sirih pulang ke gagang..
Assalamualaikum WBT.
Apa kabar ye kawan2, adik2, makcik2, pelatih2, peminat2 juga tetamu2 saya skrg ni?
berseri2 je .. apa rahsia ? :) tak kurang gak yg mengeluh di tgh2 bln di tgh2 thn ni.. rilekksss..
heh, memandai je aku.
bila dah lama tak memblogging payahnya nak memulakan bicara. walhal setiap hari ada je angan nya. klu aku buat blog aku nak tulis pasal ni la.. kdg sambil berjalan tgk sesuatu dah buat ayat mcm ayat tgh mengarang kat blog je dalam kepala otak ni.. tp blog nya takde pun.
berangan je tau.. ha.. skrg br nak realisasikan angan2. salah ke berangan.. ada satu ayat aku jmpa dlm satu majalah tu, apa salahnya berangan, ingat mat jenin sorang je ke bleh berangan?.. hehe.. btul gak kan. setiap cita-cita yg sdg diusahakan dan telah tercapai oleh kebanyakan orang2 yg berjaya bukan ke bermula dari angan2? berangan dulu.. hayati perasaan masa tgh berangan tu. mesti rasa syok abis. bila kita dah feel.. br kita bleh nak kuatkan azam jadikan cita-cita. bila jadi cita-cita, kita mesti usaha. kan.. kan.. kan..
sebab aku ni kuat berangan atau kuat mikir atau kuat menyerabutkan kepala otak aku ni, org tgk aku mesti tnya ko pikir apa tu?
aku kdg taklah pk berat2 sgt, simple2 je. aku tgk selipar toilet kat kdai aku ni kaler hijau floresen... tgk punya tgk.. cantik la kaler ni. aku mula la terbayang klu kdai aku kaler tu, pastu tmbh skt lg angan klu buat selang kaler cyan pn cntik gak pastu buat corak bulat2 kat dinding. pastu pk lg nk buat corak tu bg nmpk real mcm bkn cat. terbayang customer dtg tgk dndg aku cntk dia pun gi kat dndg. kat dndg plak ada senarai services yg aku buat, diorang bleh baca dan dpt info.. ha, tak pnjg ke berangan padahal td pakai kasut nak pi blkg buka tingkap je.
isy.. aku nak citer pasal tajuk aku tu. 'sirih pulang ke gagang'. citer pasal berangan plak..
aku bukan la nak cter pasal sirih ke gagang ke tepak sirih ke sirih junjung ke.. bukan.. bukan..
ni kan blog aku, nak citer pasal aku la.
maksud sirih pulang ke gagang ni ialah sesorang yang dah merantau akhirnya pulang ke tempat asal.. hmm. itu lah aku.
aku asal dr cn, lahir kat tgh sawah padi kat parit 3, sg Hj Dorani. membesar kat peket 60. kpg2 ni kat sg besar, Selangor bg mereka yg tak tau. lepas masuk UM, duk rumah sewa kat PJ hampir 5 tahun. sambil mencari rezeki di merata tempat dan menetap di PJ, aku mmg jarang blk kpg. apatah lg mak aku yg kawen baru ngan seorang pakcik yg baik dah tgl kat Kajang. so,rmh kt kpg dah kosong dan akhirnya rumah tu dibuka dan dijual kepada org susah yg takde rumah kat kpg ni. jadinya tgl tapak je la rmh tu.
siapa sangka azam aku yg kuat utk bekerja sendiri dan merealisasikan impian juga angan2 untuk mengendalikan perniagaan memilih lokasi di Sg Besar utk aku meraih rezeki dr Allah. bkn saje2 jgk aku plh Sg besar. pada awalnya dah survey tmpt di Kajang, petaling jaya, Ipoh.. akhirnya aku memilih Sg Besar berdasarkan banyak sebab walaupun klu nak diikutkan Sg. Besar bkn la apa sgt dr dr sudut lokasi biz utk printing berbanding KL ke Ipoh ke. Aku bulatkan keyakinan.. rezki ada di mana jua, utk hidup yang lbh panjang InsyaAllah,pulang ke tempat asal blh baik. walaupun tiada oran tua di sini, tp saudara mara, adik beradik masih berbaki. Antara masih kenal dan tidak maklumlah sejak sambung balajar UM thn 1999 aku mmg dah jarang jmpa keluarga.
duduk di kpg setelah lama (mcm la lama sgt, lama lg duk kpg dl ni) di kota kdg rasa
bosan jgk, pernah rasa mcm nak mengamuk bila takde kmdhn mcm kat KL. yela, aku ni kaki jalan, kaki makan (yeke). yg plg mnyeksakan pasal Internet. adus, ssh btl.dl biasa gi lepak mana2 tmpt yg ada wireless free, kt kpg nak cr cc pun tk tau kat mana.
aku pk penyelesaian.. gna celcom broadband. gi survey dl kat maxis, celcom akhirnya aku plh celcom utk ktngan jiwa raga.. hehe. walaupun agak lembap mklmla kwsn kpg takde HSDPA, 4G, 3G,.. yg ada hnya coverage GPRS.. ok la, sampai skrg aku duk gna lg.. lembab2 pun dah bnyk job aku bleh buat. (hi streamyx, bila nak masuk dlm kdai aku ni? line tepon pn xde lg)..
premis aku ni kawasan business centre, kira kwsn tgh naik, cuma kwsn br, telekom tgu sume building siap, kdai dh bnyk buka, bnyk deman br nak masukkan line kat kwsn aku ni.
sabo je la.. kesian kat aroscom (kawan aku yg share sebumbung kdai), dia nk buat biz cyber cafe, terpaksa la thn hati skt. kata telekom maybe bln 6. sian dia, tp apa nak buat gi majlis daerah lesen cc dah x kuar.kuota dh pnh.. siann..
lain yg aku ssh hati kt kpg ni,, kdai2 mkn yg aku suka gi takde,, ala, kt KL pn bkn aku selalu pegi, di kala teringin atau mengidam je aku gi.(mcm org ngandung la plak,;) ) cthnya mcm baker's cottage, the king's.. secret recipe, mama chop papa grill, kenny rogers.. huhu.. takde. klu aku teringin tu.. pendamkan jela.
yg bagusnya aku bnyk mkn mknn kpg yg aku mmg minat gak.
Posted at 9:45 PM | Labels: peribadi |
1 comments:
Salam. Well. Welcome back. Aku teringat zaman pmi ada web bila rsian l muka yg memenuhkannya. Anyway, aku selalu percaya pada angan-angan. Ia akan berkembang menjadi mimpi. Dari mimpi, menjadi impian. Dan kita-kita kan sedang dan terus berusaha untuk merealisasikan angan-angan sendiri. Dan yang paling pasti, engkau adalah orang yang paling kuat berangan dan bermimpi dengan mata terbuka. Chaiyuk.! Bila aku nak lawat kedai ko ni.
Post a Comment