semangat ke tahun baru
assalamualaikum wbt..
apa kabar sahabat2 semua, lama x update blog kan.. setiap hari dgn masa yg sama mengurus pelbagai perkara yang semakin hari semakin bertambah.. cabaran untuk saya, tiada lagi ruang istimewa untuk update blog. mm..
nk cerita pasal apa lg.. psl harith la.. hehe..sedar x sedar harith dah 6 bulan and dia dah start solid food, yeay!! akhirnya tiba masa untuk harith mkn. klu sblm ni bersabar menahan telinga bebelan org suh bg harith mkn.. skrg ..masanya. mula2 skr jgk bg harith mkn sbb dia x pndai telan lg.. tp skrg, ok dah.. dia dah bleh mkn dgn baik dan gembira.. just make sure time mkn masa tu mood dia baik, bkn masa dia ngantuk atau lapar sgt.
1st food dia.. bubur nasi lenyek + bm.. klu bg nasi je, x laku la.. smngu mkn nasi, introduce harith ngan pisang. wow.. harith suka mkn pisang. sedap. n now, pisang takde, ng mkn nasi lg + carrot + bm..
tak sabar nk tgk badan harith naik skt, bernanah telinga org asyik ckp harith kurus je. klu tgk chart kat buku klinik tu, mmg la di thp merah. tp saya x kisah, as long harith membesar dgn sihat n happy, biar kurus tp sihat, jgn gemuk tp obes n sakit. Alhamdulillah, stkt ni Harith blum pernah demam, selesama, muntah2 ke mcm baby2 ln yg sebaya dgnnya. berkat susu ibu seperti yg disarankan Allah dalam kitabNya..
pernah beberapa kali saya tersangat putus asa ttg breastfeed. sukar untuk diceritakan bagaimana mengharungi hari2 bekerja dan menjaga baby pd masa yg sama. kdg2 double tension, hmpir saja melepaskn stress kpd harith sbb geram. dan hampir nekad untuk mencemarkan proses penyususuan dgn susu formula. tp saya tabahkan diri, nnti dulu, tambah satu hari lg,, satu hari lagi.. akhirnya 6 bln harith dapar hak penyusuan exclusive.. Alhamdulillah, syukur pd Allah yg memberi kekuatan ini pada saya. tak dapat diungkap dgn kata2.
harith dah 6 bln! anak ibu dah besar, dah mkn nasi, buah, sayur.. harith dah pandai 'mengemas'.. ha.. part ni plg best. seiring dgn usianya 6 bulan, harith mula pandai merayap ke setiap penjuru rumah dan kedai yg ingin dia pergi. fuh, kena beware sgt2 sbb kdg tak notice ada benda2 bahaya yg dapat dicapainya. since dia dah pndai merayap kurg sikit penat sbb kurang sikit merap utk sentiasa di dukung. sbb dia dah bleh pegi sndr mana tmpt dia nak. most fav place harith skrg bawah meja dan kerusi tmpt aku bt keje, main wayar2.. and hobby harith main tolak2 tin biskut iko dan kotak kosong yg ada kat kedai dan ramas2 plastik juga koyak2 kertas. termasuk la buku dia. huhu.
kdg kesian gak kat harith sbb dia takde toys.. mmm,, ibu x mampu la nak beli. tp bagus jgk sbb harith main dan mengenal real thing. lgpun setakat saya tgk bdk2 suka main ngan toys ni kejap je, mula2 suka pastu dia bt x heran je. harith mmg excited tgk sume benda2 baru yg dia tgk skrg especially benda2 yg selalu ibu ayah pgg dan tak bg dia pgg. saya lebih suka lepaskan harith ke mana dia nak pergi dan amik apa yg dia nak. sambil tu kena awasi.. tp kdg terlepas pndang gak.. tgk2 dah bercebis2 kertas dlm mulut dia. isy.. xleh imagine cane harith klu dah pndai merangkak, skrg pn ligat semacam je.
