balik kpg dan komitmen utk BF

Harith dan aida mastura .. anak kepada anak sdara aku, ita. harith as paklong to aida.
sorg licin sorg lebat berkilat.. harith tua seminggu dr aida. sape lagi besar?


Blk kpg Paya Mak Insun, Pendang, Kedah

mngu lepas, ptg jumaat kami memulakan perjalanan blk kpg ke Kedah. mmg dah lama kami x blk sejak bln 2 lepas. masa dah sarat tu ramai yg x bg buat perjlnn jauh ditambah ketiadaan masa disebabkan kuar masuk spital. suami dan aku. mmg teruja nk blk melalui perjlnn yg pnjg dan ini adalah perjlnn terpnjg pertama si kecil Harith..

wah, bkn main seronok lg. harith mmg suka naik keta. naik keta je terus senyap dan tido. tmbh plak haritu prjlnn bermula senja jd gelap je.. mesti harith heran nape mlm tu gelap awal. jam mlm dah terawal. biasanya pkl 10, 11 br gelap. mlm tu pkl 8 dah gelap. dan biasanya blm tdo lg tp mlm tu dah tdo dlm keta. cuma kdg2 di selang seli dgn cerah lampu jalan berwarna kuning. risau gak aku mlm tu, jadual tdo dia dah berubah jd awl, takut kang bila sampai kpg, tgh mlm tu taknak tdo plak.

kami blum beli car seat utk harith lg.. duk pk2 perlu ke beli skrg. spjg prjlnn jauh blk kedah tu pun aku letak harith kat tilam je. sendal bantal skt. klu terlanggar bonggol ke break mengejut ke, dia tak bergerak pun. rilek je di perbaringan dia. tak heran apa pun. so, kira tak yah la beli baby car seat lg lgpun mahal ya amat..

sampai kedah jam 12.30 mlm, disambut oleh tok dan tokwan harith dgn gembira. harith pn gembira bila sampai kpg. ada mak uda, mak teh dan makcik yg rajin melayan harith. ibu harith bleh rileks skt. jgk ada abg abdullah azam yg mnggelarnya abg long sbb dia cucu sulong kuarga blh abg. harith cucu no 3 selepas aqif anak kak na yg lahir bln jan lepas.. sebaya ngan harith je.
aktiviti harith kat kedah .. gi jalan2 jgk naik keta. hari sabtu ikut hntr mak uda kat insaniah. hari ahad jln gi rumah nenek, toklong, tokngah.. suka la harith bleh naik keta.

harith skrg nmpak makin cerdik. dia suka bersembang. suka tgk mulut comel dia mengomel dgn bahasa pelik dia tu. dan dia juga dah suka menjerit, meraung dan menangis untuk tarik perhatian. yg ni mmg tak larat skt sbb dia mmg dah tak suka brg kat tilam dia. nak suh org riba, dukung, bawak jalan2. br je acah nk letak kat tilam dia akan menjerit sekmpg bleh dgr. hai.. bersabar jela. klu masa br lahir dl, dia hnya akan nangis dan menjerit masa mandi, skrg mandi tak jerit dah.. time lain plak dia jerit. bila aku amat amati, suara harith mmg kuat, serak2 basah dan sedap.. hehe. boleh jd qari bila besar nnti. :D dia menjerit tu sbb nak bt latihan vokal bg suara mkn sedap. nnti besar bleh blajar tarannum ngan tok wan.

komitmen utk BF Harith
sebenarnya aku hampir kecewa untuk terus berazam mneyusukan harith scara eksklusif. bila tgk harith mcm tak knyg2 walaupun dah menyusu lama sehingga sejam atau hampir 2 jam. mnyusu, lena kjp, bgn mnyusu lagi. nampak dia tak puas. tdo dia pn terganggu dan kita pun terganggu sama utk buat keje sbb asyik nak kna susukan dia. aku cuba mncari jalan utk bg harith susu, kna pump jgk, masuk dlm btl, so kita nmpk dia mnm bnyk ke skt. bila nyusu bdn, kita taktau susu ada atau tak, bnyk atau skt yg dah dia mnm. aku bli breast pump battery operated dan bleh pkai letrik tp yg murah je la. try sekali bg harith tghri tu susu gna botol lepas tgk dia mngamuk2. lepas bg just dlm 2 oz dia terus diam dan baik. tahulah aku yg dia mmg lapar.

