moments..
salam..
lama tak blogging.. bnyk nak tulis. nnti la . teringin nak tulis isu PATI, impian dulu, hidup kini, kritik tv rncgn reading room,.. aku tulis kat cn supaya nnti bila aku baca blk aku ingt utk tulis.
semalam hari yg penting untuk aku dan keluarga aku. adik beradik blk utk berkumpul untuk menyelesaikan perkara lama yg tertangguh begitu lama, selama 18 tahun. sebelum ada yang 'pergi', perlu diselesaikan segera. Alhamdulillah, aku kira hampir 35% selesai, walaupun abg aku kata 50%.. selagi tak selesai btul2, ia tetap blum selesai. apapun takpe, dah mengurangkan peratus yg tak selesai. saban malam aku bermimpi rumah pusaka itu. apa maksudnya pun aku tak tahu, maklumlah aku kan si gadis mimpi.. eh, gadis lagi ke.. aku wanita pemimpi. hehe.
Ya Allah, permudahkan lah urusan kami seperti yg Engkau kehendaki mengikut syara'mu, moga ikatan kasih sayang kami akan terus utuh sehingga generasi2 kami yg akan datang.
pagi semalam aku pi check doktor buat pertama kali di klinik kerajaan, hari isnin aku ke klinik desa book buku merah. smlm ada appoinment doktor, amik darah utk ujian vdrl, abo grouping, hiv. 2 kali aku pi klinik, buku merah aku ada jugak yg bertanda dgn pen merah.. berat badan tak mencukupi, kurang dari 40kg. nasihat yg sama diberi, mkn bnyk sikit, amik balance diet. aku angguk je. entah mcmna aku nak amalkan ntah. bukan aku tak paksa diri utk makan, kdg hampir setiap stgh jam aku akan menjamah sesuatu tak bnyk pun sikit, tp perut aku stil berasid, menyanyi2 lagu2 rock, balada dan etnik kreatif.
aku dah taktau nak mkn apa lg, nak mkn setiap masa kna ada bnyk bekalan dan kna ada bajet yg boleh tahan jgk. kdg tu terpaksa buat taktau jgk la. tghri aku ttp mkn nasi walaupun aku tak lalu, mmg tak lalu, tak selera, loya dan mual tgk nasi. tp demi kesihatan diri dan kandungan, aku ketepikan.. sabar.. mkn 3 sudu, berhenti.. bila rasa nak muntah cepat2 berhenti. tahan taknak bg muntah sbb sayang sgt kat mknn yg dah masuk dalam badan, bukan murah beli mknn.. walupun menahan muntah adalah satu perkara yg bkn mudah kerana selagi tak muntah selagi tu la kepala jadi pusing, nak buat kerja pun serba tak kena. lepas ok skt, mkn lg 3 suap.. berhenti mkn kurma utk hilgkan mual.. nnti sambung blk.. biasanya aku mkn separuh masa blum prgnant, skrg pun klu beli aku order separuh gak tp yg habis mkn separuh dari separuh. yela, klu dah 3 kali mkn, dari pukul 12 sampai pukul 4, boleh bayang la dah tak sedapnya mknn tu nak di makan lg.
apapun, semua ni kenangan manis. bukan merungut, sekadar berkongsi.. lain orang lain pengalaman. takde apa yg susah pun. aku amsih boleh bekerja, boleh drive, boleh berhibur. kasihan sahabat baikku, najibah, sampai masuk wad. semoga dia kuat dan diberi kesembuhan. aku bersyukur keadaan aku biasa saja seperti wanita2 yg lain juga malah lebih beruntung lg. mmg aku risau klu kondisi aku jadi teruk, aku tak mahu menyusahkan sesiapa terutama orang yg tersayang. kasihan, bertambah beban dia nnti. skrg ini pun, sudah tak berapa terurus dan terabai juga dia, minta maaf sgt2. tambah pening nak pk apa yg aku boleh mkn sebenarnya.
minggu ni mngu terakhir trimester pertama. nak masuk trimester kedua. klu lihat luaran, aku tak rupa org pregnant sikit pun.. bila gi klinik tgk2 ibu2 mengandung bawak perut yg memboyot tu mmg buat aku teruja. bulan ke berapa aku akan jadi mcm tu.. takut pun ada. hehe.
setelah 3 bulan berlalu, ada lagi 6 bulan.. mcm lama mcm kejap.. perjalanan masih jauh dan mcm2 boleh jadi. harap selamat dan baik. aku tak harap apa2 dgn kelahiran yg pertama ini melainkan hadirnya dalam hidup ini akan meningkatkan rasa syukur,menambah iman dan mendekatkan kami kepada Allah SWT. ada bnyk yg aku rindu, semoga aku tak perlu masa yg terlalu lama untuk mendapat semua itu. semuanya boleh dapat sekarang sekiranya aku benar bermujahadah..
kerinduan itu mendalam dan tersimpan. makin menjauh kerana kesilapan diri. takut pada bayang diri untuk berubah. moga Allah mendampingku mmberi kekuatan.. yg hanya Dia yg mampu memberi semua itu..
ya, aku rindu... hanya Allah yg Tahu
Posted at 8:48 PM | Labels: peribadi |
0 comments:
Post a Comment