Susu atau Cucu ..

Ayat-ayat begini sering kita dengar bila seorang dewasa bertanya kepada si kecil yg belum lancar berkata-kata.

adik, adik nak cucu ye?
tanya seorang ibu kepada anaknya yg sdg menangis kelaparan

lain-lain ayat yg biasa jg didengar

nak gi andi ke..


nak ido yer..

apa sebenarnya yg ingin diperkatakan oleh si dewasa ini?
si kecil takkan sudah mahu ditanya mahu cucu..
apa itu andi? apa itu ido?

tanpa kita sedar, org dewasa meniru pelat si kecil yg belum fasih berkata-kata sedangkan si kecil sdg memerhati dan belajar dari yg dewasa.
mengapa perlu disebut 'cucu' sdgkan si kecil perlu mendengar dan mengetahui air yg diminumnya sebagai susu. si kecil yg belum boleh berbicara dab berbahasa betul seperti kita mngkin belum mampun menyebut perkataan susu, mandi, tidur dgn betul. dia mengulang perkataan yang diungkap oleh ibu, ayah atau org dewasa sekitarnya dgn bahasa dan perkataan setakat yg termampu dia ungkapkan. susu jadi cucu.. mandi jadi andi, tidur jd ido..
malangnya apabila org2 dewasa mendgr perktaan pendek dari si kecil ini, mula lah mereka menukar perkataan sebenar kepada perkataan yg sama diungkap oleh si anak tadi. kononnya si kecil lebih memahami perkataan yg diucap oleh mereka.

apa akan berlaku kepada perkembangan anak ini?
saya telah melihat perbezaan seorang kanak-kanak (A) yg diajar dalam situasi ibu ayahnya akan bercakap dgn bahasa dan perkataan yg betul dan kanak-kanak (B) yg berada dlm suasana ibu ayahnya berckp bahasa mesra kanak-kanak seperti yg saya sebutkan di atas.
kanak-kanak pertama dapat bercakap dgn betul lebih awal berbanding dgn kanak-kanak kedua. ibu ayah kanak-kanak kedua risau anaknya blum boleh berckp dgn btul walaupun umurnya smkn meningkat dan menimbulkan rasa rendah diri mereka jg memndg rendah kmmpuan si anak. berbanding ibu ayah kanak2 pertama, mereka ras gembira dan bangga dgn anak mereka. ini membuatkan mereka lbh berusaha menggilap potensi anak mereka dgn lbh baik kerana wujud kepercayaan dlm diri yg anak mereka adaah anak yg hebat.

Anda boleh bayangkn apa yg akan terjadi kpd prkmbgn kanak-kanak tersebut di masa akan dtg. anak yg mmbesar dgn kepercayaan ibu bapa dan anak yg membesar dgn ibubapa yg negatif.

ia isu yg kecil dan remeh bg sesetengah org tetapi bagi saya ia perkara yg besar. sbb itu saya kurang selesa bila ada yg berbicara dgn si kecil sy dgn perkataan2 singkat sebegini kerana bagi saya ia tidak membantu perkembgn minda si kecil.

saya juga tidak suka orang berckp perkataan2 tidak elok dan negatif di depan Harith. walaupn Harith mngkin blum boleh mengerti dan memahami tapi sya percaya semua itu boleh tersimpan dalam minda bawah sedarnya.

antara ayat2 yg saya tidak suka seperti..
"apalah asyik mengeliat je ni.. org suka mengeliat ni pemalas nnti. "
(Harith suka mengeliat, lbh2 lg bila dia tg tdo, org kacau suh dia bgn. dia akan mengeliat berpuluh2 kali dan akhirnya x bgn pun)

"ala.. la.la.. budka bucuk ni.. xnak kawan ngan dia la. budak bucuk ni.."
(sedangkan dia br lepas mandi. patutnya wangi la. nape bucuk & xnak kwn)

saya sensitif ttg bahasa dan perkataan yg +ve dan -ve. ckp la selama ini kita dibesarkan dalam suasana melayu yg suka berfikir negatif, berckp2 negatif dan berpandangan negatif yg menyebabkan anak melayu kita tidak berani ke depan, tiada kepercayaan kepada diri, memndg rendah kemmpuan org lain, bodoh sombong dan mcm2 lagi. suasana negatif yg tidak membangun jiwa dan minda. juga suasana yg tidak menyokong dan membantu ke arah potensi diri.

perkara ini berlanjutan sehingga ke sekolah rendah, menengah hatta ke universiti. fenomenanya seperti jika ada murid yg ingin angkat tangan, bangun dan memberikan pendapat atau jawapan dan kebetulan kurang tepat. akan diketawakan dan dipandang sinis oleh orang lain.

