6 saman dan hikmahnya.

pertamanya, saya mahu merungkaikan kekeliruan sahabat2 ttg posting yg lepas.. saya belum lg bersalin. sekadar ditahan wad sahaja.. skrg saya dah kuar wad dan bekerja seperti biasa.

hari ni abg gi MIHAS, ikutkan hati, perasaan, emosi saya mmg la nak pegi sgt. blum pernah lg tak pegi MIHAS setiap tahun, ini lah tahun pertama saya tak dapat mengikuti MIHAS. abg tak izin pegi memndgkan keadaan diri dah sarat. huhuhu.. mmg pun, jalan2 biasa pun dah tak larat, ada hati nak ikut gi MIHAS yg lebih melelahkan. pagi2 td pura2 buat tak sakit sbb nak ikut tp tak berjaya nampaknya. takpelah, untuk kepentingan sape.. kita juga. yg pntg blk nak tgu ole2 dari abg yg ke MIHAS. hehe. taktau la nape suka sgt gi MIHAS. suka tgk inovasi produk baru, yg plg best aku suka merasa mkanan yg pelbagai. takde yg aku tak rasa, semua aku rasa. bestnya la hai... teringat plak zmn bujang ronda2 ngan bonda. makan sampai kenyang. selain tu dapat kenal usahawan2 muslim baru. amik smngt diorang dan jadikan inspirasi untuk aku terus berjaya.

tajuknya ttg saman.. ni la nak cerita. sampai surat saman kat rumah bln 10 thn lepasnya (br sampai tu, lamanya nak pos).. lepas raya aku rasa. bila gi balai polis, check lg ada lagi 5 saman yg kena! wahhh... dan yg pasti, kesemua saman ni atas salah laku aku la tu sbb perjalanan yg aku lalui setiap hari melalui tempat2 merbahaya yg polis2 nu suka berselindung..
sabar jela.

aku bawak keta laju ke, rasanya klu kat jalan raya yg besarnya dah mcm lebuhraya tu.. aku la antara pemandu yg bawak secara berhemah, heheh.. sbb selalu je rasavmcm nak kena sondol ngan keta2 yg lebih laju.. dgn ke'slow'an aku membawak keta tu, smpat jugak aku diperangkap kerana membawa lebih had laju. tak patut btul.
jalan raya yg besar mcm tu kena bawak 60km/j.. isy..isy.. aku try bawak ikut had laju yg ditetapkan, ya Allah, nak terlelap masa memandu. biasanya bleh sampai ke tempat keje dr rumah 10-15 minit, skrg dah jadi 30 minit!
yg plg sakit hati, di satu ahad tu, selepas tau dpt 1 saman, bawak la dgn berhemah tp tak la terfikir nak ikut bulat2 setiap had laju yg terpacak kat tepi jalan tu,, 60km/j, 30km/j.. sbb ada simpang nak masuk sekolah, biasa la tu. dgn berhemahnya kami memandu, dan sempat jugak meradang dgn kereta2 lain yg mcm pelesit. bawak sekitar 90km/j.. duk bengang ngan keta2 laju lain, masa tu la kna saman jugak.. sabar jela.

aku harap polis2 ni ada toleransi dan boleh berfikir. kelajuan tu ditetapkan sedemikian rupa kerana ada sekolah, nak jg keselamtn bdk2 dn penjaga.. buat la speed trap waktu2 yg merbahaya tu.. saman keta2 yg bwk lebih had laju pada waktu yg kritikal.. ni dah la hari ahad, jalan besar lg sunyi.. takkan nak bawak 30km/j atau 60km/j. klu tolak keta pun lagi laju agaknya dari drive.

apapun skrg aku dah insaf.. dalam 6 saman, baru bayar 1, jmlahnya rm200 selepas diskaun.. ada lagi 5 saman, dan ada saman yg kna waktu ops sikap, takleh diskaun, rm300. aduhai. bape tu sume, kira la. kaya la kerajaan klu sume keta yg selaluan ngan aku tu kna saman.
skrg aku bawak keta ala kura2. bawak mcm kura2 ni pun ada bahayanya. entahla.. sabar je la. aku terpaksa melaui jalan yg biasanya dibuat speed trap tu setiap hari. di sg.nibong, pasir pjg, smpg 5..

HIKMAH PERISTIWA

dalam satu pengajian, aku pernah dipesan. klu kita terpaksa kuar duit utk satu2 perkara yg tak dijangka, mngkin sebenarnya ada hak org lain sblm ni yg kita tak tunaikan. misalnya kita jarang bersedekah, kurang berbuat baik... yelah.. barangkali benar. jadi Allah tarik bahagian yg sepatutnya kita beri tu dgn cara lain yg lebih terpaksa.

moral of da story, sentiasa lah memberi walau sedikit dgn setiap rezeki yg kita dapat. ceritanya ttg salahlaku di jalan raya, tp kaitannya dgn rezeki dan sikap pemurah. Allah mendidik kita dgn pelbagai cara. hikmah pertama yg aku dpt dr kes saman ni. lain2 lebih bnyk lg, antaranya ikut peraturan yg ditetapkan oleh pemerintah dan lagi.. lagi.. sabar, rendah diri, bawak slow lg bnyk masa dlm keta, bleh dgr dan baca lg bnyk zikir2, nasyid, ayat quran, informasi, yg kita susah nak cr masa lapang tersendiri utk buat semua tu. masa lapang yg terpaksa dilalui setiap hari dihadiahkan oleh Allah ta'ala untuk kita memanfaatkannya.

'ADAKAH KAMU BERFIKIR?'

1 comments:

Maryamnour said...

salam, pah. Hehe..aku pun rindu nak pi MIHAS. Tapi skrg bercuti di johor. lagi pun.. tak de kawan nak pi yg rajin cuba makanan mcm ko.hehe.

Design by Blogger Templates