Harith.. Harith.. Harith



Harith.. Harith.. Harith





mm... sebenarnya banyak nak tulis. pasal majlis aqiqah dan cukur rambut Harith, pasal adat berpantang org melayu, ttg isu skrg krjn perpaduan dan mcm2 lagi. tapi mmg tak sempat la. selain 24 jam menjaga Harith, saya juga berkongsi waktu itu dengan kerja2 saya. pagi selepas siap menidurkan Harith, laptop wajib dibuka utk menyiapkan tempahan pelanggan.. kena buat design, order dn mcm2. spjg hari, walaupun sdg menyusu, jika hp berbunyi , pasti bangun dan jawab fon. selalunya dari pekerja saya di kedai bertanya itu ini ttg kerja dan kdg kol dr plggn. konon dlm pantng nak cuti bekerja tp nmpknya sama saja..



lepas ni nak bwak Harith gi kedai.. ntah ler, boleh ke tak jaga Harith dan buat keje pada masa yg sama. harapnya dia masih baik dan lebih baik lagi dari sekarang. Alhamdulillah, menjaga Harith sgt menghiburkan. dia tak bnyk kerenah. suka tgk ragam dia yg suka buat mcm2 aksi, bunyi, mimik muka. wlupun berada di sisi dia spjg wktu, memandangnya tak pernah puas, Subhanallah..



syukran pada sahabat2 yg dtg hari knduri aqiqah walaupun lewat. sori, lauk pauk dah bnyk abis, tgl sika bika je.. bonda maryam, mak wani, mama huda (pngln br sbb dia nak jd ibu susu Harith,hehe).. faiz dan ummu.



kat cn nak upload gmbr je, klu berceloteh, x ckp blog dan nnti tak buat keje plak. hehe..



Senyum seorang ayah.. masa majlis berzanji

apa la yg diorang buat ni.. x kisahla yg pntg lenaku tdk tergugat











apa bnyi bsg2 kat kpala aku ni..
tlg, tlg, ada org curi rambut cun saya!







bape tahil perak rambut ni?



Alhamdulillah, dah solesai.. sonang hati den.




naik stroller hadiah dr kak wina pakai baju yg mama huda bg... seksi la mama huda..hehe


phewitt...








apa ni... kaco org nak tdo nih






kena teman ibu buat keje da.. (gmbr masa tgh taip blog ni)


Potong kuku Harith..

kesan darah yg msh ada kat kuku harith

kisah sadis seorang anak kecil..

sblm ini mmg saya yg potongkan kuku harith.. hari ahad lps, abu harith belikan ketip kuku br kecil utk harith. smlm sy bgtu teruja utk mmtg kuku harith yg sdh sgt pjg. kukunya yg pnjg selalu mencederakan dirinya sndiri. bercalar balar bdn dn mukanya bila sarung tgn tertanggal. biasanya sy ptg kuku masa dia tdr, aman skt. smlm sblh tgn smpt sy ptg masa dia diam.. sblh lg x smpt. dia sudh sgt aktif. sy geram nk ptg jgk jd upah susu sambil ketip kuku.. kerana kecuaian sy dan sifat tak sabar itu, saya ptg kukunya masa menyusu dlm keadaan yg kurg selesa.. tiba2.. uwa...hu ..hu..!! harith menjerit sekuat hati. biasanya waktu mnyusu buatla apa saja, dia buat xtau je. saya panik dan tgk jari harith.. saya terketip dgg di bawah kuku skali sampai berdarah.. huhu.. sian harith. saya pjk2 harith seketika dan upah susu lg.. dia diam. kmdn, sy sapukan gel gamat kat jari dia.. huhu.. kesian dia. seorang ibu mencederakan anaknya. sampai ke mlm rs bersalah x abis lg.sy sntiasa peluk harith, tnda maaf sy pd dia. mlm td sampai mimpi darah kat jari2 harith mengalir2. isy..

pengajran utk saya.. buat kerja kna bertenang. Harith., ibu mintak maaf. ibu tak sengaja tapi ibu tau ibu dah cuai. ibu tau anak ibu hero mcm ayah (ayah ckp). skjp je jerit. pastu dah bleh senyum2 dan main.

nenek ngan atok taktau.. klu tau abihla ibu. yg baca blog ni.. syyy... jgn btau kat nenek harith tau.


saya renung anak ini.. bersyukur kepada Allah. mengenang saat bersalin, saya pada masa itu hampir hampa apakah anak ini akan selamat dan sempat menerima kasih sayang ibu ayahnya. Alhamdulillah.. setakat ini, Harith mkn sihat, cergas, aktif, lasak, kuat.. di usia 3 mngu dia sdh bleh mgangkat kepalanya sndiri bila ditiarap, skrg sdh cuba2 angkat bdn dgn kekuatan tangannya. tendangan kakinya seperti pemain bola sepak negara.. aduss..

bersamanya kdg buat saya tak pernah rasa dia adalah bayi kecil yg blm pun sebulan. dia seolah sudah boleh memandang tepat ke arah saya bila saya di sisi dan berbicara dgnnya. dia sudah pandai buat nada dan intonasi geram dan marah jika ada yg mengganggunya. dia jg sudah pandai senyum dan gelak. walupun itu semua adalah mustahil utk bayi kecil sprtinya mmbuat komunikasi sosial, sya anggap semuanya anugerah untuk saya spy lbh gembira menjaganya.

setiap pagi dan ptg, saya akan bacakan doa agar anak ini menjadi insan cemerlang nnti.. di kala menyusukannya, akan saya alunkan zikir spy lembut hatinya dgn mengenal Allah dan tenang dalam iman dan islam. saya tidak tahu apa cara yg terbaik di saat ini utk memulakan tarbiyyah awal untuk menjadikannya insan hebat di masa depan.

harapan terlalu besar untuk melihat dia menjadi lebih dari seorang manusia. tanggungjawab itu ada pada ibu ayahnya.. anak2 dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapalah yg akan mencorakkannya menjadi warna hitam atau putih atau warna warni. memikirkannya sgt takut dn bimbg..

semuanya mestilah bermula dgn tarbiyyah ibu ayah itu sndiri.. bapa borek anak rintik..
saya perlu terus muhasabah dr, menjadi ibu cemerlang.. yg kelak menjadi contoh kepada anak2. sekarang terlalu lalai dan rapuh. saya perlu kuat untuk membina usrah salimah ke arah mujtama' muslim menuju daulah islamiyyah.. ececece..

saya kan ibu. tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia!
(tapi saya tak hayun buai,.. buai takda-x bgs utk keshtn dn prkmbgn anak)

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Alf mabruk atas kelahiran orang baru dalam hidup Tipah n suami.. Comel! geram nak cubit pipi dia.. Semoga Harith jadi hambaNya dan anak yang soleh, penyejuk mata dan hati mama dan abah.. Kak Long teringin nak gi melawat, tapi diri ini pun masih dalam pantang jugek. Dapat tahu Tipah bersalin dari Mastura. InsyaAllah ada jodoh dan kelapangan nanti kita jumpa ye.. Take care..

Kak Long Zaim

Design by Blogger Templates