Setahun.. Dia yg teristimewa
Dia
Insan yang hadir di sisi
menjadi pendamping
anugerah terindah
hadiah dari Illahi
sabarnya menenangkan
tenangnya menyejukkan
ketawanya menghiburkan
diamnya mendamaikan
dia pendamai hati
siapa pernah duga
dia yg dipilih
untuk mengharung onak badai
meredah duri berbisa
menghirup nikmat dan rahmat bersama
mengecap semua di persinggahan sementara
aku yang masih belum bisa
memberi apa yg dia tidak perlu minta
menghadiah apa yg perlu dia terima
hanya gusar dan resahku
menjadi halwa dengarnya saban hari
hanya alasan dan rungutku
menjadi muzika rutinnya
dia hanya tersenyum
faham dan tidaknya
seupaya dia meyakinkan
dia mengerti
dia memahami
dia sentiasa di sisi
supaya aku tabah
supaya aku lekas menguntum
sebuah senyum manis
untuknya yang juga lelah
seharian di medan rezki
untuk kami
anganku begitu besar
impianku begitu tinggi
citaku begitu luas
pada diriku untuk lebih berbakti
pada insan paling utama
dalam hayatku
kerana kasihku
yang tak mungkin setinggi kasihnya
moga redhanya menjadi pembuka
untuk aku mencapai redha yang lebih Agong
kerana itu dia dikurniakan
untuk aku mencari cinta hakiki
bersama illahi..
Insan yang hadir di sisi
menjadi pendamping
anugerah terindah
hadiah dari Illahi
sabarnya menenangkan
tenangnya menyejukkan
ketawanya menghiburkan
diamnya mendamaikan
dia pendamai hati
siapa pernah duga
dia yg dipilih
untuk mengharung onak badai
meredah duri berbisa
menghirup nikmat dan rahmat bersama
mengecap semua di persinggahan sementara
aku yang masih belum bisa
memberi apa yg dia tidak perlu minta
menghadiah apa yg perlu dia terima
hanya gusar dan resahku
menjadi halwa dengarnya saban hari
hanya alasan dan rungutku
menjadi muzika rutinnya
dia hanya tersenyum
faham dan tidaknya
seupaya dia meyakinkan
dia mengerti
dia memahami
dia sentiasa di sisi
supaya aku tabah
supaya aku lekas menguntum
sebuah senyum manis
untuknya yang juga lelah
seharian di medan rezki
untuk kami
anganku begitu besar
impianku begitu tinggi
citaku begitu luas
pada diriku untuk lebih berbakti
pada insan paling utama
dalam hayatku
kerana kasihku
yang tak mungkin setinggi kasihnya
moga redhanya menjadi pembuka
untuk aku mencapai redha yang lebih Agong
kerana itu dia dikurniakan
untuk aku mencari cinta hakiki
bersama illahi..
Dia.. suamiku
dedikasi buat abg
Selamat hari Ulang tahun perkahwinan
Moga cinta kita berada dalam rahmat Allah
Posted at 8:24 AM | Labels: peribadi |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment