Persediaan..

sebenarnya lama lagi klu nak dikira hari ke tarikh melahirkan... apapun due date bkn mktmd.. masuk ke 37 minggu segalanya perlu standby. bersediakah aku?
terus terang, jawapannya belum.. mental dan fizikal. hai, risau plak.
sejak akhir2 ni kerap rasa tertekan. taktau lah kenapa. bebanan kerja dan keadaan fizikal seperti tak brapa nak selari. badan semakin lemah kerana beban yg smkn hari semakin berat. kerja plak perlu dibereskan secepat mngkn untuk menghdpi sgala kmngknn. setiap hari bekerja dlm keadaan mendesak. takpelah.. mngu depan, nak start bekerja dan berehat..

persediaan menyambut permata hati seadanya, alhamdulillah.. masih diberi izin olehNya untuk mampu menyediakan apa yg ptt. sekadarnya. untuk ibu? blum lg.. sikit2. harap ckp2, tidak berlebih2. masih di prtghn bln 5, sudah ramai yg bertnya dari jauh. sms jg menerjah ' dah bersalin ke?' 'blum lg.. nnti bln 6...' mcm lama lg. tp bila tgk keadaan diri mcm menunggu masa bila-bila sahaja. diri sendiri pun kdg terkejut melihat perubahan yg berlaku. bgn pagi terasa lebih besar dan berat. apa tidaknya, masa 6,7 bln blm klhtn sperti ibu mngndng, tiba2 sahaja sudah berubah mnjadi seorang yg sdg mnghtg hari. sakit2 itu biasa. tak ada apa. tapak kaki jg seperti dah x mmpu menanggung beban badan tp hati masih remaja utk berjalan ke sana ke mari.
hari ini terasa ingin naik bas buruk dari sg.besar ke k.selangor utk berjalan-jalan. klu x mngndung pun, ada yg taubat takmoh naik bas tu.. ntah apa kena aku nak naik bas tu plak hari ni. abg kata tak payah lah, terhentak2, nnti nak terbersalin dlm bas tu mcmna?
hehehehe... aku pun xde jwpn.

hanya doa dipanjatkan agar semuanya selamat. aku mahu tenang di saat2 ini spya tidak mempengaruhi permata hati yg berada di rahimku. pergilah tekanan supaya tidak terhambur sifat2 mazmumah dari diri aku di kala ini. mengenang customer yg dah order tiba2 nak cancel sdg job dah jalan, job yg tgh jln tp mkn masa plak, tgu brg siap. customer yg bnyk songeh.. memaksa2 mcm dia sorg je customer kita.
skrg tgh speed ajar staff, nnti nak cuti lama, kna harap dia boleh buat semuanya. mmg tidak adil utk dia, dia hnya lepasan STPM, dlm sebulan dia harus catch up semuanya sbgai persediaan ketiadaan aku. kdg bila dia lambat, aku plak yg rasa stress sbb risau dia x mampu buat. kesian, dia plak jd mangsa. aku dulu belajar semua2 tu mkn masa bertahun2.. aku suh dia dpt apa yg aku ajar dlm masa sebulan. tp padan la jgk, aku amik masa bertahun2 sbb aku blajar sendiri, bkn disuap. semoga dia boleh berdikari tanpa aku nnti.

hari2 akhir begini, selain tekanan kerja, emosi yg lain turut terpengaruh. perasaan bimbang, rasa bersalah terutama kepada suami krana tidak menjalankan tgjwb suri rmh dgn sebaiknya, terasa bgitu bnyk menyusahkan dia. keterbatasan melakukan rutin harian sprti sblmnya buat diri rasa tertekan padahal abg mngkn tidak apa2. aku tahu abg gembira dalam payah kerana berkorban di saat ini membantu aku. sama2 merasa bebannya. aku ptt bersyukur kerana dikurniakan suami yg tidak berkira dan sggp susah bersama.. terima kasih abg, x sangka kan.. dah nak setahun kita hidup bersama. dah nak anniversary dah. cepat btul masa berlalu. moga Allah beri kekuatan pada kita untuk meneruskan hari yg mendatang dgn penuh ketakwaan.

andai aku pergi, adakah syurga layak utk aku? selesaikah sudah urusan ku dgn manusia? masih adakah yg tergantung? semua itu sgt merisaukan aku. adakah aku telah dimaafkan dan diredhai..

hidupku tidak sprti seorang pejuang yg layak mendapat shahid. aku tidak bersusah2 bersama sahabat2 dlm perjuangan. aku hnya seorang yg meneruskan hidup aku seperti seorang awam yg biasa. ntah apa amal yg pernah aku buat, tak mmpu aku utk mengingat. yg mampu aku imbas hnya dosa2 yg acap aku lakukan. layakkah aku untuk memohon rahmat Allah agar diberi ruang yg indah di alam sana?

mohon jua rahmat dan kasih sayangMu untukku yg tersangat hina ini. aku yakin rahmatmu begitu luas sekalipun untuk hamba seperti aku.

0 comments:

Design by Blogger Templates