tercemarnya sebuah institusi Islam

sabtu yg lalu sambil mengemas rumah saya membiarkan televisyen terbuka. rancangan nasi lemak kopi 'o'. saya agak menggemari rncgn ini krana mungkin adanya mek yg suka menyanyi lagu2 lama. saya suka. pagi itu hati berbunga melihat mek telah bertudung. ayu. persis seorang rakan karib yg kelakar .. huda. juga seorang mek klate. telatahnya dan lucunya hampir sama. bezanya huda tidak reti menyanyi seperti mek walaupun mngkin dia gemar menyanyi mengikut rentaknya sendiri tetapi karakter menghibur itu agak sama.

aziz desa membaca sebuah petikan akhbar ' seorang pengarah terkenal yg baru berkahwin bercerai ' .. saya agak tersentak dgn berita ini sbb saya sudah meneka siapa walaupun dalam hati rasa terkilan dan tertanya.. kenapa?

keesokan hari di rancangan yg sama, aziz mmbaca berita penuh, sah aziz m. osman yg telah berkahwin dgn seorang ustazah disahkan bercerai kerana perkahwinan mereka tidak sah kerana perempuan itu masih dalam tempoh eddah. astaghfirullahal'azim..

berita itu mengganggu saya hingga ke hari ini. saya melihat sopan santun ustazah itu di rancangan wanita hari ini pada bulan ramadhan yg lalu. seminggu lepas mereka bernikah lebih kurang. terpancar kegembiraan aziz yg masih ber'bau wangi' katanya. kesanggupannya berulang alik KL - terengganu demi isteri tercinta. hari itu bersama us zawawi dgn tajuk 'batas suami isteri di bln rmdhn' terutama yg masih baru.

kejadian itu memang memalukan. betapa ramai yg mengutuk bgaimana seorang ustzh boleh berbuat dmkn. ustazah2 lain yg tidak terlibat, yg suci murni turut terasa tempiasnya. imej keseluruhan ustazah telah terconteng tahi di muka. saya yg tak berapa ustazah ini turut terasa malunya.

soal si perempuan itu menipu satu perkara. bagaimana kaum keluarga dan warga kampung boleh bersubahat dalam hal itu. siapa dalang? dipaksa kan si perempuan ini? kasihan..

apa yg ingin saya pertikai di sini di mana keprofesionalan jabatan agama islam. bila borang dihantar untuk permohonan kahwin, tak ada data ke yg menunjukkan si pulan ni telah berumah tangga? tidak adakah rekod kawin cerainya hingga boleh lulus begitu sahaja. sepatutnya jabatan agama ada database, masukkan nama atau i/c ada status lengkap seseorang. sedang berkahwinkah, telah bercerai mati kah, hidupkah, dalam proses mahkamah atau sebagainya.

apa alasan jabatan agama? tak de orang reti nak buat database? ni penipu besar, btapa ramai graduan IT kita yg berkebolehan. tak ckp orang nak taip database? brapa ramai anak muda menganggur mencari kerja. di zaman yg canggih ni, kalau takde, semuanya alasan sahaja.
klu hal2 agama kerajaan memang pandang remeh. di zaman paklah yg begitu menekankan Islam hadhari pun boleh terlepas pandang perkara besar sebegini, di zaman Najib apa ceritanya?

bak kata Nabil raja lawak.. lu pk la sendiri!

0 comments:

Design by Blogger Templates