Susu Ibu.. sampai bila?
sebelum menulis dgn lebih pnjg, alf mabruk buat sahabat tercinta, Najibah Mustafa kerana telah berjaya dalam ujian melahirkan anak semalam jam 4.05 ptg. ptg ni dah bleh kuar dewan peperiksaan. Hasil ujian.. Nur Aqilah yg comel dgn berat 2.8kg... klu x silap. x sia-sia beliau study sampai tepu untuk ujian ini. Alhamdulillah.. pg td sempat berbual di telefon. suaranya masih lemah dengan nada lega dan gembira.
tulisan kali ini masih sekitar dunia keibuan.. tentang susu ibu.
walaupun di pasaran berlaku kebanjiran susu formula yg telah ditambaik kualitinya hingga hmpir menyamai kelebihan susu ibu tetapi kesedaran ibu2 jg semakin meningkat tentang kepentingan susu ibu kepada bayi mereka juga kepada diri ibu itu sendiri.
Allah juga memberi saranan di dalam Alquran tentang penyusuan ibu.
Firman Allah bermaksud:
"Ibu henaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. jgn seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya."
Kewajipan ibu menyusukan anaknya tidak bermakna seorang ayah boleh bersenang kerana tgjawab ayah lebih besar iaitu menjaga ibunya terutama dari segi kesihatan, pemakanan kerana ia memberi kesan secara langsung kepada perkembangan bayinya. Seorang ibu selama menyusu bayi perlulah mendapat makanan yang cukup nutrien, seimbang dan kesihatan yg baik kerana ibu perlu tenaga yg penuh untuk sentiasa bersedia menyusu juga emosi yang stabil untuk menyusu.
belum sampai 2 bulan saya menyusukan harith, sudah terasa ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan jika bukan dengan kesabaran, secebis kasih sayang yg dianugerah dr Rahimnya Allah untuk sentiasa kuat menghadapi cabaran ini. ia tidak dapat dibayangkan oleh mana-mana orang yang tidak melalui pengalaman ini.
dalam kesukaran, menyusukan bayi adalah perkara yang menggembirakan hati seorang ibu kerana di sebalik kesukaran punya hikmah yg besar. dan sebahagiannya dapat dirasa secara langsung semasa menyusukan. sbb itu seorang ibu sanggup tidak tidur malam atau bgn setiap 2 jam, sakit2 badan, melawan pelbagai perasaan untuk setia menyusukan bayi comelnya.
HIKMAH MENYUSU
Antara hikmah menyusu yg banyak yg hnya mampu disingkap oleh manusia melalui pelbagai kajian seperti mengecutkan rahim, meningkatkan kasih sayang ibu anak, mengurang risiko kanser payudara,menjarak kehamilan, kesihatan bayi yg baik kerana keperluan nutrisinya yg mencukupi, menghindarkan bayi dari risiko kegemukan juga risiko pnyakit yg berkaitan perut dan usus. juga terbukti melalui kajian kanak2 yg mendapat penyusuan eksklusif mempunyai IQ yg lebih tinggi berbanding kanak-kanak yg diberi susu formula.
Dari segi ekonomi juga ia tidak membebankan kerana hampir tiada kos untuk memberi susu ibu. kerana itu, semiskin mana pun sebuah keluarga itu, adalah hmpir mustahil untuk seorang bayi mati kelaparan kerana tiada susu.
betapa besarnya hikmah penyusuan yg hanya baru sedikit mampu dikaji oleh manusia.
usaha kerajaan secara bersungguh2 memberi galakan kepada ibu yg baru melahirkan sememangnya usaha yang baik.
CABARAN MENYUSUKAN HARITH.
Semenjak hamil saya memang berazam untuk menyusukan Harith secara eksklusif terutama setelah mengetahui kelebihan2nya yang banyak.
walaubagaimanapun ia tidak semudah yang saya bayangkan walaupun ia sebenarnya memang mudah!