skrg dah hjg thn, bln dpn dah masuk thn baru. planning baru x pernah pts cuma nak laksanakan je, kna strategi.. masa, kesungguhan. nak rebranding kedai aku ni.. nak tolak sume faktor yg bleh melambatkn keje.. tp tolak kpntgn harith takleh lg wlupun selalu berniat utk hntr harith ke pengasuh dan bg susu formula. nk kna siapkan sume material, showroom, marketing kits.. spttnya bln dpn nk bnyk jln bt marketing.. can u imagine, saya gi jmpa client, tetiba bby nangis kat luar ngan my staff, kna bawak masuk harith jmpa client and bf bby dpn client. oo.. sgh x pro, sib baik client pmpuan. apa nak buat, itu bahagian saya dan harith . k la, harith dah mengamuk .. kena layan dia dulu. keje no 2, blog no 10.. hehe
Posted at 4:04 PM | Labels: peribadi | 1 Comments
perginya sesuci Nur Fatimah
saat ini, air mata blum berhnti mngalir sejak mndapat khabar dr Khadijah ttg pemergian puteri nya yg di kasihi ke Rahmatullah subuh td. setelah 13 hari saya kira mngalami kondisi kritikal, akhirnya Nur Fatimah pergi jg.. bkn mninggalkn mama baba nya ttp tenang mnunggu mereka di sana.
blum pernah brtemu NF, saya btul rindu ingin berjmpa dgn dia, rindu sy tdk ksmpaian.sy benar terkilan.
br semlm sempat berbalas sms dgn Khadijah, yg jg saya rindu. saya dpt merasa jauh di lubuk hatinya sbgai seorng ibu perasaan yg terpendam.. terutama bila dia ckp dia rindu untuk memeluk dan mnyusukan Nur Fatimah. bergenang mata saya. saya mngerti rasa kerinduan itu.
sejurus mnerima sms pemergian NF, saya terus mmeluk dan mncium Harith.. saya bisik pada dia, NurFatimah dah xde. kita x sempat jmpa.. sy tdk dpt mnahan kesedihan.
NF sy anggap sbgai ank sy jg. Ya Allah, ini lah yg terbaik Engkau taqdirkan bt NF, ini jg yg terbaik utk mama baba nya.. berikan mereka kekuatan dan ketabahan. moga Engkau mberi ganti istimewa pada sahabat2ku..
Posted at 4:46 PM | | 0 Comments
rindu pd yg blum bertemu
salam..
lagi 5 mnt jam mnnjkkn pkl 11 mlm. rmh sudah sunyi.. harith sudah tidur ditemani ayahnya yg jg keletihan. saya taktau knapa memilih seorang diri menonton drama tv yg menyentuh hati. sebenarnya ada yg lebih menyentuh hati saya. saya teringatkan Nur Ffatimah.. juga mama dan babanya. bagaimana mereka melalui saat seperti ini.
saya belum pernah bertemu Nur Fatimah. sejak dia lahir yg lewat sebulan sahaja dari Harith, saya blum berkesempatan menemukan harith dgn Nur Fatimah. masing2 hanya mengintai di blog gambar2 anak-anak comel ini membesar. juga bertanya khabar juga berkongsi pengalaman dengan sahabat baik, Khadijah mama Nur Fatimah ttg menjaga anak. maklum saja, masing2 baru pertama kali menjadi ibu.
belum sempat bertemu Nur Fatimah, sudah sampai berita Nur Fatimah koma, di ICU putrajaya. hanya sekali pernah saya dpt berckp dgn Khadijah ttg Nur Fatimah. selebihnya saya sebenarnya tdk sampai hati. saya tahu Dijah tentu lebih letih dan terusik hati melihat permata hatinya sdg bergelut dgn nyawa. saya hnya bertanya khabar ttg NF dgn sahabat lain, Najibah dan Hairin ttg prkmbgn Nur Fatimah. td najibah dan hairin sms bt masa ini no progress.. good or bad. doktor dah stop ubat utk tgk prkmbgn NF.
saya mbygkn bagaimana saat Fatimah sblum koma, bagaimana dia menahan sakit. dia sangat kecil. di usia 3 bln bgaimana dia menghadapinya. setiap kali saya bersembang dgn Harith saya akan berpesan pd Harith, harith doakan Nur Fatimah yer.. hati saya sebak sgt. bila harith menangis manja2 sy terbayang NF menangis krana sakit.. bgaimana tangisannya. sanggupkah kita sbgai ibu melihatnya?
semua orang pun tahu, mamanya khadijah org nya bagaimana. dia seorang yg tenang dan tabah. dia mngkn lebih tabah dari saya yg hanya mendengar dr jauh sdgkn dia lah org yg berhadapan.
sya yakin ramai saudara dan sahbt yg mendoakannya. saya juga hnya mampu itu.
