menagih kekuatan

salam..

jarang2 dapat menulis. selalunya terkarang di hati dan kepala sahaja. bersusun kata2 untuk ditumpahkan di ruang ini tapi lazimnya tidak berkesempatan.

kali ini saya mahu tulis tentang impian yg sdg saya usahakan. berjaya? susah untuk diukur. pagi tadi saya mendengar satu rncgn tv ttg satu plan perniagaan.. mereka kata modal rendah saja, dalam rm20 000. wah, rendahnya modal yg mereka laburkan! mereka tak mahu bertanya saya? brapa modal yg saya habiskan untuk memulakan impian ini.

dalam saat ini, jgn kan 20k, 10k pun tidak mengapa utk saya kmbgkan apa ygtelah saya bina. memang lah lagi besar yg kita labur lg tinggi risiko yg kita tanggung. tp lg besar risiko lagi tinggi bakal pulangan yg kita akan dapat. sebab tu tak hairan ramai yg berani melabur dgn menghabiskan simpanan, bekerja teruk2, meminjam, bergolok gadai untuk melabur jila mereka yakin dgn pulangan yg mereka akan dapat walaupun risiko begitu besar. pulangan belum pasti.

aku? aku mngkn bukan org yg benar2 berjiwa bisnes. sbb aku mmg tak brani nak menghadapi risiko yg aku tak mampu tanggung. jadi sederhana je la yg sesuai. dari yg sedikit ini, aku berazam untuk menjadikannya berjaya. bukan tak ada contoh orang2 yg berjaya yg hanya bermula dgn modal yg kecil. aku harap aku akan mengikut jejak langkah mereka.

cuma sekarang ini, mmg pening gak bila pk nak membesarkan bisnes. rasanya dah berbulan gak kdai aku beroperasi, impian di hati nak buat lebih hebat, lebih besar dan lebih maju. aku kna pk mcmna nak atasi semua ini. perlukah aku buat sprti skrg, biasa2 je. tak perlu maju sgt. lagipun aku kan baru, klu dasyat2 nnti tersungkur tak mmpu nak bangun plak. belajar dulu skit2. tp klu skt2 bila nak maju?

perancangan tu ada. brani atau tak nak laksanakannya. perlukah buat pinjaman? sanggupkah aku menghadapi risiko ? klu orang lain berebut2 mngisi borang mohon pinjaman. sanggup mengata, menyumpah kul tak dapat pinjaman. aku? isy.. aku mmg tak brani. masih nak mendaki bukit dgn bertatih. tp baru suku bukit rasa dah tak larat la plak. agaknya silap strategi kot. sebenarnya bkn pinjaman je jalan yg ada. takde ke orang kaya yg nak bantu aku ni. isy, tunggu tuah runtuh dr langit agaknya.

susahla ckp kat blog ni, cakap mesti putar belit, mesti orang tak faham aku ckp apa. apa impian aku? bisnes apa? masalah apa?

susah plak aku nak citer. takpelah, bkn nak citer sgt pun, nak meluah jer.
tkade masalah apa pun. skrg ni yg pntg aku kna disiplin. mcm kata bonda, dia kena berdisiplin supaya tak menangis di kemudian hari. alahai... aku ni mcmna la,
takplah, skrg ni aku br buat blog utk bis aku. www.hailahprint.blogspot.com. tak mahir lagi dgn function2 dlm blogspot ni. harap ada yg ajar aku bg blog tu sesuai sbg alat promosi perniagaan aku, sila tunjuk ajar yer.

ok la. nak pi kdai ni, hjn lebat btul kat luar. dah lama tak hujan lebat mcmni. agaknya nak ramadhan kot.
dah nak ramadhan, welcome ramadhan.. moga kerinduan ini begitu bermakna. yg lepas begitu sesal, masih adakah barakah untuk aku melalui yg nikmat di ramadhan kali ini? ampunkan dosa2ku yg telah lalu ya Allah.. aku terlalu mengikut kata hati dan nafsu. izinkan aku Ya Allah, untuk kembali mengutip sinar2 baru.

0 comments:

Design by Blogger Templates