Masa Berjalan.

MASA BERJALAN..

Sedar tak sedar masa berjalan dgn begitu cepat sekali. pejam celik, pejam celik dah nak hujung febuari. seiring dgn perubahan masa, begitu jugak dgn hidup kita. hari-hari ada sahaja yang berlaku. hari ini tak sama dengan yang semalam walaupun kdg kita terasa rutin yg kita lalui setiap hari seperti sama sahaja.
Kita cuma berharap setiap hari dilalui dengan lebih baik, lebih cemerlang.
aku semakin sedar akan usia ku yg semakin meningkat. perubahan fisiologi bnyk memberitahu aku secara terus. walaupun aku selalu perasan yg aku masih muda. mimpi2 zaman persekolahan buat aku terasa yg aku masih di bangku sekolah. tp persekitaran memberitahu aku juga. aku kini sudah meningkat umurnya. aku sudah bekerja. aku sudah bersuami, aku sudah berbadan dua. klu dulu ya, masih ramai orang yg menegur aku, tingkatan berapa? wlupun aku sdh berumur 23, 24, 25 thn. tapi skrg tidak lagi nampaknya, klu ke mana2, ada yg ingin bertanya.. cikgu ke? ngajar kat mana? akuagak bosan dgn tekaan2 yg tidak tepat seperti ini. ingin aku menjerit dan bilang pada dunia aku bukan cikgu sekolah!.. hehe.. bkn kerana tidak 'class'nya menjadi cikgu. kerja biasa seperti aku ini apa lah sgt. kerana kerjaya guru itu begitu mulia, tidak setanding dgn diri aku makhluk biasa ini. bagus juga pertanyaan org ramai seperti itu, kehadiran aku sudah mula dirasai di pekan kecil ini. peluang begini aku gunakan untuk aku memperkenalkan diri.. "oh,, tak, saya bekedai. kat pekan baru tu, atas zek collection. saya buat printing. klu nak buat kad kwn ke, cop ke, banner ke boleh la tempah kat saya" sambil diring dgn senyuman. manis atau tidak aku tidak tahu.

bisnes aku masih begini. blum begitu ke hadapan nampaknya. signboard tak naik2 lg. cuma skrg dah ada seorang pembantu. anak tempatan berumur 22 tahun. lepasan sijil food tech. duk kat kedai aku aku train dia jadi graphic designer. alhamdulillah dalam masa tak sampai 2 mngu ni dia dah boleh blajar ilmu2 design yg penting supaya dia boleh membuat tugasan itu di kala aku tiada nanti. aku pengajar yg baik agaknya. ilmu2 yg aku dapat selama 3 thn, aku boleh ajar dia sampai dia menguasainya hanyadalam masa tak sampai 2 mngu. patutlah org pgl aku cikgu. haha.. aku minat juga megajar tp tu la.. kau ckp dah.. aku tka kisah mengajar tp tak moh yg terikat mcm kat sekolah ni.
faktor2 lain yg mmbuatkan org pgl aku ckgu mngkn sbb pakaian aku. pakai baju kurung setiap hari. cikgu je yg pakai bj krg setiap hari. aku mana la ada pakaian lain selain baju kurung dan adik beradiknya. kurung pahang, kebarung dan kebaya labuh. satu lagi pakaian yang ala-ala ustazah, padan la org teka aku mengajar. habis tu, pakaian seorang bisnes woman mcmna?
takpelah.. apa2 pun boleh la..

kandungan aku dah masuk 6 bulan, perut dah agak boyot. walaupun masih ramai yg tak perasan kehamilan aku ni dek kerana pakaian aku tadi. pakaian aku yg agak besar mampu menutup perut aku yg semakin ke depan ni. nak beli baju hamil di pasaranm alahai, aku tgk mcm tak best je. besar2 gedabak sgt pastu bertali2. design pn x cntik.mcm baju tido je.harga boleh tahan gak. tp kat sg besar ni harga ok la. haritu tgk kat giant t.samudera bj prgnnt tu harga dia rm99.90. design dan jenama yg sama jual kat sg besar ni rm39 je. sib baik aku x beli. aku pun tak memperuntukkan bajet untuk pakaian masa mengandung ni. pakai je la baju apa yg ada, mana yg muat lg walupun agak menyeksakan. klu dah tak bleh sgt, takpe la nnti aku carik la jgk. kna bajet tu, bj2 mcmni pakainya boleh sekali skala je. setahun sekali pun blum tentu. klu baju krg, bj zaman sekolah mngh pn bleh pakai lg. aku je la kot yg pakai bj lama2 ni lg. org lain tukar baju sebulan sekali, semngu skali.

