salam tahun baru

assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh..

sedar tak sedar, kita dah melangkah ke tahun baru. baik hijri atau masihi. masing2 dengan azam baru dan coretan lama yg ingin disimpan, dibuang, dipinda dan mcm2. yg manis dan pahit di tahun lalu, tak akan ada seorang pun yg mampu memadamnya dari sejarah hidup seseorang. yg berlaku tetap berlaku. semua yg itu akan menjadi pedoman untuk kita melangkah di thn yg lebih bermakna ini.

2008, bnyk juga perkara penting yg berlaki dlm hidup aku. penghijrahan aku dari bandar ke desa, memulakan perniagaan, membina rumahtangga dan hamil, kini 4 bulan dah :). setiap tahun ada lah lembaran baru utk aku meningkatkan prestasi diri dari semua aspek. walaupun ada terlampau banyak lg yg belum aku hijrahkan.

memulakan 2009 dgn tekad dan azam yg lebih jitu, untuk memajukan perniagaan kecil yg telah aku mulakan tahun lalu. kecil pada mata orang, besar makna di hati aku. pelbagai pandangan, kritikan, sinisan, pujian semuanya aku terima dgn jiwa yg lapang. semuanya harus aku kudap lumat2 dan pelan supaya menjadi zat yg bermanfaat untuk aku di saat2 seterusnya.

Alhamdulillah, ada orang kata rezki anak. Allah permudahkan lorong aku. sekarang tinggal aku yg harus kuat berusaha supaya benar2 rezki ini Allah perluaskan dan permudahkan untuk aku sekeluarga. semalam, 1hb januari, aku dan suami ke kedai perabot utk menambah furniture utk kdai. alhamdulillah, dpt harga yg sgt berpatutan. konon2 nak pi tesco setia alam tp dah dpt harga best kat tg krg buatpe abis minyak gi jauh2.lgpun bli kat tesco bkn bleh tawar harga. lepas zohor gi kdai, ubah kedudukan sedia ada. berubah 90% dr pelan asal. tp mmg jenuh gak la. nak pasang almari dan meja yg br beli, malam br siap. sian kat suami aku sbb dia yg bnyk buat keje berat2, aku tak mampu nak mengangkatnya.klu aku angkat gak kang, terbersalin dlm kdai ni sape yg susah.heheh.. siap susun, kemas, pasang almari, partition, pkl 11.30 mlm br blk rmh. tak siap pn mngemas dan psg meja, pg td aku sambung blk. terima kasih yg tak terhingga pada suami yg bnyk membantu dari semua aspek.

azam tahun baru, azam umur baru. aku dah menjangkau 26 thn pada 25 disember lepas. aku harap aku boleh buang sikap malas yg dah bertapuk lama dalam diri aku ni. taknak la hangat2 tahi kucing. hangatnya boleh mematikan tanaman tak mcm tahi ayam yg boleh dibuat baja dan menyuburkan. (eh, melalut apa ni).

langkah seterusnya utk bisnes aku ni, nak naik signboard, dah dkt sthn, signboard pun takde, nak setelkan lesen kmntrn kwngn, cari pekerja yg berdedikasi utk bantu aku dan aku kna buat marketing la btul2. klu tak, mcmna aku nak byr gaji pekerja tu nnti.
Ya Allah, kau berkatilah, permudahkanlah usaha kami ini ya Allah. segalanta di tanganMu.

usia kandungan aku dah 17 minggu. bgn pagi td rasa besarnya perut aku. sblm ni tak rasa pun. td nak baring dah terasa menghimpit. hihi, takutnya.. moga kandungan ini dan aku dalam keadaan yg sihat, selamat dan dlm perlindungan Allah. takziah buat sahabat2 yg ditimpa ujian semasa hamil, pada along kakak bonda yg kematian kandungan di usia 6 bln (ke 5 bln?), pada ayisah yg keguguran dlm tempoh 3 bln, aku memahami kesedihannya setelah gagal mendapat anak kali kedua. bayi pertama yg selamat dilahirkan meninggal di usia 2 hari. Moga Allah beri ketabahan pada mu, ujian yg berat ini hanya untuk hamba2Nya yg terpilih sahaja, sabarlah dan teruskan doa dan usaha..

hari2 yg lepas, kita dikhabarkan dgn berita menyayat hati saudara2 sehati kita di palestin dibedil lagi oleh musuh laknatullah. apa lagi usaha yg ada oleh mujahidin kita di sana yg sdg bertarung dgn nyawa utk menyelamatkan bumi suci kita dari terus dicemari kuffar2 terkutuk itu. mayat berlumuran darah berhampuran di merata tempat, tangisan yg sudah sering kita dengar, benarkah telah menyentuh iman kita?

Usaha kita di sini? aku bertnya pada diri. kesibukan pada dunia dan hidupku adakah telah mematikan hatiku dari terus berdoa dan membantu saudara dan sahabat kita di sana? berjuangnya mereka utk pertahan agama, tanahair, nyawa, keluarga..
berjuangnya kita di sini,
sudah mampukah berjuang dgn selimut di subuh hari utk mengadap yg Esa?

1 comments:

Mas said...

uploadla gambar kdai yg comey tuh..

Design by Blogger Templates