apa ke halnya kena tag nih?
Apa ke halnya kena tag ni?
Salam rindu untuk semua sahabat2 tercinta.
Hari ini aku sampai awal ke kedai, asal niat nak jmpa sorang budak ni, maria namanya adik kepada my old best friend masa sek. Ren. Nak bincang tentang keje. Aku berhajat nak amik dia bekerja ngan aku sbb pekerja aku sebelum ni dah berhenti dgn notis tiba-tiba. Kerja tak sampai 2 bulan. Memang lah bengang tp aku tak tertekan mana. Bukan sng nak cari pekerja skrg ni terutama yg memenuhi criteria yg aku nak. Serba boleh, tau computer, boleh manage bisnes, PR bagus, creative, solehah.. fuh.. ciri2 lengkap seorang muslim. Nak yg perfect tp gaji aku nak bg ciput je. Hehe.
Aku berkenan kat budak maria ni taktau la nape. Jumpa sekali haritu terus mimpi nak dia keje ngan aku. Masalahnya gaji tempat dia keje skrg 2 kali ganda dgn yg nak aku bg nnti. Dia plak nak kawen bln 7, nak guna bnyk duit, so, kitorang sama2 tgh pening sbb dia mmg nak keje ngan aku tp after kawen. Masalahnya aku perlukan org sgt2 untuk bulan 6 nnti, masa aku cuti berpantang. Dia kena handle semua urusan bisnes A-Z, so aku perlu amik pekerja skrg utk aku ajar dan training. 2 bulan blum tentu boleh dapat dan mahir. Pekerja sblum ni mmg untung, dia datang keje ngan aku, dapat gaji bukan sbb bnyk buat keje untuk aku tapi datang untuk belajar. Dari hal gafik, bisnes, akaun, khidmat pelanggan dan macam2 lagi. Sabarlah.. ikhlas kan diri, lagipun mmg niat aku buat bisnes ni untuk tolong orang kan? Tp klu sampai teraniaya macamana? Takpe… yg penting kita ikhlas nak Bantu anak bangsa. Fuh..
Pagi2 sampai kedai, ada masa aku buka website yg tak berkaitan ngan keje aku. Tentula baca blog kawan2 yg aku rindui. Nak sms, kol skrg ni mmg tak rajin mcm dulu. Lepas kawen hp duk dlm handbag je klu blk keje kat rumah tu. Ada org kol ke sms ke selalu x perasan. Esok hari br tgk. Mmg la beza masa blum kawn dulu, hp la qarin ter aqrab.
Bila aku baca blog kawan2 ni, masing2 dgn tag nya.. sampai aku tak faham apa ke bendanya tag men tag ni. Sampai aku pun dah kena tag. Amik masa gak aku nak faham sbb bila dah kna tag nak kna jawab plak. Nak buat benda2 mcmni kna ada masa lapang. Skrg masa aku x lapang pun tp utk kwn2 tercinta aku usahakn jgk la. Aku pun dah tak perasan sape yg men tag aku. Rasanya cari tagging masing2 ni mcm lain je, jenuh gak la aku mcmni. Aku ni klu Tanya pasal name tag ke faham gak la sikit, pastu ajak aku buat bisnes name tag sekolah ke agensi kerajaan ke, best gak la.. hehe..
Ni aku jawab tag dari che da. Kawan yg aku selalu rindu especially bila tgk mek nik sayyidah kat tv9. masa nasi lemak kopi o ke jula juli ke. Tgk mek ingat kat che da. Mcm ada persamaan je diorang. Tp che da kata dia lg comei dari mek.. yela.. aku iyakan je.
Aku sbnrnya tak faham instruction tu.. aku buat je la ye.