"Ya Allah, berikanlah ketabahan pada sahbt kami Khadijah dan Ramadhan dan dgn Rahmat Mu, Kau berikan yang terbaik buat si kecil Nur Fatimah. aamiin "
Nur Fatimah, ibu blum pernah bertemu kamu. tapi ibu sgt rindu..
Posted at 7:52 AM | | 0 Comments
kembali..
__________________________________________
hepinya ayah.. harith pakai baju dot.dot mama muaz bg..
Posted at 8:26 PM | Labels: peribadi | 3 Comments
tiada perkataan ' give up'
salam penghujung ramadhan. ramadhan sudah mau berakhir. terasa baru semalam ramadhan pertama. tiada kata untuk menggambarkan rasa hati ttg rmdhn yg dilalui kali ini.
blogger lain msg2 cerita ttg akhir rmdhn dan raya.. aku takde apa nak cerita. tgu raya kot br cerita. thn ni raya kedah dulu.. pastu raya kjg. raya pertama bersama manusia kecil.. harith la. mkn hari mkn encem anak ibu ni.
nk ckp ttg bf lg.. baru ni timbul perasaan nak give up. rs nak give up sgt. dlm2 give up tu teruskan jgk.. carik kekuatan antaranya dgn baca pnglmn org dkt forum2 berkaitan. ini ada satu kisah yg menjadi pembakar smngt saya utk teruskan niat murni saya itu. harap bila terletak di blog ini akan sentiasa mengingatkan saya takde apa sgt yg saya lalui skrg. harap dpt bg smngt kat org ln jgk espc sahabat2 rapat saya yg sedang bf dan yg bakal melahirkan nnti.
saya paste cerita. mohon halal, moga dpt keberkatannya oleh si penulis. pjg skt tp baca la yer.
Asslamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn makMak..
Mak igt tak adik dr kecil smpi besar Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn perangai
Anak bongsu mak sorang nie
Disaat spt itu lah mak suka Bercerita dgn adik ..
terutamanya Pengalaman mak menjaga adik dari bayi lagiMak..
Mak pernah cerita kat adik
Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan??
Mak bersalin kan adik semasa Kandungan berusia 7 bulan
Mak cakap mak mengalami kemalangan Berlanggar dengan lori
sedangkan Mak pula ketika itu hanya
Menaiki basikal tua tukMenjual kuih..
masa mak cerita tu
Adik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?
Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan
Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH Adik selamat…
Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
mcm mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
ebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg
Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu
Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan??
Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagi pon mak kata kita tak mampu
Nak beli pam sebab bapak pon
Kerja sebagai tukang kebun jer
Di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
Belikan mak pam& nak beli susu tepung
Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nie
MAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!
Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik
Kena guna tiub yg disediakan…
masa tu Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan Yg mcm tue…
Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad
Sebab mak terlalu kat sana & adik pulak
Masik kena tinggal di d lm kotak oksigen tu lagi..
Mak tanya doctor susu mcm mana??
Doktor cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu
’Doctor tak ada pilihan melainkan
Setuju dengan mak..
Bila adik Tanya mak cm mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…
Mak…
Walaupon mak jawab ngan senyuman
tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..
Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse…
Mak..
Mak igt tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘
Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..
Mak cakap hanya guna susu mak jer
Yang boleh bagi adik sihat Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??
Hehehe mak senyum jer..
mak cakap mak tak tau byk
Cuma mak tau byk antibody jer…
Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH
Itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie…
Mak cakap tak der susu lain yg terbaikSelain dari susu mak kan??
Mak3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
tapi mak kata adik dah tak dok dlm ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ???
walaupon mak kena bg susu
Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..
Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2…adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak
Hehehehe kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.
Mak igt tak???
Mak ..