'haha.. apala, itu pun taktau. buat malu je.'
'klu x tau tu, diam je la'
'setakat jawapan mcm tu, baik x payah jawab'

itulah senario anak melayu yg menyebbkan kita jadi mundur. murid yg diketawakan tadi tiada semangat untuk mencuba lagi dan membantutkan mindanya utk terus berfikir dan mencuba. tentu saja dia malu utk diketawakan lagi kelak. walaupn brgkali dia pasti dia betul, dia mngkin akan berfikir, klu salah mcmna? nnti diorang gelakkan lagi? nnti malu..

kenapa wujud situasi murid2 lain yg suka merendah2kan kawannya yg mencuba tadi? ini kerana budaya biasa yg ditunjukkan oleh orang tua. baik diam dari malu salah. baik diam dari bercakap benar. nnti apa org kata.. asyik2.. nnti apa orang kata. kononnya berbudi bahasa. klu nak ckp biar ibarat tarik rambut dlm tepung. biar mati anak jgn mati adat. murid2 tadi sebenarnya dalam diri mereka tidak ada kepercayaan dlm diri mereka untuk berani. berani itu ditunjukkan dengan memperlekehkan org lain untuk menampakkan yg mereka kononnya lebih 'gentle'.

inilah yg terjadi kepada anak melayu kita yg selalu kita risaukan anak bangsa kita tidak ke depan, penakut, pemalu.
sama juga situasinya bila sudah dewasa dlm memilih kerjaya. selalu saja saya dengar orang kita bising tentang org cina yg menguasai ekonomi negara. mereka yg menguasai bisnes, pekan2 dan bandar di negara ini.

"asyik2 org cina gak yg maju. org cina ni rajin. anak melayu takde yg berjaya berniaga. tak berani. knapa takde anak melayu bukak kedai kat cn"
dan mcm2 keluhan dan rungutan. tetapi bila anak mereka sendiri yg ingin berniaga lain pulak ceritanya.
"x payahlah.. berniaga tu tak tau lagi masa dpnnya. keje la ngan kerajaan. bulan2 tu pasti. boleh buat pinjaman beli kereta, rumah. nnti ada pencen. klu keje sendiri ke keje swasta nnti takde masa depan..bla..bla.. mcmtu la lebih kurang biasanya.

sebelumnya bgitu marah anak cina yg berniaga itu ini. sana sini,, cina. mahu melayu mengorak langkah. tapi bila anak sendiri yg ingin menyahut cabaran itu, tak dibenarkan pula. kenapa?
kita suka menkritik, menghentam tapi tak sanggup berkorban. mahu sentiasa berada dalam 'zon selesa'..

ya.. zon selesa. itulah sikap yg biasa kita ambil. berada di zon selesa tak perlu tanggung risiko tinggi2. biar sederhana dan ala kadar. x perlu terlalu berjaya. biarlah org lain yg buat. klu dah berjaya, yakin dan pasti barulah ada sedikit percaya utk keluar sedikit dari zon selesa itu tadi. mngkin dari zon selesa ke zon senang..

bukan mudah untuk mengubah sesuatu yg telah menjadi budaya dan cara hidup kita. semuanya kita perlu ubah sekarang. yg mahu mengubah pun yg telah menjadi mangsa salah fikir dan salah ajar, tentu mengambil masa juga memperbaiki diri yg baru sedar dan mencetus perubahan kepada masyarakat. jika ada kepercayaan yg tinggi dan keazaman yg kuat, bermula dari kita, kita mampu membentuk generasi yg lebih berpotensi.

2 comments:

Anonymous said...

mule-mule i sokong gak. tapi makin kebawah mcm belagakla plak. die ni anti kerajaan ke? why must used "kerja kerajaan" as example. tp mmg btlkn keje kerajaan ini bnyk benefit nye. keje kerajaan pun boleh bukak bisness gak. orang melayu pun ada jgk yg berjaya dalam bisness. ramai... cume u je yg xtau & xsedar.. ni la org zaman skrg, suke sngt kutuk bangsa sendiri....

unknown said...

to anonymous - sy rasa u yg xtau & xsedar, bagi saya penulis x timbulkan isu anti kerajaan dan jg x nafikan benefit kerja kerajaan malah x nafikan org melayu ramai yg dh berjaya dlm biznez, situasi yg ditimbulkan cumalah contoh & kebiasaan yg berlaku skrg apabila alasan "kerja kerajaan" dijadikan pnghalang utk ank2 cuba buat biznez, itu mmg kebiasaannya yg kt dgr so ank2 kena buktikan kat parents or sape2 sja yg org melayu pun bleh bjaya barulah bleh tune minded yg dh jd kebiasaan dlm msyrakat ni. So anonymous, bc bg phm dulu k, suke hati ko je ckp org blagak...

Design by Blogger Templates