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]
1 – nama as u know la, anak kpd ibu yg comel Sarah Abas. Skrg isteri kepada suami yg macho Suhaimi Saad. Bkl ibu kepada (takde nama lg da..), nama glamer di alam maya, ummuhuraira. Tp skrg sjk buat bisnes org pgl aku dgn nama compny. Hailah. ‘nnti saya kol cik Hailah ye’. Apa2 je la. Bakal jadi ibu pada anak yg pertama mmg mengujakan. Hari2 pegang perut yg mkn besar, yg mkn berat utk bawak diri tp tak sabar nak tgu permata hati ni kluar pada masa yg tepat dan lahir membentuk jil yg soleh. Dalam teruja selalu rasa takut. Tkt meghadapi saat cemas bersalin nnti mcmna, mmpu ke menjaga amanah Allah ni hingga jadi manusia takwa? Mampu ke mengurus dr dan keluarga.. mampu ke .. mampu ke.. mampu ke..
2 – full time bisnes.. ntahle mcmna bleh terjun ke dunia bisnes nip n xtau pdahal dulu x nmpak ada ciri2 seorang usahawan pun. Mengoperasikan HAILAH RESOURCES @ HR PRINT CENTRE yg bertapak kat daerah asal aku Sg. Besar. Perkhidmatan yg disediakan ialah rekabentuk dan percetakan. Nak buat bisnes kad,flyer,booklet, banner, bunting, paper bag, kad kawen, premium item mcm pen, payung, beg, mug bercetak, berlogo @ bergambar bleh order dgn saya.
3- mcm che da gak, buat bisnes ni mcm2 tanggapan org espc bila org tau kita graduate. Nape tak ngajar, tak nak ke keje kerajaan, kat majlis tu ada kosong, boleh ke buat bisnes? Nape nk susah2, tak dapat keje ke? Buat bisnes je?.. lantak korang la. Jawapannya sukar nak diungkap dgn kata-kata kerana terlalu jauh dlm lubuk hati utk dikongsi utk org yg tak membuka mata hati, fikiran dan telinganya. Aku mahu kaya untuk agama dgn menyelusuri pahit dan susah supaya aku akan menghargai nikmat dan rahmat, juga ihsan pada yg di bawah. hidup bukan dugaan tp cabaran ke syurga.
4- Angan-aku dari kecil sampai skrg tak mngkin dpr direalisasi. hnya akan terealisasi bila umur aku 50 agaknya itupun jika Allah memberi kesempatan umur utk aku. aku nak jadi nenek yg baik!!
aku nak jadi nenek.. buat gathering family dari keturunan aku sendiri. ngan anak2, cucu2 yg ramai. rumah yg meriah dgn suara dan kecoh anak cucu. gotong royong masak, tido ramai2, gi berkelah, jalan2.. qiamullail. klu org tnya aku nak anak brapa,, biasanya aku jawab 18. hikhik.. jmlah bkn ukuran, biar skt tp smua jd manusia. itu yg pnting. tp klu bleh dpt ramai dan semuanya berjaya.. itu nikmat yg tak terhingga..
5- mmg terlalu bnyk impian, cita-cita, keinginan dan kehendak aku. Klu jd org lain, semua tu dah bleh dicapai skrg tp sbb aku pilih jln jauh ni. Aku akan sabar. Nak mengembara satu dunia, menyelongkar misteri kepelbagaian dan hikmah perbezaan antara benua dan manusia. Mahu membawa umat islam ke dimensi baru memandang kehidupan. Aku mahu jadi manusia hebat! (usahanya mcm hampeh, cita2 je tinggi). Nak bina pusat membina insan, melahirkan lebih ramai usahawan muslim yg Berjaya, menjadi idola kpd generasi muda, bebas melakukan kerja kebajikan dan social, tiada halangan kewangan dan masa, mahu berbuat apa sahaja yg diingini tanpa ada halangan dan sekatan!
6- aku mmg suka makan. Hairan ya? Aku suka melihat dan merasa masakan dan makanan yg pelbagai. Bukannya aku suka mkn bnyk. Bila ada mknn je mkn. Tak, aku bkn begitu. Aku suka mkn western food, Italian food tp sume ni mmg susah aku nak dpt bila duk kat ceruk desa hulu banat nih. Bkn semua aku suka sbb blum semua aku pernah rasa. Suka sgt tgk rncgn Martha stewart, Rachel raey. Best je tgk diorang masak dan manage life. Even diorang tu barat tp cara hidup yg baik tu buat kita sedar yg kita ni tak ikut pun cara hidup Islam. Aku jgk suka mknn tradisional..
