moments..

salam..

lama tak blogging.. bnyk nak tulis. nnti la . teringin nak tulis isu PATI, impian dulu, hidup kini, kritik tv rncgn reading room,.. aku tulis kat cn supaya nnti bila aku baca blk aku ingt utk tulis.
semalam hari yg penting untuk aku dan keluarga aku. adik beradik blk utk berkumpul untuk menyelesaikan perkara lama yg tertangguh begitu lama, selama 18 tahun. sebelum ada yang 'pergi', perlu diselesaikan segera. Alhamdulillah, aku kira hampir 35% selesai, walaupun abg aku kata 50%.. selagi tak selesai btul2, ia tetap blum selesai. apapun takpe, dah mengurangkan peratus yg tak selesai. saban malam aku bermimpi rumah pusaka itu. apa maksudnya pun aku tak tahu, maklumlah aku kan si gadis mimpi.. eh, gadis lagi ke.. aku wanita pemimpi. hehe.
Ya Allah, permudahkan lah urusan kami seperti yg Engkau kehendaki mengikut syara'mu, moga ikatan kasih sayang kami akan terus utuh sehingga generasi2 kami yg akan datang.

pagi semalam aku pi check doktor buat pertama kali di klinik kerajaan, hari isnin aku ke klinik desa book buku merah. smlm ada appoinment doktor, amik darah utk ujian vdrl, abo grouping, hiv. 2 kali aku pi klinik, buku merah aku ada jugak yg bertanda dgn pen merah.. berat badan tak mencukupi, kurang dari 40kg. nasihat yg sama diberi, mkn bnyk sikit, amik balance diet. aku angguk je. entah mcmna aku nak amalkan ntah. bukan aku tak paksa diri utk makan, kdg hampir setiap stgh jam aku akan menjamah sesuatu tak bnyk pun sikit, tp perut aku stil berasid, menyanyi2 lagu2 rock, balada dan etnik kreatif.

aku dah taktau nak mkn apa lg, nak mkn setiap masa kna ada bnyk bekalan dan kna ada bajet yg boleh tahan jgk. kdg tu terpaksa buat taktau jgk la. tghri aku ttp mkn nasi walaupun aku tak lalu, mmg tak lalu, tak selera, loya dan mual tgk nasi. tp demi kesihatan diri dan kandungan, aku ketepikan.. sabar.. mkn 3 sudu, berhenti.. bila rasa nak muntah cepat2 berhenti. tahan taknak bg muntah sbb sayang sgt kat mknn yg dah masuk dalam badan, bukan murah beli mknn.. walupun menahan muntah adalah satu perkara yg bkn mudah kerana selagi tak muntah selagi tu la kepala jadi pusing, nak buat kerja pun serba tak kena. lepas ok skt, mkn lg 3 suap.. berhenti mkn kurma utk hilgkan mual.. nnti sambung blk.. biasanya aku mkn separuh masa blum prgnant, skrg pun klu beli aku order separuh gak tp yg habis mkn separuh dari separuh. yela, klu dah 3 kali mkn, dari pukul 12 sampai pukul 4, boleh bayang la dah tak sedapnya mknn tu nak di makan lg.

apapun, semua ni kenangan manis. bukan merungut, sekadar berkongsi.. lain orang lain pengalaman. takde apa yg susah pun. aku amsih boleh bekerja, boleh drive, boleh berhibur. kasihan sahabat baikku, najibah, sampai masuk wad. semoga dia kuat dan diberi kesembuhan. aku bersyukur keadaan aku biasa saja seperti wanita2 yg lain juga malah lebih beruntung lg. mmg aku risau klu kondisi aku jadi teruk, aku tak mahu menyusahkan sesiapa terutama orang yg tersayang. kasihan, bertambah beban dia nnti. skrg ini pun, sudah tak berapa terurus dan terabai juga dia, minta maaf sgt2. tambah pening nak pk apa yg aku boleh mkn sebenarnya.
minggu ni mngu terakhir trimester pertama. nak masuk trimester kedua. klu lihat luaran, aku tak rupa org pregnant sikit pun.. bila gi klinik tgk2 ibu2 mengandung bawak perut yg memboyot tu mmg buat aku teruja. bulan ke berapa aku akan jadi mcm tu.. takut pun ada. hehe.