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
Bila adik tanya mak naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2
mak tak nak adik sakit lagi
Mak..
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan..
Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan??
Tapi mak tak pernah bersungut..
Mak …
Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan??
Mak..
Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana penat lelah mu mak
Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..
Mak…
Mak igt tak semasa adik balik dr ngaji
Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam
Belakang surau tu..
mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.
Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marah
Adik takut kena pukul..
tapi bila malam tibaAdik cakap terus terang jer..
Mak teus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
sebab anak yg minum susu ibu nya dengan baik
Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …
Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..
Maafkan la nyah…
tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue..
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..
nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum
Mak..
Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..
Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak
Begiitu kuat pendirian mak..
Mak.
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mastu seronok kan??
Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan??
Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…
Mak marah adik…
Mak terus cakap kat kawan adik
Kalo betol suka kan adik Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi
Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie
Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..
Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..
Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..
Mak
Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saraf tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badanMak..
Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk
adik tak tahan mak …
Tak tahan tgk mak seperti itu…
Mak…
Selepas mak dikeluarkan hospital
Kami adik beradik beli Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak Melakukan fisioterapi di umah
Mak..
Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik
Tak akan putus asa adik akan ikut
Semangat mak cm mak susu kan adik duluMak..
Mak igt tak adik mandikan mak setiap kaliAdik balik kerja??
mak igt tak??
Ada satu hari lepas adik mandikan mak
Adik terus cium mak adik cakap kat mak
Yang adik mengandungkan??
masa tu mak suka betol…
manis betol senyuman makMak
Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..
Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak
Gi toilet ngan menantu mak tue…
Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …
Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…
Mak..
tak lama lagi kita nak raya..
Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…
MakLagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital
Mak..
Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2
Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis
Mak..
Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..
Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..
Mak..
Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun
Adik tau mak dah tak ada deria rasa
Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak
Berikan pada adik
Ya allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..
Mak
Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4
kita rayaMalam ni adik tido ngan mak kan??
Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi takut nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…
Tapi mak senyum jer..
Mak..
Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan??
Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…
Mak suruh adik Janji ngan mak kan???
Mak igt tak??
Mak
Hari dah pagi nie..
nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctorDoctor cakap
PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!
Mak…
Hari nak malam nie…
Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah
Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan
Mak..
Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..
Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..
Mak ..Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…
mak nmpk kan??
Lepas tu mak di kapan kan..
dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan
Mak ..
Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan…
Mak
Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat..
Rupa nya surat mak kepada anak2 mak..
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh
Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk
Mak..
Sejak ari tu mmg kami adik beradik
Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..
Mak..
Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH
MAk..
Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..
Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..
Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak
Mak..
Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI..
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..
Mak…
Cukuplah sampai disini dulu..
Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…
Adik nak diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..
Mak..
Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
Supaya menjadi renungan…
Mak..
Adik nak mak tau..
yg ketika ini perasaan rindu tu
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..
kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..
Adik berenti dulu yer mak… ASSALAMUALAIKUM
saya menghabiskan kisah ini dgn linangan air mata. hanya ibu yg dapat merasai dan mempunyai azam yg tinggi utk beri yg terbaik kpd anak mereka. bg org lain apa la nak emo sgt.. klu anda bkn seorang ibu, anda mmg tak akan tau.
Posted at 9:33 PM | | 2 Comments
perkembangan Harith
apa saja... saya akan buat apa yg ptt sy buat.sekurangnya kita memberinya pendedahan dan kebiasaan terhadap buku. 3 bulan adalah waktu yg sesuai utk memulakan aktiviti membaca kerana matanya sudah boleh fokus, daya pendengaran yg sdg brkmbg. harith suka tgk bucu dan perkenalkan gmbr2 yg ada dlm buku dan mulutnya cuba utk meniru perckpn kita tu wlupun daya fokusnya x lama. biasala.. baby. kanak2 sek rendah pn daya fokusnya cuma 20 mnt, org dewasa mcm kita pun kdg tak lebih sejam kan..