Laki pun tak bleh nak fhm aku suka apa sebenarnya sbb bnyk sgt yg aku suka. Chicken grill, spaghetti, pasta, sushi, cheese tart, donut, ikan keli baker, ayam percik, sate. Baru ni teringin nk mkn nasi dgg n nasi kerabu sampai nak ajak dia gi klantan sbb nak mkn je. Tiba2 teringat sata, otak2. udang besar, laksam. Apalagi aku suka? Air buah. Benda2 yg aku suka selalu susah nak dpt kat cn. Klu nak air buah, aku nak air durian belanda, kiwi, peach, jambu batu. Mmg takde la selalunya melainkan kat kdai mamak. Ouh, sorry.. tak lalu.
Mmg bnyk yg aku suka mkn dan teringin terutama yg jarang2 ada dan susah dpt. Sbb tu aku jd kurus ni kot sbb klu nak mkn tu susah je. Sume aku mcm tak selera. Bila tak selera tu yg aku mls nk mkn. Nak masak benda2 yg aku suka tu alahai kos beli bhn mentah je dah tinggi. Tak baloi. Sbb tu klu sesekali ke KL @ ke Bandar masuk shopping complex rasa sukanya.. sbb klu bleh nak singgah sume kdai mkn yg aku suka dulu mcm Kenny rogers, secret recipe, (aku blm prnh gi tmpt ni lg sjk kawen,huhu), baker’s cottage, king’s confectionary, dunkin donut. Tp selalunya boleh jelling je la,. Aku rindu duk kat pj zmn bjg2 dulu. Huhu.
7- Hidup skrg mmg berbeza. Selain jiwa membara membangunkan perniagaan, aku juga seorang isteri dan suri rmh sepenuh masa.takde separuh2 la. Keje pun 100%, rumahtangga pun 100%. Mmg mencabar. Tp apa makna hidup tanpa cabaran? aku suka masak tak? Kdg2 suka, kdg2 tu mmm.. sblum pregnant, aku masak cukup utk 3 hdgn setiap hari walaupun aku kerja. Ada ke wanita bekerjaya yg boleh gi keje pada masa yg sama masak utk 3 hdgn setiap hari? Biasanya hjg mngu je kan masak. Aku boleh masak sarapan, tghr dan mlm. Waktu pagi kna sediakan utk sarapan dan jgk untuk mkn tghri sbb masatu kitrg bawak bekal gi tmpt keje. Blk rmh walaupun dah pukul 7 mlm, kna masak lg utk mkn mlm plak.
Bila pregnant br ni, aku jrg masuk dapur, selalu beli je sbb x larat nak masak. Tak lalu bau, tak lalu mkn jd msk pun bazir. Skrg dah 6,7 bln dah ok, masak blk. cuma tak masak utk tghri. Sedia utk sarapan dan mkn mlm je. Tghri kna gak la beli. Belum jd wanita besi lagi nak jd mcm surirumahtangga sepenuh masa tapi kita jgk bekerja. Kerja pun klu bnyk, bwk blk rmh sampai ttp mata br ttp laptop. Masa kat rumah keje, masa keje pun buat keje rmh.
dulu walapun dah masuk um umur dah 20 lbh aku tak reti masak. siang ikan pn aku xtau. buat jemput kosong pn x reti. yg aku tau masak mi goreng je kot. skrg ni ok la, thanks to az i think, tempat yg plg bnyk mengajar aku utk masak. walaupun takde guru, jadual masak tu la yg mngajar. skrg semua tu membantu, rsanya skil memasak dah bertambah. agaknya la sbb rasanya skrg masak sedap kot sbb tgk kemajuan suami yg semakin hari smakin sihat.. hehe
8- yg aku tak reti buat? Manage masa dgn baik kot. Klu aku dah buat keje kat ofis ni, aku kdg panic gak. Lagi bila takde pekerja. Ntah bila masa nak buat design, nak buat order, nak buat payment, nak survey, nak buat promosi, cari market baru, kemas kedai, nk mkn, nak buat amal ibadah, nak rehat.. bila ‘bos’ tnya akaun dah update? Nape bersepah je kedai ni? Kna sambil kemas, amalkan 5S, aku jd mcm lali je.. taktau la, mmg aku yg tersepit ngan masa atau aku yg tak reti urus masa. Blum kira nak setelkan hal2 rmh.. klu lbh dari tu, br urus bisnes dan fmly yg 2 org ni, blum brksmptn nak buat keje jemaah, terlibat ngn masyarakat, ziarah adik beradik, contact2 kawan2 lama, tnya kabar guru2 dl, berdakwah ngan org sekeliling, blk kpg, cari peluang baru, membaca buku, sambung belajar. Tapi ada orang boleh buat semua tu kan??