pumping session diteruskan.. tp hasilnya sgt mengecewakan. hmm.. dpt skt sgt. skali sesi bleh dpt kebiasannya hanya 1 oz. dapat 2 oz ckp rahmat. dapat 3 oz tk taulah gmbira tak terjata tp pernh dpt skali je. tu pun amik masa yg lama. tak smpat nk buat stok. skali pump skali bg kat harith. klu dpt sebotol sehari pun dah ckp syukur. bila tau org lain bleh dpt sampai 12, 20 oz sehri, rasa sedih sgt. rasa kesian sgt kat harith, tkt dia x ckp susu bila tgk dia kurus je. spjg kat kedah, aku bg harith susu gna botol yg dpt dr pumping session skt2 tu. bleh la dlm sehari bg 2 kali dgn kuantiti 2 oz setiap kali. tghr ngan mlm. 3 hari je bg dgn 2 oz tu, harith nmpak dah naik bdn dia, muka pun dah bulat skt. ternyata mmg dia perlu kan lbh susu. harith lelaki perlu lbh susu.

aku blm putus asa, terjaga pkl 2 ke 3 ke aku akn bgn utk buat stok susu harith keesokan hari. walaupun yg dapat tu sdkt sgt2 kdg2 dalam 5 ml je tapi teruskan jgk. org kata mkn slalu kita bf baby ngan pump, susu akan kuar bnyk.. nmpknya semua tu blm nampak berhasil. ada org kata minum susu, horlick, oat bleh tmbh susu. pg ptg aku akan minum cereal radix hpa. plus susu anmum lacta plus horlick plas oat biasa. hasilnya sama saja padahal sudah diamalkn sjk pntg lg.
pergi farmasi, beli ubat tamah susu, just obimin plus blum ubat2an lain.. dah 3 hari mkn.. blum nmpak perubahan positif..

mlm td.. mengalir jgk air mata ni.. rasa kecewa sgt2. tak boleh nak mengadu ngan org keliling.. org lama kpg.. lain caranya. hnya akan menambah kecewa dan hilang semangat je nnti. tgl suami sahaja penguat smngt dn sahabat2. klu tnya org2 tua, disuruhnya tambah ngan susu formula. plg teruk suh je bg nestum dan bbr nasi. bayi sekecil 2 bln ni suh mkn nasi. klu adu pasal harith yg smkn kuat menangis dan meragam, jawapannya budak tu nak kena buai tu. semua jawapan2 yg x masuk dalam senarai aku akan buat. jadi baik la aku diam je. kna kuat smngt sndr. apa2 masalah pun hadapi la sendiri. tambah smngt dan dptkan info dgn internet ni la. internet ni la sumber nak dpt keyakinan diri. baca pngalaman2 org lain, saranan dan nasihat,
taktau dah nk buat mcmna.. klu org cdg beli set pump yg lbh mahal dan berkualiti.. itu diluar kmmpuan aku. lgpun aku masih sentiasa bersama harith. walupun secra zahir, mnyusu bdn dilihat tiada kos, tp klu bermasalah bnyk jgk kos yg perlu dikeluarkan. selain set breastpump, alat pnjgaan, supplement tmbhn utk ibu, mknn dan mnmn yg bgs.. semuanya perlukan belanja.
yg aku mmpu aku usahakan sehabis2nya.. selebihnya hnya tiggal azam dan tawakkal kpd Allah.

saya mahu beri yg terbaik utk harith. dia berhak dpt yg terbaik. biarlah sbg ibu, kita bersusah. itu tugas dan tgjwb kita. walau hmpir tiada rehat, tdr yg tentu, mkn jg.. tdk mngapa. pengorbanan perlu dibuat.

takde apa yg saya perlukan skrg, melainkan sokongan suami dan sahbt2. sokongan dr pelbgai segi kerana saya tak mampu untuk mnghadapinya seorg diri.

