Tahniah, sahabat2ku

Tahniah sahabat2 ku..

berita perkahwinan khadijah dan najibah masih panas. Gambar-gambar mereka pun belum habis ku tatap. kini sudah terima berita baru, khadijah sudah hamil :), alhamdulillah... najibah masih bimbang untuk melakukan test. ada rezeki insyaAllah. syukur, jika belum, redha dan sabar itu lebih manis. kalian belum sebulan melafaz akad. warga2 az yg bakal bergelar makcik2 pasti teruja. giliran kalian juga akan tiba nanti.

Tahun ini kalendar diisi dengan tarikh2 kenduri, tahun hadapan, kalendar diisi dengan kelahiran cahaya2 mata :), Farha, mastura, matus, nazihah, khadijah.. dan lain2 yg aku tak tahu.

tiada apa yg ingin dicoret kali ini, kala begitu mencurah ide, kesempatan waktu begitu menghimpit. aku harus pandai mencuri. mencuri masa. ya.. rasa begitu letih sekarang. nape yer.. mmg begini agaknya di fasa ini. aku perlu kuat dan terus gagah. orang kata di awal kehamilan tak bleh angkat berat. aku tak punya pilihan. kerja yg aku pilih membuat aku tidak punya pilihan. hanya doa ku panjatkan, moga semuanya selamat. memang terasa akhir2 ini begitu letih dgn bebanan kerja. untung tidaklah besar, kerjanya agak remeh. perlu membawa kerja pulang dan terus bekerja di rumah. merompak waktu rehat aku dan suami. rumah juga sudah tidak terurus. apa perlu buat. kerja harus dibuat. untuk pertahankan bisnes kecil yg telah aku mulakan ini. juga untuk perut yg sekarang ini bermacam ragamnya. kerja aku bukanlah seberat buruh kasar, juga tidak sebeban guru di sekolah, juga tidak sekusut pegawai2 tinggi.

setiap kerja ada cabaran dan manisnya. aku pilih jalan ini. mengangkat barang berat (mengikut kelaratan aku la) menjadi kerja biasa dari kereta naik ke kedai aku di tingkat atas ni. hari ni angkat printer, tak taula nape rasas mcm berat je printer tu sampai menekan perut aku supaya aku mampu menahannya dari jatuh. rasa bimbang mengganggu si kecil di dalam tapi itulah pilihan yang ada.

kadang aku berfikir, adakah aku berpura-pura kuat? tidak.. aku mesti bisik pada diriku, latifah, awak memang seorang yg kuat! awak boleh atasi semua ini. semua ini bukan apa2 untuk kamu, cabaran yang lebih besar kau mampu hadapi. usah hanyut dengan beban yg sedikit itu. sabar k. sabar itu kan manis.

kadang mahu putus asa dari meneruskan semua ini. aku tidak boleh kalah pada pilihan sendiri.
Benar lah dalam doamu. tidak ada yg sukar. percayalah

1 comments:

Anonymous said...

kak, teruskan bersabar dan berdoa,pasti Allah akn mudahkan..
fyi-
Imah due bln 12 nih,
and yan pon pregnant nk masuk 2 bulan,
and kak bahpon disahkan mengandung 5 minggu...

seronok ni, nk dapat ank sedara ramai2..

Design by Blogger Templates