Di hospital..
Cabaran datang dari luar juga dari dalam diri. saya diuji setelah melahirkan Harith. selepas melahirkan Harith, kami dipisahkan oleh wad yang berbeza. aneh, saat itu saya sedikit pun tidak terfikir untuk menyusukan Harith sehingga masuk hari kedua. Hanya hari kedua saya dapat berjumpa Harith, sehinnga saat itu tidak terfikir oleh sya apa yg dimakan oleh Harith? tidak laparkah dia? mngkin masa itu saya hnya berserah pada yg pakar, tahulah mereka nak buat apa.. agaknya kerana keadaan diri yg saat lemah ketika membuatkan saya tidak mengambil berat itu semua. setelah bertanyakan kpd dr. di SCN ttg Harith, mereka memberitahu ygHarith berpuasa selama 2 hari. Pada hari ke 3 br harith diberikan susu. hnya pada ktika itu saya cuba untuk mnyusukan Harith tp tidak berja, stlh 3 hr,br nk kuarkan colustrum dan mngmbil masa yg sdgkn Harith sdh lapar dan tdk boleh terlalu lama berada jauh dr lmpu. Harith dibekalkn dgn susu tmbhn dr hospital.
bermula hr ke 3, saya berada di wad SCN, sy berusaha bersgh2 untuk mngeluarkan susu untuk Harith. Harith pula blum pndai mnyusu. kdg jd geram bila dia ttp mulutnya dgn rapat tdk mahu mnyusu. setiap 3 jam harith perlu diberi susu, ttp dsbbkn kskrn2 yg dihadapi, harith perlu berlapar hngga 4,5 jam kerana aku sdg berusaha untuk mahu mnyusukannya jg. sering gagal dan Harith pn diberi susu formula. sebenarnya masa itu sy sgt kecewa. saya hampir tidak tidur sehingga hari ke 5 di hospital kerana waktu lapang yg ada akan saya penuhi dgn cuba mengeluarkan susu.
alhamdulillah, dgn izin Allah pada hari ke 5 setelah harith tidak lagi berada di wad khas dan berada di sisi saya walaupun masih berlampu dia mahu menyusu malah sehingga satu jam. tetapi Harith masih perlu diberi susu tambahan kerana susu badan masih blm mncukupi untk
harith.
di rumah kjg..
setelah pulang ke rumah, saya masih blm yakin mmpu menyusukan harith tampa bantuan susu tambahan seperti di hospital. saya minta suami beli susu sebagai back up. keadaan diri yg masih tidak stabil, keletihan dan tambhn pula pada mm pertama harith di rmh kjg, dia tdk tdur smlmn dan hnya ingin menyusu menambah keinginan mak saya untuk membancuhkan susu. saya kuatkan smngt wlupun perlu utk tdk tidur lg mlm itu, saya tidak mahu harith diberi susu formula lg, saya ttp mahu menyusukan harith walau dlm kepayahan. Alhamdulillah, mak akur dgn kptsn saya walupun dia sudah sgt kasihan melihat saya yg tidak berdaya tetp masih mahu menyusukan Harith.
lain2 cabaran dtg dr luar. yg dtg berziarah biasanya akan tnya.. "susu bdn ke campur?".. saya jawab, susu badan je..
bg yg tahu klbhn susu ibu akan kata, "baguslah.. "
selebihnya akan kata, budak laki kuat nyusu, larat ke
bila saya kata akan nyuskan harith hngga 6 bln skurng2nya,,
ada yg kata.. ha, yelah, larat sgt la. itu pun klu ada susu lg..