setelah 3 bulan berlalu, ada lagi 6 bulan.. mcm lama mcm kejap.. perjalanan masih jauh dan mcm2 boleh jadi. harap selamat dan baik. aku tak harap apa2 dgn kelahiran yg pertama ini melainkan hadirnya dalam hidup ini akan meningkatkan rasa syukur,menambah iman dan mendekatkan kami kepada Allah SWT. ada bnyk yg aku rindu, semoga aku tak perlu masa yg terlalu lama untuk mendapat semua itu. semuanya boleh dapat sekarang sekiranya aku benar bermujahadah..

kerinduan itu mendalam dan tersimpan. makin menjauh kerana kesilapan diri. takut pada bayang diri untuk berubah. moga Allah mendampingku mmberi kekuatan.. yg hanya Dia yg mampu memberi semua itu..

ya, aku rindu... hanya Allah yg Tahu

Tahniah, sahabat2ku

Tahniah sahabat2 ku..

berita perkahwinan khadijah dan najibah masih panas. Gambar-gambar mereka pun belum habis ku tatap. kini sudah terima berita baru, khadijah sudah hamil :), alhamdulillah... najibah masih bimbang untuk melakukan test. ada rezeki insyaAllah. syukur, jika belum, redha dan sabar itu lebih manis. kalian belum sebulan melafaz akad. warga2 az yg bakal bergelar makcik2 pasti teruja. giliran kalian juga akan tiba nanti.

Tahun ini kalendar diisi dengan tarikh2 kenduri, tahun hadapan, kalendar diisi dengan kelahiran cahaya2 mata :), Farha, mastura, matus, nazihah, khadijah.. dan lain2 yg aku tak tahu.

tiada apa yg ingin dicoret kali ini, kala begitu mencurah ide, kesempatan waktu begitu menghimpit. aku harus pandai mencuri. mencuri masa. ya.. rasa begitu letih sekarang. nape yer.. mmg begini agaknya di fasa ini. aku perlu kuat dan terus gagah. orang kata di awal kehamilan tak bleh angkat berat. aku tak punya pilihan. kerja yg aku pilih membuat aku tidak punya pilihan. hanya doa ku panjatkan, moga semuanya selamat. memang terasa akhir2 ini begitu letih dgn bebanan kerja. untung tidaklah besar, kerjanya agak remeh. perlu membawa kerja pulang dan terus bekerja di rumah. merompak waktu rehat aku dan suami. rumah juga sudah tidak terurus. apa perlu buat. kerja harus dibuat. untuk pertahankan bisnes kecil yg telah aku mulakan ini. juga untuk perut yg sekarang ini bermacam ragamnya. kerja aku bukanlah seberat buruh kasar, juga tidak sebeban guru di sekolah, juga tidak sekusut pegawai2 tinggi.

setiap kerja ada cabaran dan manisnya. aku pilih jalan ini. mengangkat barang berat (mengikut kelaratan aku la) menjadi kerja biasa dari kereta naik ke kedai aku di tingkat atas ni. hari ni angkat printer, tak taula nape rasas mcm berat je printer tu sampai menekan perut aku supaya aku mampu menahannya dari jatuh. rasa bimbang mengganggu si kecil di dalam tapi itulah pilihan yang ada.

kadang aku berfikir, adakah aku berpura-pura kuat? tidak.. aku mesti bisik pada diriku, latifah, awak memang seorang yg kuat! awak boleh atasi semua ini. semua ini bukan apa2 untuk kamu, cabaran yang lebih besar kau mampu hadapi. usah hanyut dengan beban yg sedikit itu. sabar k. sabar itu kan manis.

