murahnya sampin berharga RM25,000!

salam semua..

sekarang sambil membuat design bisnes card customer, telinga saya mencapang dan mata saya sesekali mengelih ke television. tgh rancangan wanita hari ini. tadi ada promo wah chan, apa lagi barang kemas. orang kata wanita melayu tak boleh dipisahkan dgn emas (dlm dialog faruq -lara rindu mahsuri), tapi bukan untuk saya buat masa ini. mungkin sebab kemampuan yang terbatas agaknya.
seorang pengacara menggayakan set barang kemas wah chan, cincin berharga rm10,000 dan rm79,000.. dan keseluruhan yang dipakainya berharga rm420k! selepas diskaun 70% harga tingga rm126k sahaja! .. wah, betapa murahnya.. isy, isy.

dalam kegawatan ekonomi, paras kemiskinan yg smkn meningkat tak sangka ada yg mampu membeli barang kemas sahaja bernilai ratusan ribu. takde sapa yg kata membeli emas merupakan perkara yg merugikan sbb membeli emas adalah satu pelaburan yagn menguntungkan. bila nak kaya nih ? (hehehe)

minggu lepas dgr promo habib jewel, set butang baju melayu serendah rm800, 900 sahaja. wah, wah, klu perompak dapat butang baju melayu saja pun dah kayo! klu beraya dgn set butang baju melayu rm800 alamat jinjang lah leher, mendongak la kepala, mendabik la dada. klu tak, tak nampak la butang baju melayu yg harga semurah rm800 tu. sia-sia je, nnti orang ingat beli kat pasar malam je. yela.. yg kat pasar malam pun boleh tahan kilauannya.

Puan wakil habib tu kata, apa la sangat butang baju berharga rm900 klu nak dipadankan dgn sampin berharga rm25,000. wah.. wah.. kaya-kaya orang Malaysia ni, sampin yg dipakai sekali seumur hidup di hari raya tu berharga rm25,000!.. aku cuma boleh kata mereka ini adalah golongan orang gila!

apa pentingnya sampin berharga rm25k? selesa sgtkah? klu tak seselesa berharga rm25k pinggang akan patah ke? perut akan nampak boroi ke?
bergaya sangatkah? menjaga status sgt kah?

pernah kah golongan2 ini fikir sebelum memakai sampinnya, harga sampinnya boleh mengisi ribuan perut rakyat miskin yg kebuluran, kelaparan dan keleperen.
harga cincin bernilai rm79k tu klu diberi modal kepada usahawan2 muda baru (mcm aku la kot agaknya.hihiihi) dia boleh mengembangkan perniagaannya dan membantu meluaskan rezeki orang2 yg bekerja di tempatnya bila dia berjaya.

besarnya pahala orang2 kaya ini klu mereka tahu menyalurkan dan mengagihkan kekayaan yg mereka ada. perlu ke bergaya di hari raya dgn nilai pakaian ribuan dan ratusan beribu?

Islam mmg mahu umatnya kaya dan tidak hidup dibelenggu kemiskinan tapi perlukah berlebihan? terlalu bnyak amal islam yang memerlukan dana yang besar. alangkah indahnya jika ramai hartawan mengambil bahagian untuk membantu mengatasi masalah ummah.
terlalu ramai umat Islam di dunia yg hidupnya kais pagi makan malam, tidak mendapat pendidikan yang baik, kehancuran rumahtangga, masalah negara, peperangan dan sebagainya.
dalam kesempitan tapi ada umat Islam kita yang mampu berhari raya dgn sampin bernilai rm25000, bercincin rm79,000, berbaju rm5,000 (eh,logik ke sampin rm25,000 baju rm5000 ni), berlangsir ratus ribu.

oh, saya lupa, mereka kan orang kaya.. klu sampin berharga rm25k, mestilah zakat dan sumbangan yg mereka telah berikan berjuta-juta dan berbillion jumlahnya. semua tu kecik je. rm25k mcm rm25 jer.. klu rm25 tu mcm tak pernah dgr agaknya. takpelah.. mereka orang kaya. betul ke takpe?

0 comments:

Design by Blogger Templates