beli kat karnival sua rasa di msjd raudhatul mukminin, klang
mm.. walaupun anak kita msh kecil, usaha mendidik perlu dimulakan dr awal. bkn ke perlu mula dr dlm rahim? x bleh pndg remeh dan underestimate kmmpuan si kecil untuk belajar. waktu kecil ini sel2 otak bayi brkmbg mcm dlm iklan susu kat tv tu. untuk dpt anak2 yg mnjd org hebat perlu bermula dr ibu bapa. knk2 x pndai sndr. wlupn di sblk org2 yg hebat ada ibu bapa yg hebat, jrg org beri perhatian kpd bgmn ibu bapa mereka mmberi ddikan. mereka adalah ibu bapa yg berkemahiran, sabar, optimis dan yakin.
saya adalah ibu yg taktau pape ttg pnddkn anak2. utk mnggali rahsia mnjadi ibu yg hebat rasa ssh btul. sy buat stakat yg saya mampu dan rasa itu lah yg terbaik. info dan ilmu perlu sntiasa dicari, rasa lambat btul blajar ttg semua ni. dulu x prnh beri perhatian ttg semua ni. mnyesal kmdn x brguna lg.. pd bkl ibu ayah, carilah ilmu secepatnya spy generasi kita akan dtg adalah gnrasi yg hebat. mnjd muslim yg hebat. ikut org dan cara yg btul. bkn ikut kebiasaan. itu saja.. dan tugas mnddk anak terpikul di bahu kedua ibu bapa. keduanya harus mncari ilmu jika tidak nnti seorg mndirikan, seorg lg meruntuhkn kerana keegoan utk merendahkn dr bljr ttg hal2 yg dpndg kecil seperti pnddkn bayi, knk2..
harith dah guna cloth diapers (CD), kulitnya mkn baik. suka btul tgk dia pakai CD, lmbut di kulit x mcm diapers yg kesat sbb diperbuat dr kertas, plastik.. sian bby, kwn2.. plz.. bertukar lah ke CD. ia baik utk kita (jimat), utk bayi (sihat), alam sekitar (selamat) dan comei.
terbaru dr Harith..
wajah suci ...
eeyahh... latihan ke olimpik 2012
ibu, harith xleh mkn lg ke.. lapar la. isap jari je la camtu
Posted at 6:47 PM | | 4 Comments
Ramadhan dan cabaran..
inilah antara rupa CD yg pelbagai warna.
sebenarnya CD ni ada bnyk jenis, brand, kaler, corak. mmg comel.. harganya mmg boleh tahan. sekeping harga antara rm35 - rm90 . tp kita mybe perlukan dalam 8, 10 atau 12 sahj atau ikut kamu la. ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali. dan ia lebih jimat dari sekeping DD yg kita buang setiap kali if kita gna sampai dia besar. ribuan wo utk DD shj. dan ianya dibuang. tp CD kita x buang, boleh buat harta warisan pada generasi akan dtg. hehe.
pemakaian CD adalah salah satu nature parenting selain breastfeed.
ttg BF lagi
berckp ttg BF,.. selalu timbul tnda tnya di fikiran saya, mampukah saya sehingga 2 thn?. mngkn ada yg menjawab, takpela, bg je la susu formula. mm.. mngkin bg sstgh org, mmberi FM adalah perkara biasa tp ia adalah perkara sensitif utk saya. kerana ia adalah azam saya utk BF. mmlh mmberi harith BM bkn hnya klbhn yg ada pd BM tp juga pd kekurgn yg ada pada FM. pd sstgh org, takda beza, yg pntg baby jgn lapar, sudah.
saya ada mndengar kuliah tafsir ttg BF berdasarkan ayat Allah yg menyuruh ibu2 mnyusukan anaknya shngga 2 thn. klu tak boleh BF anak, alternatifnya ialah mencari ibu susu. dan bapa hndaklah menanggung upahnya krn tgjwb bapa mencari rezki. di bulan puasa juga Allah memberi pilihan kpd ibu2 yg mnyusu utk berbuka jika bimbg kshtn dr dan anak. cuma ada kifarah, qadha' puasa dan fidyah. tidak ada pilihan memberi susu lembu atau kambing dan sbgainya walhal di zaman Nabi juga sudah ada susu lembu yg diminum oleh org dewasa. mmg tidak ada keharamannya tp adakah kita sudah berusaha sebaiknya? sehingga 2 thn sahaja,.. tak ada kata boleh atau tidak jika beri lebih dr usia 2 thn. tp saya ada baca pndpt yg mngatakan zat yg ada pd susu ibu tak berguna utk anak yg berumur 3 thn ke atas. masa itu anak boleh diberi susu formula disamping mknn2 tmbhn lain. Allahu a'lam. klu dah dharurat tu xpe la, bg FM je.. klu kita yg dewasa ni pun, klu dah dharurat, bngkai pun bleh mkn kan. sekadarnya.