9- perangai aku kdg2 back to the past. Mcm budak2 pun ada, kanak2 pun ada.. aku terasa mcm nak buat apa yg budak2 suka buat. Nape ye, sbb bnyk benda yg budak2 suka tu aku suka dan aku tak dapat masa aku kanak2 dulu. Aku suka tgk kartun, main, bermanja-manja, buat aktiviti knk2 mcm melukis dan mewarna, klu bleh nak memanjat2 kat playground.
Bonda pun dah faham kot, aku slalu feel salah masa. On da time, aku x feel apa2, mcm nothing je tp bila dah berlalu br aku rasa. Mcm ada peristiwa yg gembira ke sedih ke teruja ke, nnti sebulan, 3 bln br aku rasa perasaan tu.
10 – aku wanita pemimpi. Seumur hidup aku, blum pernah aku tido tak mimpi walaupun aku tido seminit. Mimpi aku masa zaman kanak2 yg mulia skt tu, slalu la mmpi soalan exam la, yg akn berlaku esok la. Tp skrg mimpi ngarut2 je mcm cerita fairy tales.. best gak. Always yg akan aku jmpa esok aku mmpi mlm tu tp bila kita dah berhadapan situasi tu baru aku ingt aku mmpi benda ni mlm td. Aku ada baca, klu kita tido mimpi ni, tido kita tak kualiti. Btul jgk sbb tu aku slalu rasa letih. Tido pn mudah jaga dan ssh nak mulakan pengembaraan tu. Bila dah tido, mimpi plak. Bila mimpi, anytime kita nak wake up masa mmpi tu x ksah. Boleh tkr channel mimpi. Mimpi ni tak best, tkr mmpi lain. Skrg aku asyik mimpi rmh pusaka lama yg dah dijual tu. Tiap mlm aku mimpi padahal aku tak pernah ingt pun rmh tu di siang hari. Apa maksudnya ya??
11 – dulu, life aku sgt dkt dgn al-quran. Klu pun bkn dari segi pengamalam tp zmn kanak2 dlu quran bgtu dkt dgn aku dari segi pembacaan.. ya, aku rindu aku yg dulu. Masa kecik2, slalu lumba dgn sdara yg sebaya, sape plg bnyk khatam quran. Klu skt, malu sgt. Masa sek. Ren bleh khatam quran sebulan skali sbb nak lumba ngan kawan. Bacaan yg agak baik, selalu jd perhatian ustaz untuk wakil sekolah. Sampai la sek men sempat gak gi prgkt kbgsn utk hafazan, skrg? Hafazan aku menyorok kat mana? Bawah bantal? Bawah almari? Jawab la sendiri. Suka sgt blajar tarannum tp mula knal bila dah agak besar. Struggle gak utk menguasai tp sbb tak terdedah dr kecik, so tak bgs mana. Bla hbs sek, tinggal.. skrg suh buat lagu apa pun xtau, suh cam lagu pun gagal. Klu tgk AQ mmg hati aku tersentuh.. aku begitu jauh dgn diri aku. Skrg taktau mcmna nak patah blk. Harap sgt dapat seorang anak murid pn jadi la spya aku ttp dkt dgn yg aku pernah cintai dan masih dicintai.
