Setahun.. Dia yang terindah.


Setahun.. Dia yang terindah. Muhammad Harith Fahmi.

Tidak aku sangka, setelah aku menyiapkan sajak buat suami, setahun, Dia yang teristimewa dalam posting yang lepas jam 11 lbh.. mngucapkan selamat kepada suami yang jauh, ulangtahun yang pertama.. mlm itu aku tidur dgn lena. jam 3 pagi, aku bangun kerana terasa lain.. dah turun air. senyap2 aku turun ke bilik air, memastikan keadaan diri, naik ke blk, siap brg utk ke hospital dan panggil mak beritahu.. mak.. dah nak bersalin. nak gi hospital. kasihan pakcik, di kala tgh sedap tidur perlu bgn utk menghantar aku. pakcik cuba kejutkan jiran2 sebelah untuk teman bawa aku ke hospital kerana pandgn matanya di malam hari yg kurang baik. masing2 x terjaga dgn panggilan pakcik kecuali pakcik indon blkg rmh yg sdh dianggap saudara sndr yg jaga dan bawa kereta ke hospital..


tak perlulah cerita situasi sblm bersalin tu, hanya Allah yang menjadi ingatan. aku slamat bersalin jam 10.10 pagi pada 2 hb jun 2009.. lahir lah seorang permata hati yang selama ini berada dlm rahimku di hospital kajang. keadaan aku yg kurang stabil mnybbkan aku kuar dari labor room jam 5.30 ptg.. pindah ke wad acutic. melht org lain bersama anak terasa begitu hiba tapi keadaan diri yang masih separuh sedar kurang terasa sdkt. anak ke SCN untuk rawatan rapi kerana mengalami masalah pernafasan selepas lahir. hanya keesokan hari dgn bantuan abg aku ke SCN dgn berkerusi roda. sedihnya tgk anak.. dgn bantuan pernafasan, air, duk bwh lampu.. terasa bersalah dalam diri.. aku yang bersalah... kerana ketidakpandaian aku, along perlu melalui saat itu.
Thanks to Hairin yg datang melawat ptg hari aku bersalin. Thanks atas nasihat2 dan informasi dari Hairin selaku orang yg telah berpengalaman. thanks gak kat amrina yg juga memberi bbrapa pesanan untuk menjaga diri ketika berpantang. klu ikut aku, abih la, belasah jer..




along bawah lampu..






along pakai spec putih.. encem




Doktor kata Along kena jaundice dan congenital pneumonia.. setelah 2 mlm aku di wad acutic, aku pun pindah ke SNC untuk jg Along. di SNC aku belajar menjadi seorang ibu. belajar menyusukan bayi, membedung.. dan mcm2.. maklumlah aku kan anak tunggal, mmg seumur hidup aku x pernah aku urus bayi. cuma dalam keadaan yg agak2 bengong sbb blm blk rmh dr bersalin, bdan dah lemau. bengkak2. thanks to abg yg dtg setiap waktu melawat bawakkan mknn utk aku dr rmh. biasa la mknn utk org dlm pntg, terliur tgk lauk2 spital yg sedap2 tu. thanks to mak yg bersusah payah setiap hari.
along umur 3 hari

selepas 5 hari aku dan Along pn pulg ke rmh. doktor kata kuning Along dah trn ke 8.2, x serius bleh blk, .. semua tgh merinduinya. sejak lahir hnya aku dan suami yang pernah melihat Along. blk tu along dikerumuni sepupu2nya yg ramai. dlm kegamatan dan keriuhan tu along yg baik senyap je. aku pn tgl je la along kat sedara2 utk tgk dia.




cak ba!! along x pakai baju.. mcm muka sape?

sekarang dalam proses berpantang kat rumah kjg.. melalui rutin hidup sebagai seorang ibu yg br melahirkan. tidak ckp tidur tu biasa la.. tp along baik, x susah mana jg dia. rutinnya yg setiap jam akan bgn utk menyusu. cuma along rindu kat ayah dia, blm sempat dia tgl ngan ayah dia lg.. ayah along di sana mencari rezki..

Along dah ada nama.. MUHAMMAD HARITH FAHMI.. terpanjang plak.. nak bg nama HARITH FAHMI je tp ramai yg suka ada Muhammad.. Harith sbb ada dalam hadis, antara nama yg plg disukai Allah.. Fahmi tu faham2 je la.. hehe.

tgh dlm pntg ni.. pantang org tua2 tgk aku gi ngadap laptop ni.. heheh.. dah masuk keje, zaman teknologi, nk buat keje di mana jua bila masa pun takpe.

Terima kasih kepada semua yagn mendoakan kebaikan kami, yang datang menziarah seawal aku bersalin, Hairin, Wani dan Mastura.. yg x pts hntr msg. maaf jika tak terlayan. awal2 tu blm berkudrat lg :)

Selamat utk sahabat2 yang bakal melahirkan espc to Bah and Dijah yg menunggu masa penuh debaran.. tak yah risau pape, saya yg rasa mcm antara yg teruk bersalin pun terasa dah nak tambah angah, acik, uda, alang.. dan seterusnya.. hehe. maksudnya bersalin tu nikmat. best bila dah melalui saat2 yg selama ni sgt mendebarkan kita ibu pertama.



3 comments:

zamry said...

Tahniah...Moga menjadi anak soleh

Liana Soleha said...

Kak Tipah, tahniah ek...nape baby nampak mcm dh beso?hehe...tahniah akak...mg Muhammad Harith Fahmi besar jadi ultraman..hehe tak, ultraman utk Islam...take care.

Maryamnour said...

Aduh Pah, luruh hati tengok Harith. Bila la aku nak p lawat dia. Sumayyah pun tak smpt tgk lg. Nanti yer. Sabar ye Harit tunggu nenda

Design by Blogger Templates