kerana itu sy mahu bersabar dlm BF dan Allah beri rezki Harith ini secukupnya hingga waktunya. alhamdulillah, hmpir 3 bln, dgn sgala kpayahan, dpt dilalui. ada lagi setahun 9 bulan. wah.. tak dpt nak bygkan. ok, misi kata think positive ok!
to do the right thing!
mmg susah utk mmbuat perkara yg betul sdg terdpt bnyk pilihan2 lain yg bagus2 juga malah memudahkan. zaman ibu2 bekerja, mngapa susah2 nk BF sdg ada FM? dan knpa perlu mmbeli set2 yg BF yg mahal hingga ribuan ringgit? mngapa perlu ber CD atau guna lampin kain sdg ada DD? dan satu lagi hntar anak ke pengasuh..
itulah kita, kita telah terbawa oleh arus masa. zaman ini, ibu2 perlu bekerja mmbntg tulang bersama ayah kerana sesuap nasi atau seperiuk nasi keluarga. ekonomi yg tidak menentu. jika kita boleh mengikut perkara yg betul seperti yg disaran dalam agama.. tidak ada soal pengasuh, soal FM, soal DD.. tugas ibu adalah menjaga anak2. jika ibu tidak bekerja, anak tak perlu dihantar ke pengasuh. soal tarbiah anak2 diberi sendri. tak perlu risau pk, apa pngasuh aku buat kat anak aku, selamatkah, sihatkah? jika ibu tidak bekerja tak perlu pk ttg nak beli set BF yg mahal2 sbb perlu buat stok hntr ke pengasuh dan beli susu formula sbg tambhn risau x ckp susu sbb ibu boleh direct feed + menambah ikatan ibu dan anak. jika ibu tidak bekerja, tak perlu pk belanja utk beli dispos diapers sbb ibu punya masa utk mencuci lampin biasa yg lebih jimat. jika ibu tidak bekerja, ibu boleh memberi perhatian sepenuhnya dlm perkmbgn anak2. mmberi pnddkn seawal baru lahir hingga besar semuanya di dpn mata mengikut manhaj yg kita suka.
belanja2 di atas terjadi kerana pilihan kita dan juga desakan hidup skrg. saya tak pasti benarkah kita mmg tak punya pilihan utk kembali kpd cara yg betul. mngkin kerana tngjwb mencari rezeki, membina negara dan bangsa sudah tergalas sama di bahu wanita di arena lelaki. sdg gelanggang sebenar di rumah sudah terabai. adakah kaum lelaki turut perpencak di gelanggang ibu utk memberi keseimbangan?
masa tak perlu dipersalah.. kerana suasana yg tercipta di masa ini adalah akibat dari perbuatan manusia sendiri yg awal2 telah mencipta haluan sendiri mngikut akal yg menjauh dari sunnah. hendak berpatah balik, blum terlambat tp mmg sukar melainkan ada azam yg kuat.
ya, semuanya tgl azam dan tawakkal. saya ibu bekerja.. saya perlu mmlh utk BF jg, mnjaga anak sndr dan mengurangkan penggunaan DD. selain tidak mmbuang title sebenar sbagai suri rumah dan isteri. mmg berat. hingga kdg terzahir di wajah ketidak sanggupan memikul beban ini. saya hnya perlu sokongan utk terus kuat dgn plhn2 benar bukan dgn memberi alternatif yg bkn pilihan saya.