12 – bad thing pasal aku.. aku ni obses ngan TV. Rasanya semua rncgn aku suka melainkan rncgn yg menyanyi2, melalak2 tu aku tak suka. Lain2 asal ada unsur yg aku boleh dapat pengajaran je aku mesti melekat walaupun boring. Rncgn omputih ke, cina ke korea ke jepun ke, tamil ke, melayu ke.. semua aku tgk. Terutama rncgn berbtk bual santai mcm MHI, nasi lemak kopi o, apa kehalnya dan apa2 je la. Pastu rncgn berbrntuk domumentari ke info ke. Dari hal agama, rmhtga, fesyen, masakan, pertanian, usahawan, kreativiti, sains, rncgn reality.. sume aku bedal. Drama pun sama, citer berbntuk apa pun aku suka, thriller, misteri, action, komedi, serius, seram, kampong, moden, bisnes sume aku tgk. Dlm sejam tgk tv aku akan tgk sume channel. Tkr2 masa iklan.
Nape suka tgk tv? Aku bnyk dpt info dan belajar benda2 luar yg kita tak Nampak dan takde di sekllg kita. Menambah pngthuan, aku suka blajar benda2 baru secara santai dan x langsung. Mmg aku suka tgk tv, tp rncgn yg plg mmberi info yg akan aku utamakan. Hiburan bkn mtlmt tgk tv.
13 – aku jugak suka benda2 seni. Selain visual art (sbb tu aku plh grafik jd bisnes), aku jgk suka seni pentas mcm lakonan, teater, nyanyi, puisi, sajak, syair.. tp nampaknya aku x dilorongkan ke jalan ni. Dream aku nak join klu ada buat majlis grand utk muslimah je ke, teringin nak bernasyid, berlakon watak2 yg menonjol, mencabar.. pernah gak ckp kat hubby, pening kepala dia bila wife dia kata nak jadi pelakon la, nak buat album duet ngan dia la. Blum masuk teringin nak jadi model iklan. Hahahaha.. psl pelakon tu bkn apa, kita slalu mengamuk bila media x siarkan rncgn islamik, klu ada pun pelakonnya akhlak tak bleh nak kta. Kita pndai mngutuk je, tp suh jadi plakonnya x nak. Kita ada la pakej lengkap. Nak menguasai media, nak media kita hebat, islamik, ilmuan tp tak brani pun nak jadi one of them. Teringat plak aku pernah bercita-cita nak ada stesyen televisyen sendiri. Eh, ni patut kna buat topic baru ni.
14 – selain bisnes yg aku mulakan skrg ni dalam bidang rekabentuk, percetakan, pengiklanan.. nak expand ke lain2 bidang gak. Tp nak besarkan yg ni dl. Nak ada studio creative dgn kakitangan yg skp, nak menjenamakan produk2 tempatan, Bantu IKS, ada kilang sendiri, media sendiri. Boleh buat consultancy kpd syarikat2 besar mahupun bengkel2 kecik bawah rumah. Nak ada kilang yg mesin, printer lengkap A-Z untuk keje2 printing ni. Tak yah sub kat org. ada bnyk link dan source nak dpt brg. Klu bleh nak dari yg seakidah. Ada network mantap.
Lain2 yg aku nak ada, sebuah pusat membaca mcm library gak utk org awam, tp buku2 sume best2 la, ada pusat pendidikan untuk kanak2, akses internet, latihan utk org dewasa tak ksh la pasal pmbgn diri ke bisnes ke, kuliah agama ke. Ada bahan yg cukup utk tayangan, dpt rncgn yg bagus2 dari seluruh dunia utk sampaikn pd masyarakat. Jd pusat rujukan, tempat santai dan rehat, tempat dapat mklmt dan ilmu.
Aku kan ckp aku suka mkn, sblh library tu ada café mkn. Yg rgn2 je mcm bakery product, simple menu yg lighter and healthier.
