rindu pd yg blum bertemu

salam..

lagi 5 mnt jam mnnjkkn pkl 11 mlm. rmh sudah sunyi.. harith sudah tidur ditemani ayahnya yg jg keletihan. saya taktau knapa memilih seorang diri menonton drama tv yg menyentuh hati. sebenarnya ada yg lebih menyentuh hati saya. saya teringatkan Nur Ffatimah.. juga mama dan babanya. bagaimana mereka melalui saat seperti ini.

saya belum pernah bertemu Nur Fatimah. sejak dia lahir yg lewat sebulan sahaja dari Harith, saya blum berkesempatan menemukan harith dgn Nur Fatimah. masing2 hanya mengintai di blog gambar2 anak-anak comel ini membesar. juga bertanya khabar juga berkongsi pengalaman dengan sahabat baik, Khadijah mama Nur Fatimah ttg menjaga anak. maklum saja, masing2 baru pertama kali menjadi ibu.

belum sempat bertemu Nur Fatimah, sudah sampai berita Nur Fatimah koma, di ICU putrajaya. hanya sekali pernah saya dpt berckp dgn Khadijah ttg Nur Fatimah. selebihnya saya sebenarnya tdk sampai hati. saya tahu Dijah tentu lebih letih dan terusik hati melihat permata hatinya sdg bergelut dgn nyawa. saya hnya bertanya khabar ttg NF dgn sahabat lain, Najibah dan Hairin ttg prkmbgn Nur Fatimah. td najibah dan hairin sms bt masa ini no progress.. good or bad. doktor dah stop ubat utk tgk prkmbgn NF.

saya mbygkn bagaimana saat Fatimah sblum koma, bagaimana dia menahan sakit. dia sangat kecil. di usia 3 bln bgaimana dia menghadapinya. setiap kali saya bersembang dgn Harith saya akan berpesan pd Harith, harith doakan Nur Fatimah yer.. hati saya sebak sgt. bila harith menangis manja2 sy terbayang NF menangis krana sakit.. bgaimana tangisannya. sanggupkah kita sbgai ibu melihatnya?

semua orang pun tahu, mamanya khadijah org nya bagaimana. dia seorang yg tenang dan tabah. dia mngkn lebih tabah dari saya yg hanya mendengar dr jauh sdgkn dia lah org yg berhadapan.
sya yakin ramai saudara dan sahbt yg mendoakannya. saya juga hnya mampu itu.

"Ya Allah, berikanlah ketabahan pada sahbt kami Khadijah dan Ramadhan dan dgn Rahmat Mu, Kau berikan yang terbaik buat si kecil Nur Fatimah. aamiin "

Nur Fatimah, ibu blum pernah bertemu kamu. tapi ibu sgt rindu..

0 comments:

Design by Blogger Templates