bagaimana memberi sokongan
mm.. selain tgs sendr mmilih yg nature, sy perlu mmeri pnddhn ttg ini semua kpd yg lain spy dpt membntuk kmplan sokongan. knapa? saya perlu sokongan, dan yg perlu memberi sokongan mesti mmpunyai info dan ilmu yg btul. jika tidak, kamu akan memberi sokongan yg salah. memberi sokongan bkn sekadar, saya sokong awak nk Bf. tp dia perlu tahu apa yg perlu, yg pentg, yg boleh dan tidak, knapa begini, tidak begitu dgn btul. apa yg perlu disediakan, apa tugas yg boleh dibantu. contoh penyokong kpd ibu yg BF samada suami, ibu @ mailto:family@.. sediakan mknn dan minuman yg betul, kelengkapan yg baik samada set BF, prihatin ttg kesihatannya, supplement yg sesuai, bantu urus penyediaan stok susu, pakaian yg bersesuaian, hadir ke taklimat dan kelas2 berkaitan. kata2 begini yg anda fikir anda membantunya ttp sayang sama sekali menghancurkan hatinya.. "takpelah, saya pun kesian tgk awak penat2 mcmni, kita bg je susu formula. saya pun boleh tolong klu awak tgh sibuk nnti".. ingat ye.. anda dilarang sama sekali utk berkata sedemikian jika anda kata anda adalah penyokong ibu yg BF. apa2 pun.. berbincg lah utk kebaikan si kecil. buatlah mngikut kemmpuan anda, semampunya.
masih berpantang
tempoh pantang 44 hari telah lama berlalu.. tapi itu pantng besar. ada pantang susulan.. jgn taktau ye. jika org tnya saya, pantang ke.. xtau la nak ckp. masa tempoh pntg 40 hari, dijaga sepenuhnya oleh mak.. kira pntang jgk la. tp lepas 44 hari, ada yg perlu pantang dlm tempoh 44 hari saya masih berpantang lagi kerana risau. padahal saya sbnrnya tdk tahu apa yg boleh dan tidak selain yg telah diberitahu. awal2, saya tak brani lagi nak mkn ais, pulut, udang atau mknn yg gatal2. tp selepas 60 hari, saya sudah agak brani mkn mknn yg tak boleh masa pntg dulu. mknn pantang susulan yg org kata x bole saya tak mkn la. apa yg perlu pantang lagi selepas pntg 44 hari? .. antarnya manggis, pisang nangka, nangka, cempedak, ais, langsat, pulut dan bla..bla.. yg saya x tau. saya ada langgar pntg, saya mkn cempedak. saya taktau saya x bleh mkn, masa tu yg tau cuma nangka. bila ckp kat org2 yg kaut pntg, terkejut la depa dgr kata saya mkn cempedak. mm.. bkn saya nak langgar pntg tp mmg saya taktau. bila harith jadi rashes mcm skrg ni, mak tak bg mkn sotong, ikan kembung pn takleh.. tkt nnti effect kat harith, dia yg gatal. mm,, doktor, btul ke? hmm.. sng citer, apa la beza dgn pntg 44 hari dulu.
kesan langgar pantang? sy taktau. cuma skrg badan2 mmg sakit, skt belakang, skait urat, sakit kaki, lutut, tapak kaki.. hai,, mcm org tua. mak kata tu sbb mkn cempedak la tu. x pantang. mak suruh saya pntg lagi. ada org kata pntang sampai 100 hari. ada org kata pntg setgh tahun. klu ada kawan2 tnya pndpt saya apa yg perlu pantng,,, saya jawab ko jgn mkn buahan2 tempatan. klu nak mkn mkn yg import je, mkn epal, lain, anggur, oren.. takde org marah. yg import je yg bagus. huh.. ni ayat geram sebenarnya. hehe.
apapun, sabarla ye. mmg bukan mudah menjadi ibu. semasa mngandung pun penuh cabaran, semasa melahirkan juga memeritkan, selepas nya juga pelbagai kesukaran. sbb itu syurga di bawah tapak kaki ibu. beban ibu yg berat, yg wajib utknya adalah ketaatan pd suami. isteri yg taat suami Allah bg nya syurga. tugas dan tgjwb besar sperti mnjd ketua ngr, ketua keluarga Allah beri kpd lelaki, sesuai dgn sifat mereka yg monotrek dan fokus.
Posted at 12:29 AM | Labels: motivasi, peribadi | 0 Comments