15 – aku mmg nak kaya, selain untuk kepentingan ummah dan masyarakat, jugak untuk diri sendiri. Zaman skrg sumenya duit. Klu kita lebih, kita boleh beli kesihatan yg baik. Skrg sume tercemar. Nak sgt sediakan mknn yg organic, sihat, amalkan pemknn kesihatan yg bagus2. yg bagus2 kan sumenya mahal2. nak guna brg2 yg berkualiti, tak merosakkan alam sekitar, tak bahayakan kesihatan, senang citer amalkan life yg hebat. Skrg dgn kemampuan yg terhad terpaksa la sapu apa yg ada dpn mata. Gna brg2 murah. Mkn apa yg ada. Beli apa yg mampu. Walaupun tahu semua tu tak brapa bgs dan tak ok tp buat masa ni tu je la plhn yg ada. Kna pilih gak..
Klu pasal mkn, ada stok buah-buahan, mknn2 sunnah, tak mmbazir ada brg cpt rosak, gna brg dapur yg berkualiti. Lain-lain, nak ada rumah yg best, rumahku syurgaku. Mampu bina rumah idaman. Bkn mesti besar tip ruang dalam rumah mampu melaksanaka fungsinya seperti yg aku inginkan. Tempat utk rehat, tempat untuk belajar, tempat menyambung silaturrahim. Tu hal rmh la. Klu hal bisnes, dlm keadaan skrg ni klu mampu, nak upgrade computer ni standing ngan keje, bleh renovat kdai bg meletup, bleh buat promosi gila2, bleh amik job besar2, boleh amik pekerja ramai2. bleh Bantu masyarakat skllg, buka peluang pekerjaan sambil boleh dakwah dan tarbiah di tmpt keje. dan yg penting ada kebebasan kewangan ni nak ada kebebasan masa. Time freedom lah yg aku kejarkn utk dpt financial freedom ni sbb aku nak ada masa yg berkualiti dan bynk utk family. Aku mahu memberi tarbiah yg baik pada anak2 aku, beri perhatian yg pertama pada suami.
16 – aku hanya mahu jadi Latiffah yang luar biasa hebat. Orang yg low profile, humble, dilihat biasa saja tapi mmpu member kesan yg besar kepada yang mendekatinya, yg dekat padanya, yg jauh juga. Disayangi oleh yg tersayang, memperi inspirasi dan motivasi pada yg memandang. Tidak mahu dijunjung atau dijulang, Cuma mahu didekat dan disayang. Boleh ditegur bila silap, boleh digurau bila disapa, boleh serius bila bekerja, boleh menjaga maruah tika bepergian, boleh tabah dalam gundah, boleh redha dalam payah, boleh dipimpin tika gelincir, boleh ditarik tika tersepit, boleh memberi kala diberi, boleh bersyukur walau tersungkur, boleh mengasihi jika dibenci, geliga berbicara, husna jiwa, suci hati, cerah fikirannya dgn hidayah.. semuanya mahu disandarkan pada yang Agong. Aku mahu syurga itu. Aameen..
ha.. kan dah panjang.. nasib la, sape larat nak baca. che da, baca jgn tak baca. taktau la nak tag sape lg, kawan yg buat blog ni bkn ramai sgt pun, sumenye pun dah kna tag agaknya.
tag je la org yg sama pun, marianour, nuwairah, natashacorner, ckgu zurina, azaref, mr halim, maha0703, nasir.. x ckp 16.
Posted at 6:45 PM | Labels: peribadi |
3 comments:
Mak aih panjangnya!tp. xsangka fz boleh khatam. truly, inilah ktipah.
*jgn tag fz. dh wat dh psl 16 hal ni...
*baby cepat kua, aunty2 az nk jmpa =>
rindunya kat akak..jaga diri baik2 yer...!!
Tipah..tipah.klu dah tipah tu tetap tipah jugak. Anakku, adikku. Aku hrp ko blh improve ekspresi engkau yg selalu lambat smpi berbulan kdg2. Ye..Puan Latifah, anak kecil nanti perlu respon segera. On the dot. Kena tunjuk suka, tak, waktu tu jgk.
Mimpi, aku juga sukakannya. Bermula dr mimpi, membentuk impian dan cita. Kita merangkak, bertatih, berjalan dan berlari mengejarnya. Kita gembira, kita ketawa, kita terjatuh, kita menangis tapi kita tetap bangun kerana kita percaya mimpi akan jadi nyata dengan USAHA....!!!!!!!!!!!
Post a Comment