hjg mngu ni cdg nak gi printg exhibition, harith kna ditinggalkan dgn sesiapa tp taktau lg nak tglkan kat sape. yg plg merisaukan, stok susu utk harith hari ahad nnti juga blum ada. klu stok tak dpt buat, mknanya hasrat saya utk ke exhibition perlu dibatalkan. harith blum boleh saya bawa ke sana. dia masih kecil. org ramai, bau chemical yg kaut semua tu membahayakan harith.

apa alternatif saya? hnya utk tgl kan harith 1 hari, sudah bingung. klu saya bekerja mcm org lain ygkna tglkan anak kat pengasuh, ntah apa la nasib harith,.. huhu , tolong! tolong! camne nk bt stok neh.. ada sape2 sudi jd ibu susu harith x utk ahad ni, huhu

5 comments:

ustad said...

salam...

sebut pasal penyusuan, jangan pernah ada rasa giv up...kite manusia, anak kita pun manusia.. apa hak kita nak menafikan rezeki anak kita yang ALLAH bagi melalui kita...

jie pun penah gak dulu sedih sangat, risau sangat dan susah ati anak lapar.. tp ercaya laa, selagi ada kemahuan, selagi tu laa ada bekalan....

duhai ibu, anakanda tak minta belikan pakaian yang cantik, mainan yang mahal.. tapi berikanlah susu ibu lazat untuk anakanda ni...

Anonymous said...

Salam Ibu Harith,

Saya ucapkan sejuta syabas kerana akak tetap pendirian untuk menyusukan Harith comel. Abdul Bari pun selalu terjaga tengah malam, hampir setiap jam bangun untuk menyusu, kalau tak bersabar dan fikirkan yang terbaik untuk anak mungkin dah lama bertukar ke susu formula. Memang benar, orang keliling yang masih kurang ilmu tentang faedah susu ibu akan sarankan supaya kita berikan susu formula, beri nestum, nasi, beri air kosong, beri puting,gunakan buai untuk tidur dan pelbagai lagi saranan yang tidak berfaedah untuk bayi kita malah boleh membahayakan si kecil permata hati. Yang penting kita ibu, MESTI kuat semangat dan konsisten menjayakan susu ibu untuk anak, dah jika suami telah menyokong, itu adalah rahmat yang cukup besar untuk kita, tahniah sekali lagi kak..teruskan susu ibu untuk si bijak dan comel Harith, kiss him for me..

Ummu Abdul Bari.

Hailah Resources said...

Mekasih sgt atas support.. tu la, rasa kecewa tu mmg terselit gak kat hati tp action ttp komited meneruskan azam. sabar2.. yakin boleh..

zaza@mamaHanin said...

salam tipah..
ingat lafik ker ngan zaza (ex-NISA m'sia)..??
baca n3 awk nih tringat pengalaman nyusu hanin (my dotter) dulu.. awk cube mkn makan tambah susu.. dulu mertua ader petua saya makan ikan yu, wat goreng biasa camtu jer.. alhamdulillah mmg bertambah susu badan untuk hanin, pastu minum air banyak..saya dulu sehari wajib 3000ml.. sekali pump mmg dapat la 4 auns.. but atas sebab tertentu hanin now da stop nyusu badan.. banyak faktor laa.. salah satunya kesihatan... wallahu'alam...
teruslah menyusu kalu dah nekad camtu, toksah duk hirau kata org.. anak kita, bukan depa yg nak bagi makan.. pasai harith mcm tak kenyang tu, act saya ada refer ngan doc dulu, baby nih dia minum sket2 tapi kerap.. tambahan plak anak lelaki lagi kerap.. so, jgn tension2 (tu petua my cousin- NO STRESS, kalu tak susu lambat kuar),be positive and enjoy breastfeed ur son.. insyaallah.. ada kemudahan utk awak dan harith.. :)

ummuharith said...

mekasih zaza.. alhamdulillah, ahad dah berlalu. thanks to bonda yg tlg jaga kan harith. sib baik stok susu ckp berlebih lg. dpt jalan2 ke ipmex dgn sng hati. 1st time tgl harith, badan pun rasa semacam je. rasa skrg dah ok skt, bleh dah bt stok susu. mmg la tak dpt bnyk sgt mcm org sbb kita sntiasa bf harith.so far, alhamdulillah

Design by Blogger Templates