"klu aku, dh dgr bdk takmau diam, sumbatkan nestum. br diam. x sabar aku"
dan macam-macam.. rasa geram dl hati, bkn nk support. kbnykn yg tdk stuju adalah dr glngn org2 lama.dan macam-macam.. rasa geram dl hati, bkn nk support. kbnykn yg tdk stuju adalah dr glngn org2 lama. saya diamkn saja dan bersabar sambil mnmbh azam mnyahut cabaran mereka.
di tempat keje.
mm.. di tmpt keje jg memberi cabaran kpd saya. saya mmbuat kptsn utk mmbawa Harith ke tmpt keje. apatah lg dia msh sgt kecil. ada jg terfikir untk hntr kpd pngasuh tp saya akan usahakan mnjaga harith sambil bekerja. harapnya dpt bertahan hingga dia besar. saya blum ykn pengasuh mmpu menjaga sambl mnddk harith mngkt cr yg saya mahu. cbrnnya bila saya sdg berhdpn dgn cstmr dn pd masa itu harith meraung mahukan susu.. maka Harith akan disumbt dgn puting. bercadang untuk mmbuat stok susu ttp mmkrkn kos2 yg bkl ditanggung,, blum mmpu rasanya. jika saya bleh mmbawa stok susu, di kedai tak ada peti sejuk pula. nnti basi, sia2 je berpenat lelah mngepam. dan untuk mngepam dan dpt hasil yg bnyk jg perlu pump yg lbh berkualiti dan bgtu mahal pula hrganya. huhu... mmg sya sgt mngidam untuk dptkn breast pump yg baik. saya ttp perlu mmbuat stok susu terutama utk kcmsn, perlu berpergian dan mngglkn harith bersama org lain. huhuhu.. :(
selain itu, sbnrnya sukar bekerja smbl mnjg bayi, takut2 yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran. tkt nnti kerja terganggu, malah Harith jg tak dpt diberi perhatian sepnuhnya.
di rumah..
cabaran di rumah berbeza.. dari segi menyusukan harith, tidak memberi masalah. saya sentiasa ada 24 jam untuk dia. kesukaran ialah pada memberi masa dan perhatian pada hal-hal lain seperti mengurus rumah, membasuh, memasak dan juga perlu membuat kerja pd masa yg sama. jika pd masa Harith meragam, dia kdg perlukan kita sntiasa di sisinya, klu tidak.. haru biru. mmg sukar. buat masa ini, situasi boleh dikawal dan diurus walaupun bkn dlm keadaan terbaik. Harith anak yg baik, dia selalu memudahkan saya ketika saya perlu dia berbuat demikian. sayang btul kat Harith..
Kesihatan..
pengalaman kali pertama menyusukan bayi, belum biasa. Harith kuat menyusu. kdg tak larat nak ikut kemahuan dia. lengan sakit memangku. sakit2 badan dan belakang. tidur yg tidak tentu arah. mkn jg tergopoh gapah jika dia meragam wlupun x selalu. semua ini tidak lah menjadi perkara besar kerana semua ibu di dunia ini mengalami hal yg sama. seperti yg saya katakan secebis dari sifat Rahimnya Allah yg dicampak ke dalam semua hati ibu di dunia, semua itu mmpu dipikul oleh seorang ibu yg asalnya merupakan seorang wanita yg lemah dari segi kudratnya berbnding lelaki.
bila dimenung2.. kdg sy tdk ykn jg dgn kmmpuan dr utk mnyusukan harith penuh hngga 6 bln dan meneruskan hngga 2 thn. setiap hari ada jg perasaan mngalah. tetapi krna azam prnh dibuat, saya harus bulat dgn kptsn saya. saya tdk akan berpth blk dgn kptsn yg tlh sy buat apatah lg ia sesuatu yg baik. berudur bermkna saya mngalah dan kalah.. hmm..
sampai bila saya boleh bertahan?