kadang mahu putus asa dari meneruskan semua ini. aku tidak boleh kalah pada pilihan sendiri.
Benar lah dalam doamu. tidak ada yg sukar. percayalah

tercemarnya sebuah institusi Islam

sabtu yg lalu sambil mengemas rumah saya membiarkan televisyen terbuka. rancangan nasi lemak kopi 'o'. saya agak menggemari rncgn ini krana mungkin adanya mek yg suka menyanyi lagu2 lama. saya suka. pagi itu hati berbunga melihat mek telah bertudung. ayu. persis seorang rakan karib yg kelakar .. huda. juga seorang mek klate. telatahnya dan lucunya hampir sama. bezanya huda tidak reti menyanyi seperti mek walaupun mngkin dia gemar menyanyi mengikut rentaknya sendiri tetapi karakter menghibur itu agak sama.

aziz desa membaca sebuah petikan akhbar ' seorang pengarah terkenal yg baru berkahwin bercerai ' .. saya agak tersentak dgn berita ini sbb saya sudah meneka siapa walaupun dalam hati rasa terkilan dan tertanya.. kenapa?

keesokan hari di rancangan yg sama, aziz mmbaca berita penuh, sah aziz m. osman yg telah berkahwin dgn seorang ustazah disahkan bercerai kerana perkahwinan mereka tidak sah kerana perempuan itu masih dalam tempoh eddah. astaghfirullahal'azim..

berita itu mengganggu saya hingga ke hari ini. saya melihat sopan santun ustazah itu di rancangan wanita hari ini pada bulan ramadhan yg lalu. seminggu lepas mereka bernikah lebih kurang. terpancar kegembiraan aziz yg masih ber'bau wangi' katanya. kesanggupannya berulang alik KL - terengganu demi isteri tercinta. hari itu bersama us zawawi dgn tajuk 'batas suami isteri di bln rmdhn' terutama yg masih baru.

kejadian itu memang memalukan. betapa ramai yg mengutuk bgaimana seorang ustzh boleh berbuat dmkn. ustazah2 lain yg tidak terlibat, yg suci murni turut terasa tempiasnya. imej keseluruhan ustazah telah terconteng tahi di muka. saya yg tak berapa ustazah ini turut terasa malunya.

soal si perempuan itu menipu satu perkara. bagaimana kaum keluarga dan warga kampung boleh bersubahat dalam hal itu. siapa dalang? dipaksa kan si perempuan ini? kasihan..

apa yg ingin saya pertikai di sini di mana keprofesionalan jabatan agama islam. bila borang dihantar untuk permohonan kahwin, tak ada data ke yg menunjukkan si pulan ni telah berumah tangga? tidak adakah rekod kawin cerainya hingga boleh lulus begitu sahaja. sepatutnya jabatan agama ada database, masukkan nama atau i/c ada status lengkap seseorang. sedang berkahwinkah, telah bercerai mati kah, hidupkah, dalam proses mahkamah atau sebagainya.

apa alasan jabatan agama? tak de orang reti nak buat database? ni penipu besar, btapa ramai graduan IT kita yg berkebolehan. tak ckp orang nak taip database? brapa ramai anak muda menganggur mencari kerja. di zaman yg canggih ni, kalau takde, semuanya alasan sahaja.
klu hal2 agama kerajaan memang pandang remeh. di zaman paklah yg begitu menekankan Islam hadhari pun boleh terlepas pandang perkara besar sebegini, di zaman Najib apa ceritanya?

bak kata Nabil raja lawak.. lu pk la sendiri!

tension!!!!!!!

salam buat semua..

ada jugak kesempatan di celah-celah kesempitan untuk menulis di sini..
aku tgh tensiin giler.. nak marah tak tau nak marah sape. argh!!!!

dalam keadaan kondisi badan yg sgt tak stabil kebelakangan ini, emosi dan fikiran jugak tak menentu. dah seminggu aku boleh kata yg aku tak mkn nasi atau tak mkn apa sgt.
keje plak menghimpit, bnyk sgt tu takla tapi disebabkan masalah teknikal yg tak bleh nak elakkan buat aku jam! tension, bengang, bingung.. ada salah aku ada yg bukan salah aku.
semua sbb internet. kdg aku fikir knapa kita skrg perlu terjerat dgn internet, bila ada prob internet, bnyk keje tergendala. yg susah hati sape? aku jugak.. ada celcom amik tau brg aku tak sampai kat customer? ada telekom kisah order aku tak sampai kat supplier? bila customer susah hati ada diorang amik tau apa masalah kita?

