The Desert and the wilderness

(tajuknya lebih kurang begitu la)

ahad lepas, ada masa melepak di rumah bersama suami tercinta. melayari internet, memahami ttg selok belok ttg blog ni dan sambil2 tu berkesempatan untuk menonton tv.
lebih kurang jam 3 ptg ke 4.30 ptg (saya kurang pasti tentang masa sebenar) saya menekan2 punat remote control tv. terbuka tv2, rancangan omputih (kbtln saya mmg minat tgk citer omputih) mata saya terus lekat untuk tonton kerana ada watak kanak2 dan remaja. biasanya cerita sebegini agak santai dan memberi motivasi.

hati saya sedikit gusar bila melihat ada watak2 serban, nama2 islam dan orang2 arab. biasanya citer omputih klu ada watak arab memang lah tak bleh caya, selalu ada prejudis. saya memaksa diri saya untuk menonton cerita tersbt sampai habis. walaupun niat asal saya untuk mengajak suami ke pekan untuk melihat2 baju raya untuk dia.

tekaan saya tepat, hati saya dan suami menjadi panas. macamana RTM bleh lulus cerita mcmni ni? cerita ttg dua budak di negara arab (saya tak pasti tujuannya) tiba2 terpisah dgn bapa mereka. di sebuah stsyn keretapi mereka ditipu oleh skmpln orang arab yg mengatakan mereka akan dibawa kepada bapa mereka. 2 orang budak ini bernama Stas (lelaki) dan Nel (perempuan) mengikut kmpln ini dgn menaiki unta.di prtghn br mereka diberitahu yg mereka adalah tawanan kepada Mahdi.

dipendekkan cerita, di spnjg pjlnn stas dan Nel, berlaku peristiwa org arab tersbt ingin menyebat 2 budak ini. juga org keprcyaan Stas dan Nel dr kmplm itu mengkhianati mereka. mereka di bawa ke satu tmpt bertmu mahdi, sblm itu mereka diarahkan utk dibunuh. antara kata2 yg membuat saya begitu geram... 'adakah awak pengikut Rasul?' ..'ya' 'klu begitu kamu bunuh mereka(2 budak itu) dgn tangan kamu sendiri. mujurnya arahan itu diterima oleh org yg baik, dia cuba cr jln untk melepaskan budak2 itu. Ada juga bahagian mereka sampai di tmpt kmpln muslim sdg mengerjakan solat, budak2 tu dipaksa untuk turut solat. dan selepas solat ada ceramah yg hnya dirakamkan utk rncgn trsbt perkataan ' al-jihadu fi sabilillah..'
juga dialog 'telah bnyk orang kafir yg mati di tanganku, biar aku yg menghabiskan dua org kafir trsbt!'. dan kanak2 itu dipaksa memeluk islam, klu tak mereka akan dibunuh.

dan macam2 lagi.

cerita trsbt mggmbrkan kezaliman org islam, memaknakan perkataan jihad dgn sesuatu yg keras, tidak berperikemanusiaan.
sedangkan kita semua tahu bahawa Islam tidak memerangi orang kafir dgn sewenang2nya, apatah lagi dia seorang kanak2, tetamu atau tebusan. Islam digambarkan oleh Rasul tercinta Muhammad SAW sebagai sebuah agama yg lemah lembut, berpekerti mulia. Sejarah telah membuktikan Rasulullah begitu berhemah bila berbicara dgn kaum kuffar, kerana akhlak mulia itulah dakwah Islam kepada mereka. dan tiada paksaan dalam memeluk Islam.

dalam prjalanan Stas dan Nel lagi, mereka dipertemukan dgn 2 orang kulit hitam yg dijadikan hamba abda, mereka ini pemuja kepada satu kuasa, roh nenek moyang. akhirnya mereka menjadi kawan baik menghadapi perjalanan mereka yg panjang di padang pasir.
cerita ini juga menggambarkan orang yg mempercayai kepercayaan karut itu lebih baik dr orang yg menganut ajaran Islam. selain menggambarkan kebaikan ajaran kristian.

saya tidak mahu ungkit tentang cerita mengangkat kebaikan agama lain kerana negara kita sebuah negara demokrasi yg boleh mengamalkan ajaran selain Islam.

apa yg menguit hati saya ialah di sebuah negara Islam yg mengangungkan dan mengamalkan islam hadhari boleh membenarkan cerita yg menghina agamanya sendiri.
Klu Belanda menghina Nabi, kita boleh memboikot produk mereka, tp bila Malaysia yg menayangkan rncgn menghina Islam , apa yg kita boleh buat?

saya ingt dgn kepimpinan shaberi Chik selepas PRU ke 12, pemimpin negara mengambil iktibar dengan peranan media kepada masyarakat, rupanya tidak.

bila mahu berubah?

2 comments:

Maryamnour said...

Salam, Awat hang tak habaq kat cek cite tu. Sungguh tak patutla terutamanya dalam suasana panas hari ini berkenaan forum memeluk Islam. Betul, kita bukan persoalkan isu demokrasi tapi sebuah negara Islam Hadhari harus prihatin tentang ini.

Anonymous said...

skrg isu raja petra ditangkap sbb menghina nabi dan islam dalam internet melalui malaysia today.
bila kerajaan yg hina nabi dan islam, siapa patut tangkap siapa?

fikirlah sendiri..

Design by Blogger Templates