5 comments:
salam ummu harith,
caiyok..boleh sampai 2 tahun BF Harith inshaAllh...hehe
Assalamualaikum..moga Tipah sihat..tertarik baca ttg susu ibu ..sampai bila?insyallah sampai 2thn itu yg terbaik... insyallah minggu dpn reen dah mula mengajar..nie ambil peluang tgk internet..nanti dah keje entah sempat entah tidak nak tgk..Nuha tgh tido..Alhamdulilah malam tadi dia tido lena tak macam mlm2 sebelumnya..asyik terjg menangis je..jenuh gak suami buat air dan pagar rumah..maklum jelah dia dok mengubat org di klinik Drulsyifa'...erm..bercerita ttg menyusu nie..insyallah reen akn m'yusukan nuha sepenuhnya..cuba jg nak campur susu..tp dia x mau lgsung..Alhamdulilah dpt cr pengasuh yg dok dekt dgn sekolsh..so nnti leh keluar m'yusu..b'beza dgn kakaknya Marwa..Marwa dijaga oleh maktoknya(mak mertua)bila suami pie keje bawa marwa sekali tinggal kt rmh mak..blik nnti br ambik..reen pi sek jln kaki sbb kuartes guru sebelh sek... Marwa dulu lgi kesian sbb dia lgsg x mau susu lain selain susu ibu..dan x mau hisap botol..t'paksalh dia b;pose smpi nnti blk rmh br m'yusu...mak cuma bg air msk je itupun pakai sudu suap kt dia..marwa m'yusu smpi mlm reen sakit nk b'salin..mlm tue reen cuba bg sos cili kt puting..tp dia hisap jg..sblm2 nie lps reen tau m'gandung..dh mcm2 reen buat utk dia stop..tp x m'jd..mujurlh dia mau jg hisp susu perasa coklt dlm botl..tp mlm bila nk tido dia mesti cari yg original punya..jenuh gaklah..pg2 pi sek mesti pi kantin dulu..lapar yg amat sgt..yg dlm perut lg nk mkn...Alhmdulilh reen dpt hadapi cabrn t'sebut..erm..memg memerlukn kesabrn utk m'yusu ni..nuha m'yusu nie pun..jenuh gak..smpi puting melecet..sakitnya hnya Tuhn yg tahu..reen pulk susah nk perah..sbb memg tak keluar..oklh tipah..Nuha dh jaga..dia puas tido mlm td..nie tak mau lena plak..jmpa lg..slmt m'yusukan harith..
Tipah..
yang penting, jgn give up.. Jgn sesekali mengalah dgn cabaran utk fully BF..
Mmg susah, tp percayalah pdnya ada kemanisan yg sukar utk diungkapkan dgn kata-kata.
salam kenal..teruskan breastfeeding ye...sy pun alami situasi yg sama lepas melahirkan...baby diletakkan kat ward lain...tingkat atas pulak tu.hari kedua sy gagahkan naik tangga dipapah oleh suami (walaupun dimarahi oleh mak saya, sy berdegil jugak nak tgk anak).cuba menyusukan tapi baby tak nak bukak mulut masa tu..susu pun tak keluar..3 hari pertama anak sy minum susu formula.hari ketiga baru susu bdn keluar, smpi basah baju..alhamdulillah, rezeki anak..
tapi sejak bekerja, sy dah tak fully BF dah...mlm Bf, siang susu formula...sedih gak..satu kepuasan bila tgk anak kenyang lepas menyusu & senyum gembira.bagi sy anda amat beruntung krn sentiasa 24 jam dgn baby.teruskan breastfeeding, usah pedulikan ape org nak kata, itu anak anda bukan anak org lain......sy memang sokong penyusuan bdn ni! :)
salam alaik... tentang penyusuan.. memang banyak cabaran.. tapi yakin lah rezeki yg ALLAH bg utk zuriat kita tu cukup....
saya sendiri masih menyusukan anak saya secara eksklusif .. skarang usia anak saya 8 bulan... tak kisah laa terpaksa berkejar untuk mengepam susu,.... tak kisah laaa terjaga malam kerana menyusu... indah sungguh persaan dapat menyusukan bayi kita.....
jenguk laa blog saya
syamjie.blogspot.com
Post a Comment