asalnya mmg slh aku tak perasan bil celcom kna byr, akhirnya kna terminate. aku gi bayar tp amik masa 3 hari untuk setel bil. pastu buat reconnection amik masa 3 hari jugak. apa punye lembap da. 6 hari tu tergendala. dalam tempoh tu kna gi cc sokmo. dlm kondisi aku yg mcm ni, kdg bgn pun tak larat, badan menggigil2 mcmna aku nak mampu ke cc selalu untuk tgk update. klu tak bleh gi cc kna kol. bape bnyk kredit aku kna telan plak. nak ulang alik gi cc, btulkan artwork la. dah ok internet brdband ni plak. lembapnya siput pun boleh geleng kpala. klu keje yg aku bleh setel stgh jam kat cc, dgn celcom brdband yg hampeh ni amik masa sehari suntuk. buat aku pening dan susah hati.

skrg aku taktau mcmna nak setelkan kad jemputan amie. spttnya sampai jmt ni, tu pun dah lewat. tp asyik pending artwork je, sampai 29hb mngu dpn! mcmna aku nak ckp ngan amie ni, aku tak ckp lg ngan dia, ckp sampai jmt pun dia dah susah hati, mcmna nak ckp yg sampaihari rabu mngu depan. td dah kol kilang, mmg diorang tak bleh nego dah. Ya Allah , bantu la aku. aku niat nak tlg amie, tak amik untung pun. walaupun banyak hal nak kna uruskan utk siapkan kad tu. orang mmg la x tau apa susahnya nak buat keje2 ni. tp nanti yg susah dan kna salahkan aku jugak la kan..

dari mlm td sampai pg td internet celcom brdbnd ni prob, br je ok. sepagi aku duk ngadap laptop yg tak bleh connect ni. nak kuar dah tak larat sgt.

mesti orang tertanya2 nape tak masukkan streamyx kat kedai? ni satu soalan yg susah aku nak jelaskan kat tempat yg agak public. yg aku aku dah habis lebih rm250 untuk masukkan line kat kedai tu. tp klu orang tak bleh nak bertanggungjawab, aku nak kna tanggung sorang? apa hal.
sakit aku.. sakit..

ntah la, kdg klu buat keje tu, bila dah bengang sangat ngan kelembapan laptop, internet, rasa mcm nak hempas laptop tu dr kedai aku yg tingkat atas tu ke bawah biar pecah berderai. pastu takyah buat bisnes lagi. nak give up jer!

tp ni sumber rezeki aku, aku yg pilih jalan ni. aku boleh ckp apa? sabar.. sabar.. astaghfirullahal'azim.. rabbi yassir wala tu'assir... rabbi tammim bilkhairi birahmatika ya arhamarrahimin...

tu la penyedap hati aku.

taktaula nak ckp apa lg. mmg aku tension sgt. aku lapar. lapar sgt. tp aku taktu nak mkn apa. semua aku tak lalu mkn. klu aku lalu pun sume kuar blk. bdn aku dah lemah tp keje aku kna buat jgk. apa pilihan yg aku ada?

redah je la. nasib badan.
alhamdulillah, ada suami yg memahami. sian dia sampai taktau nak buat apa ngan aku dah. dia tolong aku buat keje rumah. mmg aku kesian kat abang. mkn minum dia aku tak brapa jaga. maafkan aku ye wahai suami tercinta.

skrg aku tgh lapar. aku mmg lapar. yg ada tepi aku biskut tiger yg aku mkn sikit2 dr pagi. diselang seli ngan muntah2. tgk nasi tak lalu, tgk ayam yg sblm ni bgtu menyelerakan lg la aku tak lalu. apa nak buat.. dugaan di sebalik rahmat. moga aku tabah menghadapi semua ni. panjang lg masa untuk lalui semua ni.