skrg nak pk blnja untuk permata hati. klu tnya orang mcm2 bajet. lg2 kul anak sulong, utamakan g brand, brg2 baru dan bagus2. pada aku asal boleh guna dan elok takpe. ada yg berbelanja beribu2, hampir ribu. mcm2. smlm gi tgk tilam baby. dah beli pun, jenis kekabu mesin, tebal gak. se set rm24. ok pe.. nanti cadar, srg bntal, nenek dia nak buatkan :) jenis kekabu kampg rm49. mmg best tgk tilam tu, besar, bdk 5 thn pun bleh landing. tebal lg. tp takpe la.. nak gna utk baby yg comel je kan, tu pun beli smlm besar gak, x prnh aku tgk tilam baby bsr tu. mlm td rasa nak tido atas tilam baby baru je. hehe...

dalam aku yg smkn memboyot ni, ada gak hati kami nak pindah rumah. mmg nekad nak pindah ke rumah yg lbh baik memandangkan rmh skrg ni uzur dan tak sesuai apatah lg bila dah ada anak kecil nnti. walaupun persekitarannya yg bagus, hampir pada kebanyakan kmdhn utama di kpg, ada perkara lain perlu dipertimbgkn. keadaan rumah. skrg dapat rmh btul2 dalam kpg, agak jauh dari kedai2 dan surau tp masih ok la. kna naik moto ke. org lain bleh hdp je kat ctu kan.. rumah sebuah yg comel.. ada 2 blk, satu ruang kerja, 2 toilet, ruang tamu yg luas. cukuplah untuk kehidupan kami semntara blum bina rumah sendiri. harga sewa? rm180. ha, mesti kawan2 aku yg kat pj tu jeles... harga sewa rmh sebuah sama ngan harga sewa bilik kat pj yg bersaiz 3m x 3m. hihi. apa nak buat, tu la bestnya duk kat kpg. rumah tu sebelah rmh tuan rumah, mbah.. nenek tu agak tua tp bertenaga. dulu dia buat rumah tu utk anak dia tgl ctu, bleh teman kan dia bila dia dah tua, tp rezeki anak dia di tempat lain, anaknya berpindah ke port klang. jadi rmh tu ksg. maka jadi lah tempat berteduh kami.

meh la dtg rmh kitorang, best, blkg rumah boleh gi tgk laut. laut selat melaka.
mmg takde keje cari keje, nak pindah randah ni, angkut2 barang tp takpe, aku mmg dah bersmng nak berhijrah. bkn bnyk sgt brg pun. tp klu ikut amoi cina kdai hp bawah ni dia kata masa tgh prgnnt ni tak sesuai buat ubahsuai rumah ke pindah ke. tak bgs utk anak. yeke? taktaula. yg aku tau, klu berhijrah tu ke arah kebaikan, lagi bagus kan?

sempat gak aku blogging di tgh2 sempit ni, keje bnyk ni. hehe.
apapun aku nak wish congrat kat mastura yg dah selamat melahirkan buah hatinya, raihana izzati. dan yg lain2 seangkatanku yg masih berjuang ni, moga selamat dan tabah.
pada yg nak melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni juga aku ucapkan semoga dipermudahkan segala urusan.. ok la..

gtg..

salam sayang utk semua. :)

1 comments:

Anonymous said...

Thanks Pah..xbest aa ko xpat join gath kat kenduri umah aku. Xpela..bebila singgah kajang mai la umah aku. Jaga diri ko, jgn wat keje berat2 plak..ko tu skempeng.. huwa huwa huwa.. :D

Design by Blogger Templates