rindu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
hanya Engkau yang tahu aku sangat merindukan sahabat2 ku.
yg hanya hadir tika mimpi di malam hari.

maryamnour, nuwairah, munaiya, naurah, ummu, dijahis, che da, kak teh, faiz, along, ana, najm, jiah, mas alina, shahid, lini, faza...

kabarkanlah berita.. sampaikan lah salam, titipkanlah doa, panjangkan seruan..

hidup baru bermula lagi

bagi sesetengah orang.. memulakan hidup hanya sekali. tika keluar dari rahim ibu, disambut dengan azan@iqamat, tangisan yg dirindui ibu ayah... saat itu bermula lah satu kehidupan untuk setiap insan. perjalanannya berbagai.. cerianya berbeza, duka nya tak sama. yang pasti ada yg indah, ada yang suram.

aku.. seringkali merasakan hidup dimulakan semula. sering dan acap. tatkala melihat alam.. ya, ia alam baru untuk aku. sekarang yg sedang aku lalui. banyak lagi permulaan hidup yg aku lalui.
saat kehilangan seorang pelindung keluarga, aku memulakan hidup baru. setiap kali melangkah ke alam menimba ilmu yang berbeza suasananya hidup baru. kerana bagi aku hidup baru itu bermula bila babak baru kehidupan akan datang itu sama sekali tidak akan sama lagi dengan yang lalu.

setelah beberapa kehidupan lalu yg berbeza dan pelbagai, kini aku melangkah lagi ke satu kehidupan baru setelah bergelah seorang ratu untuk seorang suami.
nyata berbeza...
apa yg difikir, apa yg dilihat, apa yang dirasa, apa yang di mahu, apa yg perlu, tidak sama lagi dengan dulu.

sekarang tidak ada lagi hidup utk diri sendiri semata2...
kerana ada dia yg lebih utama untuk kita utamakan.
suami tercinta.

kadang begitu bahagia, kadang begitu suka, kadang begitu terharu, kadang begitu hiba, kadang begitu sayu, kadang begitu indah, kadang begitu keliru..
proses transisi alam lama ke alam baru kadang menghiris perasan orang tersayang, kadang meluka hati sendiri.

pada suami, maafkan atas segala yg melelahkan dirimu.
pada diri, sabarlah.. kau begitu bahagia sekarang.
ucapkan syukur pada Allah kerana menghampirkan dia untuk kamu supaya bertambah ingat kamu kepada Dia yg menghadiahkan anugerah terindah ini.
Alhamdulillah...

...................................................

Design by Blogger Templates