  1. bertahankah aku?

aidilfitri yg syukur

alhamdulillah.. tahun ini tercapai cita2 setelah bbrapa tahun menyimpan cinta untuk berhari raya bersama seorang suami. diizin Allah berhari raya di dua rumah ibu bapa.
aidilfitri disambut sekadarnya, alhamdulillah, masih mampu untuk berbaju baru, berjuh raya dan pulang ke kampung.

yg ingin dicoret begitu bnyk tapi masa begitu jeles ngan aku. takpe la. aidilfitri membawa kabar gembira untuk kami berdua. dengan nikmat dan rahmatnya aku diizin menumpangkan bakal cahaya mata di rahimku. moga selamat sepanjang tempoh ini dan selepasnya. menyusul naurah, matus dan sahabat2 lain. sahabatku2, doakan yer.

semalam, ijabkabul antara dua sahabat.. dijah dan ramdhan. setelah begitu lama penntian, akhirnya mereka bertemu jodoh. klu sudah jodoh 10 tahun pun pasti bertemu, klu sudah jodoh, seminggu pun akan membawa ke jinjang pelamin.

tak lama lagi jibah.. sahabat yg nakal ini juga. moga berbahagia ye.

pada yang lain, panjatkan doa yg tidak putus. br ini mendengar satu motivasi di tv, klu kita ingin dicintai, cintai lah diri sendiri dahulu. yg mencintai diri sendiri ialah yg mencintai Tuhan yg menciptakanNya. usah putus harap, Dia yg menjadikan kita, Dia yg mengaturkan hidup kita. pasrah pada Dia.

ok la sahabatku. nak kuar dah. kat cc ni, internet celcom broadband dah kena bar, lupa nak byr bil. hehe.

murahnya sampin berharga RM25,000!

salam semua..

sekarang sambil membuat design bisnes card customer, telinga saya mencapang dan mata saya sesekali mengelih ke television. tgh rancangan wanita hari ini. tadi ada promo wah chan, apa lagi barang kemas. orang kata wanita melayu tak boleh dipisahkan dgn emas (dlm dialog faruq -lara rindu mahsuri), tapi bukan untuk saya buat masa ini. mungkin sebab kemampuan yang terbatas agaknya.
seorang pengacara menggayakan set barang kemas wah chan, cincin berharga rm10,000 dan rm79,000.. dan keseluruhan yang dipakainya berharga rm420k! selepas diskaun 70% harga tingga rm126k sahaja! .. wah, betapa murahnya.. isy, isy.

dalam kegawatan ekonomi, paras kemiskinan yg smkn meningkat tak sangka ada yg mampu membeli barang kemas sahaja bernilai ratusan ribu. takde sapa yg kata membeli emas merupakan perkara yg merugikan sbb membeli emas adalah satu pelaburan yagn menguntungkan. bila nak kaya nih ? (hehehe)

minggu lepas dgr promo habib jewel, set butang baju melayu serendah rm800, 900 sahaja. wah, wah, klu perompak dapat butang baju melayu saja pun dah kayo! klu beraya dgn set butang baju melayu rm800 alamat jinjang lah leher, mendongak la kepala, mendabik la dada. klu tak, tak nampak la butang baju melayu yg harga semurah rm800 tu. sia-sia je, nnti orang ingat beli kat pasar malam je. yela.. yg kat pasar malam pun boleh tahan kilauannya.

Puan wakil habib tu kata, apa la sangat butang baju berharga rm900 klu nak dipadankan dgn sampin berharga rm25,000. wah.. wah.. kaya-kaya orang Malaysia ni, sampin yg dipakai sekali seumur hidup di hari raya tu berharga rm25,000!.. aku cuma boleh kata mereka ini adalah golongan orang gila!

apa pentingnya sampin berharga rm25k? selesa sgtkah? klu tak seselesa berharga rm25k pinggang akan patah ke? perut akan nampak boroi ke?
bergaya sangatkah? menjaga status sgt kah?

pernah kah golongan2 ini fikir sebelum memakai sampinnya, harga sampinnya boleh mengisi ribuan perut rakyat miskin yg kebuluran, kelaparan dan keleperen.
harga cincin bernilai rm79k tu klu diberi modal kepada usahawan2 muda baru (mcm aku la kot agaknya.hihiihi) dia boleh mengembangkan perniagaannya dan membantu meluaskan rezeki orang2 yg bekerja di tempatnya bila dia berjaya.

besarnya pahala orang2 kaya ini klu mereka tahu menyalurkan dan mengagihkan kekayaan yg mereka ada. perlu ke bergaya di hari raya dgn nilai pakaian ribuan dan ratusan beribu?

