salam ramadhan..

sudah 5 hari ramadhan berlalu. apa yg telah aku kutip untuk bekalan Di Sana nanti?
rutin harian sebagai seorang isteri dijalanani seperti biasa. bgn pagi panaskan lauk untuk suami, menyediakan sahur seadanya. biasanya hanya panasakan lauk berbuka. sepanjang puasa bbrapa hari puasa, baru sempat skali aku masak untuk hidangan berbuka. keadaan diri kurang mengizinkan. sejak pulang dari kampung kedah, demam la plak.. agaknya aku tak tahan aircond dalam keta tambah plak cuaca tak menentu dgn hujan spjng perjalanan pulang ke rumah. buat pertama kali aku drive keta dari kedah, tapi kejap jela.. sampai perak aku tukar blk ngan abang. hujan lebat sgt, rasa tak confideny nak bawak keta, aku kan driver amatur. sblum tu aku drive sbb abang sakit kepala. kesian kat dia. tak sangka sampai rmh, esok tu aku plak yg demam. mula2 demam, hari ke 2 tambah ngan selsema, hari ketiga tambah ngan sakit tekak, hari keempat hari ni la tu, tamah ngan batuk berkahak ngan dah takde suara.

pagi ni aku terkandas nak pi keje. dpn rumah aku ni ada pasar tani, block jalan nak kuar. sblum ni pun macam tu gak tapi ada laluan keluar dr gate masjid tepi jalan pasar tu. tp pagi ni gate masjid tu kunci plak. terkandas aku di dpn pintu pagar masjid. so, park blk keta dpn rumah, buatk keje dlm rmh. spptnya pagi ni aku nak gi jmpa customer amik deposit utk job order dia buat kad raya. mlm tadi ngan abang gi jumpa dia kat d'muara resort. tak sangka dia salah sorang dari shareholder resort tu. bkn calang2 orang gak.

hari ni plan nak gi majlis daerah, nak renew lesen majlis sementara. nak amik lesen gantung iklan bunting kat tepi jalan. apasalla kna bayar. satu bunting kna bayar rm10 sebulan. klu banner rm30 sebulan. klu ada 10 keping.. sebulan kena bayar tu.. mak aii.. aku duk bayang bape banyak billion, kdai kain suria invest utk iklan ni. sepanjang jalan tu ada je iklan dia. kata la adala 100 keping.. dah rm100o utk sebulan, tgk mcm berbulan2 je gantung. tu tak kira kos buat bunting lagi. dapat projek ngan billion pun ok. mcmna ntah nak masuk. hehe.

dalam seminggu ni ada sekali je br masuk kedai, hr ni nak gi, terkandas plak. jap lagi pegi la. ada customer nak dtg diskad kad kawen. bulan puasa ni ramai yg amik pluang bisnes mknn.. aku tak reti la nak bisnes mknn ni. takpela.. aku bisnes kad raya pun takpe. klu boleh dapat stok kad raya cara consignment ke.. bleh gak aku baut satu stall jual kad raya di celah2 orang jual lauk-pauk ke kuih muih tu. ekekekke. bleh ke.

azam aku bulan ramadhan ni harap sangat dapat kutip peluang2 yg jarang sekali dapat kita temui,setahun sekali itupun andai ada umur di thn akan datang.

ramadhan pertama bersama suami, impikan ramadhan yg indah. beribadah bersama, bersahur dan berbuka dgn teman hidup, solat jemaah, qiamullail dan bertadarus. harapnya dapat la sampai hajat ni. satu lagi perkara yg aku sdg semat dalam hati, kurangkan rasa berkecil hati pada orang2 sekeliling, terutama pada si dia. moga Allah dapat berikan aku kesabaran dan kesabaran itu moga diganjarkan dgn nikmat syurga di akhirat nnti.

ramadhan bulan tarbiah, bulan mendidik diri, bulan training. apapun yg berlaku, moga kesabaran yg terdidik sepanjang kursus ni, dapat dipanjangkan ke perjalanan hidup yg lebih panjang nnti. menjadi seorang hamba Allah yg taat, redha dan syukur.. menjadi seorang isteri yg solehah, sabar dan penyayang.. menjadi seorang anak yg sentiasa menyenangkan hati orang tua. dan tak lupa juga moga dapat mengembalikan semangat utk menjadi seorang usahawan wanita islam yg berjaya dan cekal.

Ramdhan yg dijanjikan dengan pelbagai nikmat, rahmat, keampunan dan naunganNya.. moga Tuhan izinkan kehadiran insan ke tiga penyambung zuriat, penyeri hidup kami. AAminn ya Allah.

0 comments:

Design by Blogger Templates