya Allah, kau berkatilah, permudahkanlah usaha kami ini ya Allah. segalanta di tanganMu.

usia kandungan aku dah 17 minggu. bgn pagi td rasa besarnya perut aku. sblm ni tak rasa pun. td nak baring dah terasa menghimpit. hihi, takutnya.. moga kandungan ini dan aku dalam keadaan yg sihat, selamat dan dlm perlindungan Allah. takziah buat sahabat2 yg ditimpa ujian semasa hamil, pada along kakak bonda yg kematian kandungan di usia 6 bln (ke 5 bln?), pada ayisah yg keguguran dlm tempoh 3 bln, aku memahami kesedihannya setelah gagal mendapat anak kali kedua. bayi pertama yg selamat dilahirkan meninggal di usia 2 hari. Moga Allah beri ketabahan pada mu, ujian yg berat ini hanya untuk hamba2Nya yg terpilih sahaja, sabarlah dan teruskan doa dan usaha..

hari2 yg lepas, kita dikhabarkan dgn berita menyayat hati saudara2 sehati kita di palestin dibedil lagi oleh musuh laknatullah. apa lagi usaha yg ada oleh mujahidin kita di sana yg sdg bertarung dgn nyawa utk menyelamatkan bumi suci kita dari terus dicemari kuffar2 terkutuk itu. mayat berlumuran darah berhampuran di merata tempat, tangisan yg sudah sering kita dengar, benarkah telah menyentuh iman kita?

Usaha kita di sini? aku bertnya pada diri. kesibukan pada dunia dan hidupku adakah telah mematikan hatiku dari terus berdoa dan membantu saudara dan sahabat kita di sana? berjuangnya mereka utk pertahan agama, tanahair, nyawa, keluarga..
berjuangnya kita di sini,
sudah mampukah berjuang dgn selimut di subuh hari utk mengadap yg Esa?

Design by Blogger Templates