Pagi Yang Indah :)

salam kasih pada semua, salam ramadhan kareem.

sudah separuh ramadhan kita lalui. prestasi pribadi yang mengecewakan. janji untuk memaknakan bulan mulia ini tidak aku tepati. hari ini aku memaksa diri mengingat janji pada diri untuk menunai azam yg dipatri.

Pagi yang begitu indah hari ini, sungguhpun bgn bgtu lewat, masih sempat bersahur dgn mkn nasi dan lauk yg tak sempat diperangat, air milo panas dan beberapa biji tamar. alhamdulillah, moga berkat sahur sempat dikutip. masa yang suntuk tidak memungkinkan untuk qiam, tp masih terasa indah. seusai solat subuh, diberi izin untuk membaca ayat suci. terlalu ketinggalan untuk mengejar khatam al-quran 30 juzu' di ramadhan ini. takpelah, bkn khatam quran yg perlu dikejar, tp penghayatan pada isinya yg perlu dititikberatkan.. hai.. aku memujuk diri.
tidak seperti pagi biasa yg malas, selalunya entah kenapa ringan saja kaki mencari bantal dan selimut hingga matahari menyapa pagi padahal di bulan bkn rmadhan tidak begitu pun. pagi ini aku berazam untuk memanfaatkan pagi. sudah ramai guru yg berpesan, terlalu bnyk kebaikan dan manfaat yg ada di pagi hari untuk mereka yang tahu memaknakannnya. aku menyesal kerana selalu mengabaikan perkara penting ini.

menguatkan semangat dgn mencari sesuatu yg boleh dilakukan. 'iron' pakaian suami ke tempat kerja, baju sendiri juga. mengemas dapur dan menyumbatkan baju ke mesin basuh untuk dibasuh, mujur ada tukang gaji yg menyenangkan ni :). sambil2 itu, skrin tv dibiarkan terbuka. mendengar celoteh mazidul dan abby, berita pagi. indahnya pagi kerana mendapat ilmu dan info. aku mmg tak suka nak beli dan baca paper, klu bleh mendengar saja lebih baik sbb tak perlu fokus untuk itu saja. klu mendengar kita bleh membuat kerja yg lain pada masa yg sama. mcm2 isu, peralihan kuasa paklah dan najib, impian pakatan rakyat ttg perubahan kerajaan, tak ketinggalan isu2 meloyakan, menggerunkan dan khabar indah dr seluruh negara.
tv3 menghadiahkan tiket percuma kepada penonton untuk pulang ke kampung. destinasi ke alor star, kota bharu, terengganu dan johor bharu. gembira rasanya mendgr pnonton yg berjaya mendapat tiket, cemburu pun ada juga. takde ke tiket dr sg besar ke kajang? huh, apa barang.. dekat mcm tu pun nak hadiahkan tiket..

mhi membawa isu ttg pulang ke kampung. menyentuh ttg hubungan kekeluargaan yang sdg berhadapan dgn konflik. kebanyakan pemanggil menyuarakan permasalahan antara ibubapa dan anak. hati begitu tersentuh, berat dugaan yg mereka hadapi. dibuang ibu hanya kerana kahwin dgn pilihan hati, pilih kasih seorang ibu, tidak dilayan seperti seorang anak sprti adik beradik yg lain walaupun tgjwb menyara keluarga dia yg tunaikan sebaiknya. mahu menitis air mata saya mendengar luahan hati seorang anak itu yg hanya mahu ditanya kabar oleh ibunya. rindu pada soalan kamu sihat ke? nak makan apa?

bersyukur lah saya kerana dianugerahi ibu yg menyediakan kesukaan kita tanpa ditanya. mungkin satu masa dahulu saya pernah merasa perasaan seperti kakak tersebut, tapi sekarang tidak lagi. luahan hati seorang kakak yg telah berkahwin dgn pilihan hatinya dan setelah 6 thn berkahwin, dikurniakan 2 orang cahaya mata namun masih blum diterima ibu sejak sblm berkahwin. 'mulai hari ini kau bukan anak aku lagi!'..
tergamaknya seorang ibu menyisih zuriat sendiri hnya kerana mahu mengikut hati dan ego seorang ibu. sanggup dia menjauhkan syurga yg boleh dikecapi seorang anak dr redha dia seorang ibu? sanggup dia memutuskan satu antara penyambung amal yg berterusan jika dia mati nanti iaitu doa dari anak yg soleh? tidak terfikirkah ibu itu, klu dia memutuskan ikatan dgn anaknya, akan mungkin sampaikah doa dari anaknya jika dia mati? tentu jika dia mati, dia masih mahu doa dari anaknya untuk menyelamatkan dia dari seksaan kubur dan pemudah jalan ke syurga. dia menutup pintu syurga anaknya, tapi kerana ego dan angkuhnya dia sebagai seorang ibu, dia telah menutup pintu syurganya tanpa sedar.

seorang ibu tetap seorang ibu. mulianya seorang ibu disebut Tuhan dgn Kalamnya yang indah. menuntut supaya ibu dihormati, disanjung, disayang. diguris sedikit pun tidak diizinNya.
dimuliakan juga seorang ibu dalam bicara Nabi yang tegas. siapa yg patut aku hormati... ibumu.. ibumu.. ibumu.. baru ayahmu.

seorang ibu menjadi mulia kerana hatinya yang bersih, pengorbanannya yang tak boleh ditanding, doanya yang tidak berbelah bagi, kasih sayangnya memenuhi ruang alam, kemaafannya mendamaikan jiwa-jiwa berdosa.

muhasabah diri, kita ibu yang mana? kita bakal ibu yang mana? layakkah menjadi ibu yg dimuliakan Allah dan kekasihNya.

seorang anak.. hanya taat selayaknya untuk dia. jika dia blum menjadi ibu yang kita rindu, usah putuskan doamu walau sekali. betapa buruk layanan dia kepada kita, dia tetap masih mulia.
semoga ramadhan ini dapat menghubungkan ikatan kasih ibu dan anak yg telah menjauh. Ya Allah, kasihanilah.. berilah izinMu untuk kami merasa kasih dari ibu dan kasih yg tidak terperi kepada ibu-ibu kami. kasihMu yg dikirim dgn kasih ibu. kasih yang dirindu..

begitulah rasa dalam hati ini.. aku bkn anak yg baik. aku ingin menjadi anak yg baik. kini Tuhan kurniakan 2 ibu untuk aku merasa kasih mereka. betapa kasih Tuhan pada aku. Nikmat yg jarang disyukuri.

pagi ini, moga hanya ada syukur.
syukur membawa kepada rasa hati yang indah.
pagi yang syukur,
segala yang aku lihat terasa mudah
tiada perkataan gelana
tiada lagi serabut kepala
tiada lagi rasa lemah tak bermaya.
yang ada hanya indah dan segalanya mungkin untuk dilaksana
syukur tuhan
kaulah Yang Maha Pemurah
untuk anugerah perasaan terindah ini.

1 comments:

Edaran Husna (KT 0386368-K) said...

Wslm, hurm great.. samping rm25k.. memang orang @%^$ je yang sanggup pakai..dunia akhir zaman..

Design by Blogger Templates