Islam mmg mahu umatnya kaya dan tidak hidup dibelenggu kemiskinan tapi perlukah berlebihan? terlalu bnyak amal islam yang memerlukan dana yang besar. alangkah indahnya jika ramai hartawan mengambil bahagian untuk membantu mengatasi masalah ummah.
terlalu ramai umat Islam di dunia yg hidupnya kais pagi makan malam, tidak mendapat pendidikan yang baik, kehancuran rumahtangga, masalah negara, peperangan dan sebagainya.
dalam kesempitan tapi ada umat Islam kita yang mampu berhari raya dgn sampin bernilai rm25000, bercincin rm79,000, berbaju rm5,000 (eh,logik ke sampin rm25,000 baju rm5000 ni), berlangsir ratus ribu.

oh, saya lupa, mereka kan orang kaya.. klu sampin berharga rm25k, mestilah zakat dan sumbangan yg mereka telah berikan berjuta-juta dan berbillion jumlahnya. semua tu kecik je. rm25k mcm rm25 jer.. klu rm25 tu mcm tak pernah dgr agaknya. takpelah.. mereka orang kaya. betul ke takpe?

Pagi Yang Indah :)

salam kasih pada semua, salam ramadhan kareem.

sudah separuh ramadhan kita lalui. prestasi pribadi yang mengecewakan. janji untuk memaknakan bulan mulia ini tidak aku tepati. hari ini aku memaksa diri mengingat janji pada diri untuk menunai azam yg dipatri.

Pagi yang begitu indah hari ini, sungguhpun bgn bgtu lewat, masih sempat bersahur dgn mkn nasi dan lauk yg tak sempat diperangat, air milo panas dan beberapa biji tamar. alhamdulillah, moga berkat sahur sempat dikutip. masa yang suntuk tidak memungkinkan untuk qiam, tp masih terasa indah. seusai solat subuh, diberi izin untuk membaca ayat suci. terlalu ketinggalan untuk mengejar khatam al-quran 30 juzu' di ramadhan ini. takpelah, bkn khatam quran yg perlu dikejar, tp penghayatan pada isinya yg perlu dititikberatkan.. hai.. aku memujuk diri.
tidak seperti pagi biasa yg malas, selalunya entah kenapa ringan saja kaki mencari bantal dan selimut hingga matahari menyapa pagi padahal di bulan bkn rmadhan tidak begitu pun. pagi ini aku berazam untuk memanfaatkan pagi. sudah ramai guru yg berpesan, terlalu bnyk kebaikan dan manfaat yg ada di pagi hari untuk mereka yang tahu memaknakannnya. aku menyesal kerana selalu mengabaikan perkara penting ini.

menguatkan semangat dgn mencari sesuatu yg boleh dilakukan. 'iron' pakaian suami ke tempat kerja, baju sendiri juga. mengemas dapur dan menyumbatkan baju ke mesin basuh untuk dibasuh, mujur ada tukang gaji yg menyenangkan ni :). sambil2 itu, skrin tv dibiarkan terbuka. mendengar celoteh mazidul dan abby, berita pagi. indahnya pagi kerana mendapat ilmu dan info. aku mmg tak suka nak beli dan baca paper, klu bleh mendengar saja lebih baik sbb tak perlu fokus untuk itu saja. klu mendengar kita bleh membuat kerja yg lain pada masa yg sama. mcm2 isu, peralihan kuasa paklah dan najib, impian pakatan rakyat ttg perubahan kerajaan, tak ketinggalan isu2 meloyakan, menggerunkan dan khabar indah dr seluruh negara.
tv3 menghadiahkan tiket percuma kepada penonton untuk pulang ke kampung. destinasi ke alor star, kota bharu, terengganu dan johor bharu. gembira rasanya mendgr pnonton yg berjaya mendapat tiket, cemburu pun ada juga. takde ke tiket dr sg besar ke kajang? huh, apa barang.. dekat mcm tu pun nak hadiahkan tiket..

mhi membawa isu ttg pulang ke kampung. menyentuh ttg hubungan kekeluargaan yang sdg berhadapan dgn konflik. kebanyakan pemanggil menyuarakan permasalahan antara ibubapa dan anak. hati begitu tersentuh, berat dugaan yg mereka hadapi. dibuang ibu hanya kerana kahwin dgn pilihan hati, pilih kasih seorang ibu, tidak dilayan seperti seorang anak sprti adik beradik yg lain walaupun tgjwb menyara keluarga dia yg tunaikan sebaiknya. mahu menitis air mata saya mendengar luahan hati seorang anak itu yg hanya mahu ditanya kabar oleh ibunya. rindu pada soalan kamu sihat ke? nak makan apa?

bersyukur lah saya kerana dianugerahi ibu yg menyediakan kesukaan kita tanpa ditanya. mungkin satu masa dahulu saya pernah merasa perasaan seperti kakak tersebut, tapi sekarang tidak lagi. luahan hati seorang kakak yg telah berkahwin dgn pilihan hatinya dan setelah 6 thn berkahwin, dikurniakan 2 orang cahaya mata namun masih blum diterima ibu sejak sblm berkahwin. 'mulai hari ini kau bukan anak aku lagi!'..
tergamaknya seorang ibu menyisih zuriat sendiri hnya kerana mahu mengikut hati dan ego seorang ibu. sanggup dia menjauhkan syurga yg boleh dikecapi seorang anak dr redha dia seorang ibu? sanggup dia memutuskan satu antara penyambung amal yg berterusan jika dia mati nanti iaitu doa dari anak yg soleh? tidak terfikirkah ibu itu, klu dia memutuskan ikatan dgn anaknya, akan mungkin sampaikah doa dari anaknya jika dia mati? tentu jika dia mati, dia masih mahu doa dari anaknya untuk menyelamatkan dia dari seksaan kubur dan pemudah jalan ke syurga. dia menutup pintu syurga anaknya, tapi kerana ego dan angkuhnya dia sebagai seorang ibu, dia telah menutup pintu syurganya tanpa sedar.

seorang ibu tetap seorang ibu. mulianya seorang ibu disebut Tuhan dgn Kalamnya yang indah. menuntut supaya ibu dihormati, disanjung, disayang. diguris sedikit pun tidak diizinNya.
dimuliakan juga seorang ibu dalam bicara Nabi yang tegas. siapa yg patut aku hormati... ibumu.. ibumu.. ibumu.. baru ayahmu.

seorang ibu menjadi mulia kerana hatinya yang bersih, pengorbanannya yang tak boleh ditanding, doanya yang tidak berbelah bagi, kasih sayangnya memenuhi ruang alam, kemaafannya mendamaikan jiwa-jiwa berdosa.

muhasabah diri, kita ibu yang mana? kita bakal ibu yang mana? layakkah menjadi ibu yg dimuliakan Allah dan kekasihNya.

seorang anak.. hanya taat selayaknya untuk dia. jika dia blum menjadi ibu yang kita rindu, usah putuskan doamu walau sekali. betapa buruk layanan dia kepada kita, dia tetap masih mulia.
semoga ramadhan ini dapat menghubungkan ikatan kasih ibu dan anak yg telah menjauh. Ya Allah, kasihanilah.. berilah izinMu untuk kami merasa kasih dari ibu dan kasih yg tidak terperi kepada ibu-ibu kami. kasihMu yg dikirim dgn kasih ibu. kasih yang dirindu..

begitulah rasa dalam hati ini.. aku bkn anak yg baik. aku ingin menjadi anak yg baik. kini Tuhan kurniakan 2 ibu untuk aku merasa kasih mereka. betapa kasih Tuhan pada aku. Nikmat yg jarang disyukuri.

pagi ini, moga hanya ada syukur.
syukur membawa kepada rasa hati yang indah.
pagi yang syukur,
segala yang aku lihat terasa mudah
tiada perkataan gelana
tiada lagi serabut kepala
tiada lagi rasa lemah tak bermaya.
yang ada hanya indah dan segalanya mungkin untuk dilaksana
syukur tuhan
kaulah Yang Maha Pemurah
untuk anugerah perasaan terindah ini.

Design by Blogger Templates